♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Sahabat yang silih berganti datang dan pergi.

May 12, 2015

Sahabat yang silih berganti datang dan pergi.

Assalamualaikum.
Hari ni tergerak hati nak melincahkan kembali jari jemari di keyboard.
Cewahhh. Huhuhu.
Jadi kali ni ermm rasa macam nak berkata sesuatu tentang sahabat.

Aku rasa dalam hidup aku ni kawan datang silih berganti.
Secara jujurnya aku tak tahu lah ada ataupun tidak dalam hidup ini yang betul2 boleh digelar sahabat.
Sebab, hmmm, dulu rapat, bila masing-2 dah bawa haluan masing-2 rasa macam hubungan terputus begitu sahaja kan? Ahaha entahlaa... rindu pada seorang sahabat yang suatu ketika dulu sering membuatkan aku ketawa menggila walaupun adakalanya macam menjengkelkan jugak. Huhu.
Tapi...mungkin tidak ditakdirkan persahabatan kita yang erat tu tak berterusan kud? huhu. Tak apalah.. abaikan cerita yang tu.

Kali ni nak tulis berkenaan sahabat-2 yang dah dua tahun menemani, menggembirakan dan memenuhi hari-2 aku di kolej. Gaduh baik gaduh baik itu lumrah. Boleh dikatakan itulah proses dalam nak mengenali hati dan perangai masing-2 kan. Apa sahaja teguran dan nasihat yang diberikan oleh sahabat-2 kita sepatutnya kita terima dengan hati yang terbuka. Kalau tak boleh terima sekali pun atleast respect pendapat mereka. Apa pun tindakan kita selepas itu terpulang lah pada diri untuk menilai. Well, itulah gunanya sahabat kan? Huhuhu.



Dulu bertujuh.
Sekarang berlima.
Dimana silapnya?
Silapnya bila diri sendiri tak tahu apa itu persahabatan.
Itu yang aku boleh simpulkan.
Tapi tak apalah, 
Orang cakap, 

"people come and go in our life, but we just wait for the right one to stay.."

So inilah dia.
Wajah-2 yang masih stay berada disisi sehingga ke hari ini.

NUR SALWA FITRI BT FADIL,Wawaaa, di antara kita semua, aku paling rapat dengan kau kan? Tak tahulah macam mana boleh rapat tapi terima kasih sebab merapatkan diri dengan aku. Huhu. Aku rapat dengan kau tak bermaksud aku tak suka dengan yang lain-2. Kadang-2 kita perlukan seseorang yang betul-2 boleh faham kita dan kita selesa untuk berkongsi apa sahaja dengan dia kan? Hihi. Terima kasih wawaa sebab selalu dengar cerita aku yang mengarut ngarut, masalah aku yang pelbagai, luahan hati dan perasaan aku, marah aku. Terima kasih sebab pinjamkan bahu, kaki, badan kau masa aku nangis-2 sebab frust menonggeng dulu. Hahaha. Terima kasih jugak sebab selalu bagi aku tarik rambut kau. Hahaha ! Kadang-2 kalau kau tak ada, aku memang akan rasa kehilangan sebab aku tak tahu nak berkongsi rasa dan cerita aku dengan siapa. (Walaupun kadang-2 aku ada kecil hati terasa hati dengan kauu...hehehe) Tapi harap kau faham, rasa di hati aku tu tak lama pun. Harap kau tak penat layan kerenah aku tau wawaaa. Huhuhu :')


NOR ASIAH BT CHE AZMI,
Sebenarnya kau lah kawan yang paling menjengkelkan yang pernah aku ada. Kerja kau nak cari gaduh dengan akuuu je kan ! Hahahaa, asiahh sayanggg, dulu-2 kan kau laahh memang manusia yang paling aku tak suka sekali. Hahaha, tapi kau kena faham aku. Memang laa kita ni selalu gaduh bermasa muka berselisih pendapat, tapi tak pernah terniat pun dalam hati aku ni nak bermusuh dengan kau atau nak buang kau daripada senarai sahabat yang paling aku sayang. Gaduh-2 manja tu ibarat trademark dalam persahabatan kita laa eh eh. Hahaha. Tapi kau memang seorang sahabat yang baikkk ,, (jangan nak kembang-2 ehh aku puji. ni first and last! hahaha)  Aku tak pernah menyesal lah ada sahabat macam kau walaupun kadang-2 kau ni boleh buat aku rasa nak mengamuk 24 jam ! grrrrr ! hahaha.


AIN NURLISA BT MOHD ZAWAWI,
Di antara kita semua, dengan kau lah yang paling aku kurang sikit bercakap walaupun kita ni satu rumah, satu bilik dan satu kelas kan ! Opsss maaf. Bukan satu kelas lagi. Hahaha. Tapi Ain walaupun kita ni macam tu, tapi aku nak kau faham, aku memang tak ada apa apa masalah dengan kau. Mungkin ini cara kita dalam persahabatan kita kan. Yelahh tak semua orang kita rapat dengan cara yang sama. Walaupun situasi kita macam tu ain, tapi bagi aku tu semua tak halang pun utk kita terus bersahabat. Tak ada apa apa masalah pun sebenarnya kan. Hehe. Tapi satu yang aku nak kau tahu, kau lah roomate yang terbaikkkk pernah aku ada sebab tak pernah ada sebab kita tak pernah ada masalah apa apa walaupunn lipas lipas (merangkap kawan baik kau..hahaha) selalu menganggu ketenteraman kita berdua ! hehehe. Apa pun terima kasih sebab sudi jadi roomate yang tahan dengan perangai aku selama dua tahun ni tauuu ! :D

SU'AIDAH BT MOHD SUID,Nak tau tak, kau lahh sahabat paling gilaaa pernah aku ada ! Hahaha. Mungkin kita tak rapat sangat kan, eh tapi rapat jugak kann? Hahaha , Suee kau ni lah yang banyak menceriakan hari-2 kitorang sebenarnya. Walaupun selalu bila kat kafe aku rasa nak bagi kaki jeee sebab kau tak habis habis lancarkan perang dengan kucing-2 kat kafe tu tapi kau ni lah sebenarnya yang menceriakan hari hari kitorg dengan perangai tak semenggah kau tu. Hahah ! Even kita baru rapat tapi aku rasa macam dah lama kita bersahabat. Takde banyak benda pun aku nak cakap pasal kau ni sebab kau mmg tak pernah ada masalah pape lahh. Heeee. Cuma part siku kau masa tragedi lipas tu memang aku takkan lupakan seumur  hidup aku ! hahahahaha yang tu memang lawak ! Hahahaha

Wahai sahabat sahabat yang disayangi sekalian,
Selama dua tahun kita berkawan ni, macam-2 masalah yang kita dah tempuh.
Setiap sem ! Ada je yang terjadi.
Yang paling menyakitkan sekali sem ni kan. Huhuu .
Kalau korang nak tahu, aku memang terasa kehilangan.
Tapi nak buat macam mana kan, itu jalan yang diorang pilih.
Tak mengapalah.
Aku harap kita semua kekal bersahabat macam sekarang dan In Shaa Allah sampai bila-2.

Aku minta maaf kalau selama dua tahun kita bersahabat ni ada perangai aku yang dah menyakitkan hati korang dalam keadaan aku sedar atau pun tidak.
Aku minta maaf kalau selama dua tahun kita bersahabat ni aku tak dapat nak menjadi sahabat yang terbaik untuk korang.
Kelemahan aku, aku tak pandai nak tunjukkan kasih sayang aku pada korang.
Mungkin aku rapat dengan wawaa, ye aku selesa dengan dia.
Dan mungkin korang ada terfikir kenapa dengan wawa boleh tapi dengan yang lain-2 aku tak boleh macam tu kan?
Aku mintaa maaf sebab jawapan tu aku sendiri tak dapat.
Apa yangaku boleh katakan, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-2.
Setiap orang ada cara mereka sendiri dalam bersahabat.
Walaupun perangai aku kelihatannya begitu tapi aku nak korang tahu, kalau salah seorang daripada kita tak ada, aku tetap akan rasa kehilangannya.
Macam sekarang ni.

Masa last day paper hari tu, aku sedih. Sedih sangat.
Aku keluar dengan 'dia' kan.
Masa tu aku rasa sedih sangat sangat sebab aku tahu lepas ni kita jarang dapat lepak, makan tidur, tengok movie sama sama lagi.
Aku memang tak boleh dan tak nak nangis depan korang.
Terpulang lah kalau korang nak fikir aku ego ke apa sebab kalau aku nangis-2 sedih depan korang aku takut aku sendiri tak boleh nak biasakan diri tanpa kehadiran korang lagi lepas ni.

Akhir sekali,
Macam yang aku katakan tadi,
Lepas ni kita mungkin dah tak boleh luangkan masa bersama.
Jadi aku harap keadaan ni tak menjarakkan hubungan kita dan harap persahabatan kita akan kekal sampai bila bila.
Aku dah tak ada sahabat baik selain korang.
Hanya korang je yang aku ada.
Demi Allah aku sayang kan korang semua.
Terima kasih kerana menjadi sahabat dunia akhirat aku.
Iloveyouuu ~

p/s: mohon jangan terharu bila baca. hahahahah ! 




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi