♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: 2017 already.

February 7, 2017

2017 already.

Yeahhh, its been a while.
Dah masuk tahun baru 2017 dah maka umur aku pun dah naik satu angka ke 22 tahun.
Tapi, apa yang berubah melainkan umur?
hmmm, aku pun tak tahu lah sebab nak kata aku dah jadi manusia yang bekerja, oh semestinya tidak.
Dah sah sah aku masih bergelar sudent kan. Huhuhu.

Lama rasanya tak tulis blog ni. Selalu je teringat nak update nak update tapi asyik asyik malas. Eh tak actually perkataan malas tu macam tak sesuai. Bukanlah malas sangat sebenarnya cuma tak tahu nak tulis nak mula dari mana. Sebab rasa macam baaaanyakkkkk sangat benda nak tulis dalam ni, banyak sangat tragedi-2 hahaha gituuuuuuwww ~

Bukan apa, kadang-2 kan bila ada cerita best ke or something good or bad happened kan, time tu jugak rasa macam nak luahkan tapi donno how, so mmg blog ni adalah satu satunya benda yg aku akan fikir sbb aku mmg lagi suka luahkan melalui penulisan, then aku akan lega lepastu, tapi selalunya bila benda tu jadi, memang sah sah laa keadaan dan kekangan tu menghalang. Takkan nak sediakan buku or diary macam zaman sekolah dulu kut kan semua benda tulis situ hahaha tu pun dah malas walaupun aku rajin jugak untuk menulis. Nanti orang tahu, wuishh tak boleh tak boleh. Huhuhu

So, dah masuk 2017 ni, hmm aku nak mula cerita dari mana ehh?
Rasanya kalau nak kata ada story yg something bad happened pun takde rasanya cuma biasalah as a human kan, kadang-2 ada laa tahap-2 dimana aku rasa sedih kecewa down and semua-2 laa perasaan tu bercampur baur. Lagi-2 bila dah proceed degree ni.
Tak tahu nak kata macam mana, tapi sepanjang satu sem ni, and dah habis pun, dah nak masuk sem 2 dah pun, apa yg aku boleh kata, aku memang boleh sesuaikan dengan environment even awal-2 macam aku kata sebelum ni laa dia macam ada culture shock sikit sbb sebelum ni 3 tahun aku berada di dalam satu keadaan yg berbeza kan so bila dah masuk tempat baru and kita pun tahu tempat baru tu mmg dah sah sah lain dari yg sebelum ni haa lagi lah shock hahaha tapi okay je semua tu walaupun aku sedar kadang-2 aku tak boleh lari jugak dari rasa nak terjebak dan terpengaruh kepada sesuatu yg aku tak biasa atau yg dah lama aku tinggalkan hahahahaha *ok yg ni paham-2 sendiri

And lagii kalau nak kata pasal study pulak, hmmm takdelaa stress sangat cumanyaa untuk subjek business mathematics jelah masalah dalam hidup aku sepanjang sem 1 ni. Bukan tak cuba ubah mindset aku yg aku selalu cakap maths ni susah laa, tak sukaa laa, aku cuba tau bukan tak cuba, tapi entahlaa. Aku tetap nak kata yg otak aku, jiwa aku bukan dilahirkan untuk mahir dalam kira-2 ni kut? Ada kann manusia yg macam tu? ke aku je rasa macam tu? hahaha yelahh setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan, so aku tahu kat sini mmg kelemahan aku. Bukan aku baru sedar benda ni, dari sekolah rendah, aku dah tahu kelemahan aku kat mana, even mama ayah pun tahu kalau cakap pasal maths ni je haihh mmg susah lah aku nak go tak tahu kenapa.

Orang kata bila first-2 sem ni laa kita kena jaga pointer target dekan apa semua kan sebab subjek nanti makin lama makin tough bukan senang nak naikkan pointer balik kan. Yesss betul tu aku tak nafikan dan aku tetap tak nafikan jugak yg subjek maths ni laa yg membuatkan confident aku nakk jadi pelajar cemerlang terkubur hahaha apa yg aku boleh target asalkan aku lepas nak sambung untuk next sem. Dari awal lagi aku memang tak berani nak target lebih-2 takut kecewa sendiri.

Ermmm, apa lagi ek nak tulis?
Haishhh sebenarnya banyak tau nak cerita tapi aku dok pikir nak mula dari mana lepastu aku dok pikir rasanya cerita-2 tu masuk ke post baru laa kut ekk? hahahaa.
ok byeee. bersambung.


Harapan 2017 semoga NUR ADILLA WAFI BT ARIS dapat menamatkan ijazah dengan jayanya. In Shaa Allah :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

1 Pengkritik:

  1. Assalamualaikum akak.....macam mane ye kalau nak lupa kan seseorng ...saya nie baru je putus....cinta saya bagi dekat seorang perempuan langgsung tak dihargai....saya selalu menangis sebab dia ....dia la perempuan yang pertama saya cinta....hurmmm..

    Macam mane nak lupa kan dia...
    Saya baru tahu erti cinta...tapi di ajar erti kecewa...

    Sekian....

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi