Salamun alaik ....
Sepintas lalu entry kali ini ,
Kalau boleh tak nak panjang lebar , cukup la ringkas tapi padat .
Semalam , pergi sekolah ambil sijil .
Lama dh plan so semalam la harinya sebab tunggu sahabat kesayangan Nadhila cuti sem .
Awalnya semalam plan lepas ambil sijil nak pergi Zoo Negara . Hahaha .
kenapaa? Sebab rasa tu macam satu aktiviti yang menyeronokkan !
Lagipun dh lama tak jejak zoo , last tahunn bilaa tah tak ingat . Yang pasti masa tu muka mesti kanak kanak sangattt. Hihihi.
Jadinya semalam tak jadi nak pergi zoo tu kerana , lepas je Amai ambil aku kat rumah then terus gerak ke Sungai Buloh.
Tapi masa dalam perjalanan tu MasyaAllah , jalan sesak sesesak sesaknyaa .
Tension jugaklah masa tu.
Sampai sg buloh pun dh pukul 2 mcm tu , ambil Nadhila then makan apa semua pukul 3 jugaklah baru sampai sekolah .
Haa bila dh sampai sekolah je , perasaan rindu tu sangattt muncul .
Hihihi. Biasalah . Banyakk gilaa kut kenangan . Takkan pernah padam .
Masuk je perkarangan pejabat sekolah , nampak kereta PK Hem !
Siapa lagi kalau bukan Cikgu Nazri ! Ermm siapa kenal aku tahulah kud apa sejarah aku kat sekolah tu dengan Cikgu Nazri , Ohh bukan aku je, kitorang lah. hehe .
Nak masuk pejabat , Amai dengan Megat masuk dulu , tolak je pintu pejabat memang muka Cikgu Nazri nampak dulu .
Terus diorang patah balik . Bayangkan macam mana tak ada chemistry nyaa kami dengan cikgu .
Hahaha .
Then aku ajak je nadhila masuk , sampai je kauter Cikgu pandang , papppp ! apa lagi tersenyum lah masing2 , hehehe , memang tak boleh blaaa ahh masa tu.
Cikgu memang kenal lah kan , mana boleh cikgu lupa muka wanted sekolah tahun 2011 . 2012 dh jadi budak baik. Hehehe .
Dah alang2 cikgu nampak kitorang tu apa lagi, sambil tunggu2 sijil lepak la sembang2 dengan cikgu .
Sembang bukan sembang apa , lebih kepada mengimbau kenangan lama .
Hahaha ! Serius kelakar ahh .
Bila cikgu angkit terasaa panas je hati kan. Perli tuuuu .
Tapi rasa seronok dan rindu dengan semua tu.
Siapa sangka dulu tak sabar sangat nk habis sekolah sbb tak sanggup nak hadap cikgu lah.
Nak hadap perliannya , ungkitannya . Tapi bila datang balik ke sekolah, dia jugak yg kami jumpa.
See? Perancangan Tuhan tu hebatkan .
Memang betul cakap cikgu dulu tu semua zaman kenakalan kami je.
Rasanya sekarang alhamdulillah , kami belajar dr semua tu.
Kalau tak ada pengalaman semua tu , tak mungkin kami macam ni sekarang.
Jadi bila dh habis sembang dengan cikgu pusing2 lah sekolah jap.
Masa tu sekolah tak ada orang so sesuka hati kitorang je lah tawaf satu sekolah.
Sanggup menapak sampai ke bengkel hujung sanaaa .
Dah habis settle ambil sijil , tengok jam masa tu dh pukul 4 lebih , memang tak boleh nak kemana mana dh .
Amai hantar nadhila balik then singgah rehat rumah dia sambil makan buah buahan.
Maklumlah sekarang musim kan.
Pukul 5 gerak balik KL sebab nak hantar Megat dulu.
Nasib baik nak sampai Ampang tu jalan tak jem.
Tapi bila dh keluar je ampang nak balik ke kajang, MasyaAllah sesak dia memang macam sardin.
Sampai banyak kali sesat lah.
Kira dr pukul 6 bertolak, pukul 8.30 baru aku sampai rumah.
Memang kerja aku dengan Amai semalam ukur jalan dr KL sampai Kajang.
Lepas tu baca setiap signboard yg ada.
Hahaha !
Memang kelakar lah malam tadi.
Tapi Alhamdulillah sampai juga rumah dengan selamat.
Cuma kesian dekat Amai lah. Dari pagi drive, dengan jemnya sampai ke malam.
Memang penat sangat.
Apa apa pun terima kasih Amai !
Jasamu dikenang :)
Kerana mempertemukan aku dengan Nadhila :)
Nampak kan wajah wajah yg terlalu gembira kerana rinduuu.
I loveyou so much sahabat dunia akhirat ! :)
Seee with Cikgu Nazri !
Haha , dia pun ada ambil gambar guna phone diaaa ,
Lepas ni takkan jumpa dah.
Mungkin inilah gambar terakhir.
Terima kasih cikgu.
Segala tentangmu akan dikenang.
Okayy dh selesai ,
Byee XD
p/s : Sepatutnya by ikut sekali , tapi tiba2 dia kena balik poli semalam .Sedih dia tak join. Lama dh tak jumpa dia . Insyaallah nanti kita jumpa k by. Aku tahu kau sedih . :')
0 Pengkritik:
Post a Comment