♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Apa perubahan yg aku lalui?

February 7, 2017

Apa perubahan yg aku lalui?

Aku tak tahula apa aku nak tulis ni ada kaitan ke tak dengan tajuk hahaha. takpelah tajuk je pun.
Okayy sekarang nak cakap pasal kehidupan aku, apa yg berubah dan apa perubahan yg berlaku.
Hmmm ada ke ekk?
Hahahah tak tahu laa nak mula dari mana haihh.

Kadang-2 kan, bila tengok kawan-2 yg lain yg dah kerja dah ada pendapatan sendiri tak kisahlaa walaupun diorang kerja tu tak setaraf dengan diploma ke apa ke at least diorang dah ada jugak duit sendiri, dah tak payah susahkan parents diorang or family diorang untuk menyara diorang kan. Tapi aku? masih lagi dibawah saraan dan tajaan penuh mama ayah. Sedih tau rasa. Orang yg sambung belajar je yg faham keadaan ini huhuhu.

Tapi, aku tengok pulak dari sudut mereka-2 yg dah bekerja ni. Majoriti kata rindu nak belajar lagi, kalau laa ada peluang nak belajar lagi apa semua kan. So kat sini aku dapat simpulkan bahawa, manusia takkan pernah bersyukur dengan apa yg mereka ada termasuk jugak aku. Yelahh, yg tengah belajar ni, yg ada peluang nak belajar ni, yg mak ayah masih sanggup nak menyara untuk pelajaran kita ni sibuk nak kerja nak cari duit kononnya taknak susahkan makayah. Okayy betul dah kat situ. Mungkin belum sampai masanya untuk kita. Pastu yg dah kerja ni pulak, nak sangat belajar tapi sebab mungkin family tak mampu dah nak sara, so untuk mengurangkan bebanan tersebut, maka mereka terpaksa memilih untuk bekerja. Kann? Tapi kalau untuk mereka yg kerja mmg sebab dorg malas daa , haaa tu lain laa cerita. Dah diorang malas, tapi dorang dah kerja takpela. Tapi yg dah laa malas nak belajar dah lepas tu kerja pun takde, haaa tu cemana pulak kan?

So, tu lahh sebenarnya keadaan aku lepas habis diploma dulu. Actually masa still diploma dulu mmg dah target nak sambung degree, niat kat hati masa tu mmg laa sekurang-2nya aku nak study sampai degree.Then, bila dah last sem diploma rasanya masa tu, terfikir, kalau aku sambung lagi belajar nanti yuran apa semua sape nak tanggung? Mama ayah bukan mampu kalau nak bayar yuran pengajian tu. Setakat dorang support elaun sara diri okaylaa. So kat situ dah nampak dah sah sah aku kena buat pinjaman jugak kan. Tapi fikir balik, diploma je aku dah berhutang 20k dengan ptptn tambahh degree ni mmg hampi 70k so campur dua-2 dah hampir 100k hahahahaha. Umur baru 24 masa habis degree nanti tapi hutang dah 100k nampak macam teruk kan? 

Haa jadi itulah dilema aku masa tu. Masa tu target okay habis diploma ni nak try apply kerja dapat ke tak, kalau dapat kita kerja kalau susah sambung belajar. Tu laa yg aku fikir masa tu. So beberapa bulan lepas habis tu try mohon sana sini tapi nampak macam susah and rezeki tu mungkin belum berpihak pada aku. So decide sambung degree. Masa tu pujuk diri, takpelah, mungkin nnti ada laa jalannya. Selagi ada peluang nak sambung ni sambung jelaa dulu kan. Hutang tu belakang kira. Masa u dok muhasabah diri macam tu laaa.
So last-2 here I am ! Sedang berusaha nak habiskan 3 tahun setengah ni dengan harapan dapat menggunakan ijazah yg akan diperoleh ni dengan sebaiknya untuk mendapatkan pekerjaann yg baik-2 bagi menyelesaikan hutang seumur hidup tu hahahaha.

Tuhan je yg tahu tau hari-2 aku dok fikir macam mana laa nnti aku nak sttle hutang-2 ni. Dah sah sah laa mmg seumur hidup. Aku bukan kaya nak settle semuanyaa sekaligus. Mmg taklaa. Itu pun kalau aku panjang umur aku laa yg settle kan. Habis ditakdirkan pendek umur aku? Haaa sape nak bertanggungjawab? Adakah bakal suami saya yg dah menjadi suami mungkin ketika itu? hahahahahha

Apa-2 pun itulahh yg selalu membelenggu diri aku sekarang ni. Sambung belajar, dapatkan degree tu cuma platform tapi macam mana kerjanyaa nanti kita tak tahu sbb sekarang ni semua orang tahu, zaman yg susah nak dapatkan kerja. Setakat degree yg sekarang ni pun bersepah kan yg masih menganggur. Tapi takpelaa. Rezeki masing-2. Kita cuma usaha nak buat yg terbaik. Aku bersyukur jugak sbb aku masih rajin dan ada mood nak sambung belajar ni sbb aku rasa belajar lagi senang dari nak fikir nak cari kerja. hahaha nampak macam aku melarikan diri kan? Tapi takpelahh .

Lagipun aku perasan diri aku sekarang ni, takdela aku enjoy gila-2 life as student aku macam mana aku buat masa diploma dulu. Seriously memang totallly different sangatt! Mungkin sebab aku dah puas cuba itu ini, enjoy sana sini sepanjang 3 tahun diploma dulu, so time degree ni hidup aku senang je, pergi kelas balik kelas, hujung minggu lari balik rumah. Keluar dengan kawan-2 nak enjoy? Takdelaa sangat. Sekali sekala tu bolehlaa. Dan lagi satu, aku selalu ingatkan diri even aku belajar sekarang ni dekat dengan rumah, tapi ni bukan Melaka. Kos sara hidup tinggi kut. Thats why aku balik and jimat sebaik mungkin. Omaigod tak tau nak cakap macam mana tapi utk org yg datang dari golongan sederhana macam aku dan menetap pulak kat KL Selangor ni, atau sesape je yg macam aku ni, dorang faham laa macam mana keadaan sara hidup kat sini. Thats why aku pun faham kenapa majoriti kawan-2 aku kat sini pun ramai yg nak kerja. Faham mungkin dorg pun dah penat nak minta duit makayah and nak sara diri sendiri dengan duit sendiri sbb mmg susah cari duit sekarang bukan senang. 

So bila aku tengok kawan-2 aku sekarang ni dorang enjoy keluar sana sini ahahha aku tak terkejut sbb dulu aku kat melaka pun macam tu. Masing-2 baru jauh dari family, lagi-2 duduk pulak kat bandar macam ni haa lagi laa best kann. Aku tak nafikan aku pun kadang-2 ada je keinginan nak enjoy macam tu tapi entah, aku rasa aku masih kawal diri sbb aku takdela teringin sangat macam diorang tu. Rasa macam dah penatlaa nak enjoy-2 macam remaja berdarah mudah camtu hahaha so selamatlah aku masih mengawal iman agar tidak terjebak hehehee. Lagipun aku tak jumpa lagi kawan yg betul-2 aku boleh jadikan kawan baik kat sini. huhuhu

Okayy, Jadi begitulah serba sedikit yg dapat diceritakan. Nak describe secara detail tak tahu macam mana so ni laa serba sedikit perasaan yg aku rasakan sepanjang berbulan bulan ni. Hari hari aku doa supaya aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yg baru bermula ni. Tu jee harapan aku.
Okbyeeee

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi