♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Bersyukur untuk hidup yang baru.

April 30, 2014

Bersyukur untuk hidup yang baru.

Assalamualaikum.
Masyaallah. Lama gilaaa dah tinggal blog ni. 
Tengok je laa last post tu. Tahun lepas punya post.
Sekarang  dah nak masuk MEI 2014 okayy !
Nampak sangat aku semakin meninggalkan dunia blogging ni.
Hehehe.
Bukan apa, sejak bergelar penuntut IPT ni memang kekangan masa tu membataskan segala galanya.
Kalau ikut kan setiap cerita, setiap peristiwa nak dikongsikan, nak dikongsikan dalam blog ni.
Blog ni dah ibarat macam diari online aku dah.
Tapi tu laa. Masa memang membataskan segala galanya.
Bukannya boleh hadap laptop lama-2 macam dulu.
Time2 cuti macam ni boleh laaa.
Huhuhu.

Haaa bercerita time cuti, memang sekarang tengah cuti pun.
Cuti semester yang kedua.
Nampak tak last post december 2013.
Masa tu pun cuti sem. Kiraa kalau nak manja2 dan beriadah dengan blog ni, memang tunggu cuti lah cerita dia. Baru laa rajin nak menaip.
Ini pun rasa kekok nak menyusun kata. Cewahhh !
Hihihi.

Kalau ikutkan banyak benda nak cerita.
Banyak sangattt.
Tapi satu satu dan slow slow dulu laa kud.
Hehe.
Walaumacam mana pun, aku sangat sangat bersyukur dengan kehidupan aku sekarang ni.
Serius sangat bersyukur.
Rasa macam sesuatu yang baru untuk aku.
Memang aku sedang cuba untuk melangkah kedunia yang baru pun.
Tapi biasalah kan. Setiap langkah kita kena berhati hati.
Begitu juga aku. Masih berhati hati untuk menempuhi sesuatu yang baru.
Sesuatu yang aku sendiri mahu.

Inshaallah.
Akan aku teruskan selagi mampu.
Dengan sokongan orang2 terdekat yang aku sayang.
Aku cuba bertahan.
Aku tahu mungkin susah.
Bukan senang untuk lakukan sesuatu yang tak pernah kita lakukan sebelum ni.
Tapi selagi kita tak mencuba, selagi tu kita tak tahu kan.
Dan itulah yang sedang aku cuba lakukan.

:)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi