♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Hidup tak selalu indah.

December 4, 2013

Hidup tak selalu indah.

Diri ini mungkin terlalu muda untuk berkata tentang bahagia,
Diri ini mungkin terlalu mentah untuk berkata tentang bahagia ,
Diri ini mungkin bukan siapa siapa untuk berkata tentang bahagia ,
Dan diri ini mungkin memang tidak layak untuk berkata tentangnya .

Namun, salahkah aku?
Aku rasa aku berhak.
Aku rasa aku layak.
Kerana apa?
Kerana aku juga manusia biasa yg adakalanya turut merasa bahagia.
Jadi, tidak cukupkah dengan itu?

Aku berkata kata melalui apa yg aku rasa.
Aku berkata kata melalui apa yg aku lalui.
Dan aku berkata kata melalui apa yg aku tahu.

Tatkala sahabat2 datang menemui dan membicarakan tentang perasaan, tentang bahagia, pastinya akan dikaitkan dengan cinta.
Memang. Memang aku terlalu mentah untuk memperkatakan tentang cinta.
Tetapi, lupakah kita, cinta itu fitrah. Cinta itu kurniaan Ilahi kepada setiap hamba-Nya yg terpilih.
Tidak semua manusia dalam dunia ini yang akan merasakan cinta.
Hanya manusia yang mempunya akal dan waras sahaja yang mampu merasainya.
Jadi kita adalah insan yg terpilih.
Kita adalah insan yang waras dan mempunyai akal tersebut.
Jadi haruslah kita menggunakan akal kewarasan kita dalam bercinta bukan?

Namun, aku hanya membantu selagi aku termampu.
Apa hanya berkongsi apa yang aku lalui.
Aku hanya menasihati melalui apa yg aku perhati.

Sahabat,
Kau menginginkan kebahagiaan yang berkekalan, tapi adakah kau berusaha untuk ke arah itu?
Kadang2 hati kita tak pernah puas dengan apa yg kita dapat kan.
Kita perlu ingat, dunia kita berputar ibarat roda.
Adakalanya kita di atas dan sampai masanya kita pasti akan dibawah.
Begitu juga dengan hidup kita.
Apabila kita tinggalkan kepahitan kepada seseorang, maka kepahitan itu jugalah yg akan kita dapat kelak.
Kita akan melalui semua perkara yg sama.
Tidak ada yg terkecuali.
Sama ada cepat atau lambat sahaja.

Learn from mistake.
Belajar dari pengalaman.
Jangan pernah ulangi.
Jika tidak mahu hati dilukai lagi.

Dan jika kita rasa kebahagiaan itu tidak juga muncul tiba,
Mungkin Dia telah menetapkan kebahagiaan yg abadi untuk kita.
Mungkin dia ingin berikan lebih baik untuk kita.
Orang ada kata kan, nak dapatkan sesuatu yang terbaik tu bukan mudah.
Kita sendiri yg kena usaha, kita sendiri yg kena cari.
Betul kan?

Jadi sampai sini dulu lah.
Hanya kata2 buat sahabat dan diri sendiri.

:)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi