♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: 2014

December 26, 2014

Percayalah pada takdirNya.

Assalamualaikum,
Terasa nak menulis dan bercerita pula kali ni walaupun bukan pada cuti yang panjang.
Ini pun cuma cuti-2 hujung minggu saje balik rumah.
Semester 4 dah pun bermula, dan alhamdulillah buat masa ni semua berjalan dengan lancar.
Walaupun ada beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku, tapi aku tahu, aku tetap harus melaluinya juga.
Kalau asyik cuba mengelak dan menjauhi, sampai bila nak biasa dengan keadaan kan?
Kena selalu ingat, dalam hidup kita ni memang sentiasa penuh dengan kejutan.
Sebab apa?
Sebab kita takkan pernah tahu apa akan terjadi pada satu saat selepas ini.
Jadi kita kena sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja yang telah ditakdirkan dalam hidup kita. Kan?

Cewahh ayat macam nak puitis-2 je kan. Padahal masa diri ini menerima pelbagai kejutan demi kejutan pun payah jugaklaa nak menerima hakikat. Tapi setelah menggunakan akal dan fikiran yang waras dan muhasabah diri dengan sebetulnya, alhamdulillah dan In Shaa Allah, apa pun berlaku lepas ni, akan cuba utk belajar menerimanya dengan tenang.

Tak tahu macam mana nak cerita tapi so far alhamdulillah, hidup semakin tersusun setelah melalui pelbagai bagai drama dalam hidup. Hahaha, macam ye yee je cerita kan. Tapi itulah yg aku rasa sekarang ni. Hati makin tenang seolah olah tiada apa lagi yang membebankan. Tapi orang selalu pesan, jangan terlalu selesa dengan kehidupan sebab kelak kita tak tahu apa yang sedang menanti kita dihadapan.



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

November 26, 2014

Girls day out - GENG TOGE !

Assalamualaikum !
Whoaaa after a long time tak jenguk blog ni sbb tak ada apa nak taip dan diceritakan. 
Huhu.
Jadi hari ni, bila aku bukak blog ni maknanyaa adalah sesuatu yang aku nak ceritakan dan abadikan kat dalam blog ni kan.
Jadi ceritanya begini.

Semalam, dapat jumpa bebudak ni, 


Siapakah mereka?
Okayy kita cerita throwback dulu ah.
Mereka ini adalah ex dormmates aku masa form 4 di SMV SG BULOH.
Dorm 2C GEMILANG 2011.
Dorm yang paling banyak menyimpan sejarah dan cerita disebaliknya.
Haaa ni yang rasa makin best nak cerita ni.
Sambil aku menaip sambil mengingati kembali kenangan pahit manis suka duka ketawa gembira bersama mereka. Hahaha.
Kk kita mula dari mula lah kan.

Sebetulnya memang kitorang bertujuh ni memang banyak sangat sejarah.
Ahli dorm masa tu bukanlah kitorang je, ada lagi yang lain, tapi ditakdirkan kepala kepala di atas ni memang sekepala dalam melakukan apa sahaja. Nak dijadikan cerita k macam ni, dulu masa form 4 masuk sekolah tu, zaman zaman junior laa katakan, mesti akan ada kes dengan senior. Biasalah senior attack itu ini. Ade je yang nak dijadikan masalah. Ada je yang nak cari pasal. Dan muka muka ini lah yang selalunya kena attack. Lagi lagi aku. Muka aku jangan cakap ahh. Hmm macam sedih kelakar pun ada bila ingat balik.

Kalau nak disenaraikan macam-2 lah kitorang pernah kena buat sama sama. Ahaaa kira post kali ni kira aku nak buat pengakuan mewakili kawan kawan aku jugak laa ni. Hahaha.
Pada suatu ketika dahulu, kitorang memang selalu kena attack dengan senior. Macam-2 hal lah. Ada je benda yang tak kenaa. Tah kenapa senior-2 tu dengki jealous dengan kitorang ke hapee tak tahulah.
Kira masa tu memang terasa sangat ahh tekanan dalam kehidupan berasrama tu. Lagi-2 itu memang first time experience kitorang bertujuh ni duk asrama. Macam budak darjah satu lahh, ikut je apa kakak kakak nak kan.

Disebabkan tekanan yang dihadapi macam-2 hal hal kejahatan jugaklah yang kitorang buat utk balas dendam. Tak tahulah senior-2 lain tahu ke tak. Hahaha. Selalunya pukul 12.30 malam dan ke atas, bila semua dah masuk tidur, kitorang seludup keluar senyap2 dari dorm dan mula jalankan operasi. Setakat ni yang aku masih ingat kitorang pernah buat, baling baju dalam senior-2 yg tertentu atas bumbung, celup berus gigi dalam lubang tandas, campur sabun dengan ubat gigi, sorok kasut diorg dalam tong sampah, hahahaha, sumpah lawak seh bila ingat balik. Kalau lah ada senior-2 yg baca blog ni, aku minta maaf zahir dan batin lah yee. Masa tu zaman kanak kanak riang lagi. Siapa suruh cari pasal kan. HAHAHA !

Okayy setakat tu dh laa cerita asrama. Malas nak cerita lebih-2. Sambung balik cerita aku dengan kengkawan aku ni. Ermm kitorg dulu satu dorm cuma setahun je. Masa form 5 warden tu dengki ke canee tak tahulah sbb kitorg terpaksa berpecah disebabkan rombakan dorm. Maka semua pun berpecah pecah. Tapi walaupun kitorang bukan lagi satu dorm, setiap kali prep, makan, solat kitorg still sama sama. Apaa orang kata, yang pertama tu tetap di hati kan. Hahaha. Cam tu laa kud. Memang dalam di antara kitorang bertujuh ni tak dinafikan aku lah yang paling banyak sekali masalah. Hurmm hurmm malas nak ingat cerita sedih tu. Okayy tengok gambar je lah dulu.













Haaaa, after a long time. Plan punyaa plan dapat jugak kumpul sesama macam ni. Maklum lah sekarang masing-2 dah ada haluan masing2, so bila nak kumpul semua memang susah laaa. Sekarang ni memang time yg sesuai laa sebab masing2 cuti sem. Alhamdulillah dapat jugak kumpul semuaa. 

Apa yang boleh aku katakan, dalam hidup ni kita memang akan selalu jumpa manusia yang berbeza beza, dan kita akan jalinkan persahabatan yang berbeza beza. Sama lah macam mereka. Masing-2 dah ada kawan baru, masing-2 dah ada hidup baru. Bagi aku walaupun kita dah jumpa kawan baru, sahabat baru, tapi persahabatan kita yang sebelum sebelum ni tetap takkan ada pada yang baru. Betul tak? Every friendship is different and they were different tu. Itulah yg aku rasa. Ada benda yg kawan2 lama kita lebih tahu pasal kita dari kawan baru kita.
Well, dengan diorang ni ada banyak persamaan perangai yang aku kongsikan bersama. 
Kenakalan dulu membuatkan kita rapat dan bersahabat sehingga sekarang.

Tipulah kalau tak pernah gaduh. Hakikatnya dulu kita pernah kongsi cerita gembira, sedih sama sama. Kita boleh ketawa nangis sama sama. Kita pernah buat hal, kena dmerit, kena denda sama sama. Kita pernah gaduh nangis berselisih pendapat. Kita pernah kongsi bantal, selimut, baju. Tu semua kenangan indah kan. Lagi lagi bila ada kenakalan yang kita buat. Benda tu adalah kenangan yang paling seronok bila diingat balik sbb setiap kali kita cerita balik pasal tu mesti kita semua gelak happy kan. Hahaha. so maknanya kita tak pernah menyesal lah buat semua tu dulu kan kan kann. Heeeeee.


Jadi, buat sahabat sahabat tersayang, IKA , DIRA , ZANA , MIRA , AMOY , AMAY , thank you for this 4 years friendship. Terima kasih sbb masih terima aku sebagai kawan korang. Sekarang ni masing-2 dah ada jalan hidup sendiri nak capai cita -2. Bila jumpaa haritu cerita pasal kahwin, rasa malu adaa, rasa tak percaya pun ada. HAHAHA, Sbb aku rasa macam kita ni masih budak form 4 yang belum bersedia lagi nak jadi mak orang. Kann kann kann. Hehehee. Tak sangkaa semua dah besar dan dah boleh jadi bini orang hakikatnyaa. Uhukk sedih sedih.

So korang jaga diri, ada masa kita jumpaa lagi. Inshaallah kita akan cuba cari masa utk kumpul sesama macam ni tauu tauu. Aku abadikan gambar ni dalam blog sbb bila korang google je nama korang inshaallah korang akan jumpa balik gambar-2 ni. Uhuhuuu.
Okayylahh. Tu sahajee.
Byebyeee !


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

November 7, 2014

Tips lupakan rasa hati dan gembirakan diri.

Ahaaa selagi cuti masih panjang ni , mohh lerr aku update banyak banyakk yeee dakkk ,
Kang lepas lepas ni dah mula sem balik, jangan kata nak update, nak menjenguk pun tak sempat.
Ehehehe.
Jadi kali ni, ermm macam tetiba baru terfikirkan, memandangkan aku ni dalam keadaan bosan sunyi sepi, apa kata kita fikirkan cara-2 yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. 
Mana tau kud kud tips tu bergunaa utk masa depan.
Hihihi

Baiklah,
Jadi di antara cara cara yang telah difikirkan yang boleh digunakan utk gembirakan hati sendiri, atau lupakan kesedihan, atau kekecewaan, atau kesepian, atau kesunyian, atau apa apa sajalah kan.

  • Luangkan masa bersama keluarga. Jangan sia siakan masa dan peluang yang ada utk bersembang bergembira bersama mereka selagi ada masa. Sebab keluarga kita ni ialah kebahagiaan kita ! Ceewahhhh !
  • Lepak lepak dengan kawan kawan rapat, minum minum kopi kat mamak kee mapley ke, sembang-2 bergelak ketawa. (Tapi kalau jenis yang tak suka keluar rumah macam aku ni, tips yang kedua ini tidak digalakkan, anda boleh mencuba tips yang pertama okay ! hehe)
  • Take your time untuk bersendirian. Means bukanlah 24 jam asyik nak bersendirian je. Tu dah macam gila laa pulak sebab tak bergaul dan ambil tahu langsung pasal dunia luarkan. Maksudnya disini ialah, pilih masa masa yang sesuai yang boleh kita menyendiri dan fikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Like muhasabah diri laaa.
  • Aku rasa kalau kita cuba happy-2 kan diri sendiri, gelak kuat-2 sampai tak toleh kanan kiri pun boleh buat kita lupa masalah dan rasa hati kita kan? Even kau rasa macam benda tu menipu diri sendiri tapi sekurang -kuranya kita puas hati kan.
  • Lagi aku rasa , makan pun boleh hilangkan stress ! Hahaha betul tak tipu , makan lahh selagi boleh. Sebab mengikut pengalaman aku pun, bila aku makan, aku rasa nikmat dan kebahagiaan yang amattt sangat ! Jangan lupa ucap alhamdulillah bila dah kenyang k ! Hehehe 
  • Hurmm, jauhkan diri dari orang-2 yang boleh buatkan fikiran dan perasaan kita asyik teringatkan benda yang paling kita nak elak. Betul. Yang ni penting sbb yelahh elok-2 kita dh lupa, tetiba ada pulak manusia yang mengingatkan, haihh tak ke sedih-2 je rasa hati tu nanti kan.
  • Next , aku rasaa hurmmm haaa shopping ! Ahaha yang ni kalau yang banyak duit selalu boleh laa. Ianya akan menjadi satu kepuasan. Tapi kalau macam aku, tak shopping pun tak apa, kalau keluar jalan jalan window shopping tu pun dah kira okay kud. Kalau aku lah , kann
  • Jangan buat sesuatu dalam keadaan terpaksa. Bukan apa, kita dah lah tengah ada masalah apa semua, kalau kita buat benda yang kita tak suka, benda tu lagi lah akan menganggu emosi kita. Jadi adalah lebih baik buat benda yang kta suka. Macm aku baca novel ke, majalah ke, movie keee, ahaaa boleh jugak larikan kotak fikirkan kita dari memikirkan benda yang tak sepatutnya.
  • Jangan stress dengan sesuatu masalah yang kita nak elak tu. Apa pun yang kita buat enjoy jee. Anggap semua perkara yang kita buat tu membahagiakan hidup kita. Persetankann orang lain yang cakap kita pura pura bahagiaa laa apa laaa tu kan. Lantakk diorang.
  • Dan last sekali, jalan akhir yang aku rasa paling berkesan, tidur tidur dan tidur ! Ahaaa serius tak tipu. Tapi bukanlah tidur sepanjang hari sampai tak buat apa apa. Tu gila namanyaa. Means kalau kita rasa macam benda tu macam sibuk-2 je datang kacau otak kita kan, cuba lah pejam mata dan tidur. Lupakan seketika masalah. Masuklah kedalam mimpi indah. Tapi awas okayy ! Tidur ni kalau masa tu memang tak ada apa nak buat. Janganlah time kena kerja ke, study ke kau nak tidur. Memng cari penyakit jeee cam tu.


Jadi setakat itu jelah tips yang mampu aku fikirkan.
Ehee kira banyak laa jugak tu 10 kan.
Ni semua memang benda-2 yg selalu aku buat.
Takdelah selalu, tapi diantaranya aku selalu la buat.
Lagi-2 yang last sekali tu.
AHAHAHA !
Okayy byee !


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Cuti sem yang tiada cerita.

Ketuk ketuk keyboard.
Haihh bosan sangat yang tahap cane tah cuti sem kali ni.
Sebelum sebelum ni dah dua kali cuti sem, tak kerja pun aku. Movie, novel, movie, novel, haaa tu je laa keje aku.
Tapi cuti sem yg kali ke 3 ni awat bosan dia tahap macam, hurmmm kritikal macam boleh masuk ICU dah ni.
Hishh sukar digambarkan dengan kata kata betul.
Baru dua minggu lebih cuti.
Macam mana aku nak menghabiskan lagi berminggu minggu ni.
Hadoiilahh stresss macam niiiii !

Bilaa aku dah semangat berkobar kobar nak kerja, takde rezeki pulak.
Terpaksa laa melangut jee kat rumah ni.
Itupunn, hmmm dah macam hapee je rasa.
Bukan nak cakap apa lahh, tapi aku rasa faktor-2 aku jadi stress sangat duk rumah ni mesti sebab stress dengan perasaan dan fikiran sendiri.
Haihh tak sukalaaa.
Bilaa tak buat apa-2 tu mulaa laa nak fikir macam-2 nak feeling macam-2.
Eh pikir aku sukee ke haaa?!!!
TAK SUKAAA TAHU TAKK?!!!
Benda tu boleh menyebabkan aku mengalami tekanan jiwa kalau dibiarkan
Ahahaha macam melampau sangat je statement kan.

Ermm tapi memang betul pun.
Kalau kat kolej ada jugak kawan-2, boleh gelak-2 happy-2, tak yah pikir sangat.
Macam lupaaa semua.
Kat rumah memang lah ada adik adik apa semua, tapi masa aku bersendiri tu lebih banyak.
Lagi-2 kalau mama ayah keluar kerja, adik adik pulak gy sekolah, perghhh boleh mati kebosanan silap-2.
Apaa susah gilaaa nak lawan hati dan perasaan sendiri.
Sedih betul.

Jadi, cuba bagitau apa aku patut buat?
Hmm tak berkesudahan betul hidup.
Yang peliknyaa dalam masa yang sama, aku malas nak habis cuti cepat-2 sebab rasa macam berat sangat nak balik kolej.
Rasa macam nak berhenti kolej pastu masuk kolej area-2 kl selangor ni jee.
Malas dah nak balik sana.
Itu kalau ikutkan hati dan perasaan yang tidak waras laa.
Kalau ikutkan akal yang waras memang kalau boleh nak cepat habis cuti cepat masuk kolej cepat habis sem cepat sikit aku tinggalkan kuim.
Hahahaha.
Sejak dari awal hati dah tak ada kat sana.
Nak buat macam mana.
Nasib baiklah ada kawan kawan yang aku sayang.
Diorang laa yg selalu buat aku lupa pasal masalah aku kat sana.
Memang payah nak lawan dengan kehendak hati sendiri ni.

Haihh
Okayy laa byee !


p/s: mungkin jugaaa cuti sem kali ini terasa sunyi dan sepi kerana tiada siapa lagi di hati yang menemani, ekekekee 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

October 31, 2014

#throwback Sekolah.

Yang sebenarnya sedang mengalami kebosanan yang amat kritikal. 
Cuti sem kali ni tah kenape cam serba tak kene jee duk rumah lame-2.
Try bace novel banyak mane pun macam tak feeling-2 jeee.
Hmm, nak tengok cerita korea pun cam takde mood je.
Kenape ekk?
Yang pasti aku penat duk rumah sbb, hurmmm sebabbbb... hurmm sebab penat dgn hati sendiri asyik nak melayan perasaan je.
Haihhh tak boleh jadi ni.
Macam nak kene kerja jugak ni !
At least kalau kerja takdelaa terlalu memikirkan sangat bile dah busy tu.
Yeee dokk?
Hurmmm esok esok nak cuba nasib lagi lah !
Part time pun jadi lah ,

Okayy skarang, hurmm tadi bosan punya bosan sajaa laaa belek album gambaq2 lama time sekolah dulu.
Haihh apa lagi, muncul lah perasaan rindu yang membuak buak.
Seriously ahhh.
Mmg carta teratas sekali paling rindu SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SUNGAI BULOH (sekarang dah jadi kolej, uhuhuuu) ,
Walaupun form 1 aku sekolah Methodist tu and form 2-3 aku sekolah Bandar Baru Sungai Long, tapi jujur memang takkan sama dengan SMVSB.
Dua tahun macam 5 tahun aku kat sana.
Maybe faktor sebab tu sekolah asrama kud. Quality time lebih dengan kawan-2. Mana boleh lupa kan.
Even masa form 4 lepas dah macam2 kes jadi tu ada rasa menyesal masuk sekolah tu.
Masuk form 5 pun bila asyik kena attack, wanted and macam-2 hal lagi, memang rasa give up and nak habiskan SPM cepat2 and nak blahh je dari sekolah tu.
Tapi at the end, bila melangkah kaki keluar je dari sekolah tu, perasaan rindu tu dah ada.
Yang pahit semua rasa macam manis manis jeee.
Yang buruk semua macam indah indah je.
Haaa nampak tak penangan dia. Hahahaha.

Jadi sekarang ni memang nak throwback lah kan.

Throwback form 4 dulu ,




Dormmate tersayang ,


Classmates 4 Binaan Bangunan , 






Dormmate masa form 4 ,




Pengalaman berharga, terpilih utk Kem Perdana KRS Peringkat Kebangsaan.
Orang sibuk duk final exam time ni, ktorg sibuk duk bercamping seminggu kat Negeri Sembilan.
Memang best.

And this , throwback form 5 ,









Even masa form 5 dirombak dorm, tapi friendship tu tetap ada.









Kelab Kembara .
Pergi Tanjung Piai Johor.
One of the best memories.


Classmates girl version 5 Binaan Bangunan.
Time ni muka dah nampak matang. 
Hahaha.


Ni lah dormmate masa form 5.
Even dirombak dan berpecah pecah.
Tetap happening dengan diorang selama setahun.


And lastly all the girsl.
ASRAMA PUTERI GEMILANG SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SUNGAI BULOH.



Hurmm macam mana ekk nak describe.
Feeling dia tu kan macam ni ,
Kau sebelum ni tak pernah berjauhan dengan mak bapak, then kau masuk asrama dikelilingi kawan-2, everyday everytime makan mandi tido study pergi sekolah semua dengan kawan-2.
So kau rasa macam mana?
Teruja beb. Rasa macam masa tu kawan adalah segala galanya sebab kita jauh dari mak bapak. Apa apa jadi, kawan-2 yg akan ada dulu. Perasaan masa tu memang kau akan appreciate sangat friendship yang ada.

By the time, time jugak kau rasa macam nak cuba pelbagai benda baru. Yelah bila dah dengan kawan je everytime, berapa kepala ada, berapa akal ada, macam macam benda nak dibuat, nak dicuba.
Benda yg org kata jangan itu lah yg nak dibuat kan. Hahaha, k lawak k lawak.
Aku dah dok tersengih sorang2 bila ingat segala kejahatan dan kenakalan.
Memang masa buat jahat dah kena hukum tu sedih apa semua.
Ada certain2 part tu yang bila ingat balik perit rasa sebab tempias dia kena kat parents. Malu pun ada.
Tapi ada part2 yg kau akan rasa macam hahahaha jahatnya aku dulu. Nakal. and seriously that was a very good memories to remember.

And yesss !
Too much too remember.
Time ni happening, fikir nak berseronok je.
Kalau tengok balik gambar masa form 4 compare tu form 5 nampak banyak sangat perbezaan.
Memang aku pun rasa macam nak ketawa golek-2 je tengok gambar sendiri.
Yang form 4 tu mukaa nak happy enjoyy jeee memanjangg.
Macam tak fikir study apa dahhh.
Honeymoon year laa kekonon.
Pastu excited dengan kawan kawan and environment baru kud. Kira macam dalam proses nak menyesuaikan diri laa jugak kan.

Dengan apa yang terjadi, form 5 tu nampak laa ciri ciri kematangan tu macam nak ada dah sikit-2.
Time dah serius pikir study pikir SPM apa semua.
Pulak masa tu lepas macam2 kes. Memang dah tak berani lah nak buat hal.

Aku yang dudk asrama pun rasa macam gilaa gilaa rindu apetah lagi bebudak yg duk asrama since form 1 tu kan?
Mesti dorg lagi sedih nak tinggalkan semua tu. And mesti diorang lagi rindu.
Apa apa pun aku bersyukur sangat sangat sebab diberi peluang utk merasai semua ni .
Even ini bukan laa asrama penuh tapi aku tetap rasa environmentnya still sama bila kita dengan kawan-2.
Banyak benda yang aku belajar dalam masa dua tahun ni.
Precious moment.
Takkan sesekali lupa.

Okay lahh tu jee !
Malam ni happy bila dapat throwback dengan kengkawan semuaa.
Rasa macam happy bila tengok balik semua gambar-2 ,
Hahaha, betul . setiap gambar ada cerita.
Setiap gambar ada kenangannya.

Okayy byee !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

October 30, 2014

Finally and lastly.



Aku masih ingat ayat ni ,

"Move people with emotions before move them into actions"

This is what I mean.
You did it well babes.
Congrats.

Aku benci diri aku.
Sebab dalam keadaan macam ni pun aku boleh tersenyum bila ingat kenangan indah yang kau tinggalkan.
Memang aku benci diri aku sebab aku tak mampu nak membenci kau.
Sakit.

Maaf jika kehadiran aku telah mengkucar kacirkan hidup kau.
Maaf jika pada kau aku membawa kau ke arah yang tidak baik.
Maaf jika selama dengan aku, aku banyak bawa kau ke arah yang melalaikan.

Tapi aku still nak cakap.
Yang aku bertuah kenal kau.
Dari dulu lagi aku pernah cakap.
Kau sesuatu yang baru dalam hidup aku.
Dan sehingga kini, peganglah kata-2 aku itu.
You are the new one that I've to learn.

Saat ini mulut aku kata benci.
Tapi hati?
Hanya Allah Maha Mengetahui.
Sampai bila bila pun aku tetap takkan salahkan kau dengan apa yang jadi.
Walau aku rasa hati aku macam dah hancur berkecai ibarat pasir ditepi pantai lumat dia.
Hahahaha.

But its okay.
Andai suatu saat nanti aku ditakdirkan bertemu dengan kau duduk minum kopi face to face.
Izinkan aku untuk maki kau sesuka hati aku boleh?
Sekali pun takpelah.
Biar aku boleh lepaskan semua.
Aku marah kau.
Tapi aku lagi marah diri aku sebab tak mampu nak luahkan rasa amarah tu pada kau.
Kenapa ye?
Sebab aku bodoh masih sayang kau kud?
Haaa kejam tak ayat?
MAAF.
Tapi memang betul.

Btway,
From the first time I get to know who you are and your name.
Thank you for all the good memories.
Thank you for everyday.
Thank you thank you and thank you.

Lastly and finally.
Thank you for everything.
Kau ajar aku rasa bahagia package dengan derita.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

October 29, 2014

Maafkan aku sebab sayang.

Dengan apa yang terjadi sekarang ni, perkara pertama yang aku nak sangat sangat buat ialah, hilangkan rasa sayang yang ada dalam hati ini.
Sebab, rasa itu yang sangat menyakitkan.

Maafkan aku sebab sayang.
Kalau ikutkan hati, biarlah aku tak pernah kenal dia siapa.
Biarlah aku tak pernah tahu kewujudannya ada.

Namun aku tahu.
Tak baik menyesali takdirkan.
Bila menyesalkan sesuatu yang terjadi, itu bermakna kita cuba menolak ketentuan-Nya.

Aku nak kau tahu.
Walaupun keadaan aku sekarang macam ni.
Walaupun aku masih terikat dengan rasa sakit, kecewa, dan luka dengan hati sendiri.
Tapi aku tak pernah salahkan takdir dengan apa yang jadi.
Sedaya mungkin aku sedang cuba untuk terima.
Macam yang pernah aku katakan dulu.
Masa yang akan tentukan semua.
Aku percaya, cepat atau lambat, aku akan ikhlas utk terima semua yang jadi ni.

Tapi, maafkan aku andai kadangkala aku tak mampu mengawal emosi.
Kerana aku cuma manusia biasa yang masih belum cukup kuat utk melawan diri sendiri.
Harap kau mengerti.
Salah sendiri kerana menyimpan rasa sayang yang terlalu dalam.
Kesudahannya diri sendiri tak tahu untuk hadapi.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

October 28, 2014

Rela untuk melepaskan tetapi sukar untuk melupakan.

Ehemm, ahaaa kemain panjang lagi tajuk kan. 
Ahaaa kalau dah macam tu punya tajuk, paham-2 je lah. Memang entry kali ni melibatkan hal hati dan perasaan.
Hmm memang letih hidup bila dibebani hal hati dan perasaan ni.
Tapi nak buat macam mana kan?
Itulah realitinya.
Itulah hakikatnya.
Suka atau tidak, akur lah utk menerimanya.

Well, orang mesti fikir yang aku ni manusia yang susah nak terima hakikat.
Orang mesti ingat aku sengaja nak menentang takdir yang datang.
Orang mesti fikir aku macam-2.
Yaaa ! Memang semua orang yang tidak melalui boleh berkata apa sahaja.
Tapi, aku nak tanya. 
Kau rasa apa aku rasa?
Kau lalui apa aku lalui?

Memang, ramai lagi lalui benda yg lagi teruk dari aku.
Aku tak nafikan itu. Tapi lantaklahh. Itu hal orang. 
Hakikat sekarang ni diri aku sendiri. Janganlah sesekali nak banding diri kita sesama manusia.
You know what, no one perfect !
Thats why aku macam ni. Sebab aku pun cuma manusia biasa beb.
Adakalanya aku lemah walau aku cuba utk berlagak kuat.
Adakalanya aku rebah bila aku tak berdaya utk bangun.
Kenapa?
Sebab impaknya terlalu besar dalam hidup.
Sebab ini kali pertama aku lalui dalam hidup.
It takes time lahh wehh nak terima semua ni.

Memang mulut kata redha. Tapi aku tak nafikan, hakikat sebenar, aku susah nak terima.
Macam tajuk aku lah. Rela lepaskan, tapi untuk lupakan?
Fikir aku macam sistem komputer yang kalau perlu save kalau tak nak delet masuk recycle bin macam tu je?
Aku manusia, ada hati, ada perasaan.
Orang takkan faham apa aku rasa.
Takkan faham.
Sakitnya macam mana.
Lukanya macam mana.
Nampak mudah, tapi payah.

Kau?
Dari awal aku nak kata kau ni suka mempermainkan.
Tapi aku tak boleh nak labelkan kau macam tu.
Sebab jauh disudut hati aku faham, kau tak berniat macam tu.
Tapi selalu sangat aku fikir macam tu.
Jangan salahkan aku, sebab perlakuan kau, tindakan kau, buat aku fikir macam tu.

Apa yang kau buat?
Fikir sendiri. Dah besarkan.
Tak salah alasan kau. Aku tak bantah keputusan kau.
Tapi fikirlah, keputusan dan alasan kau tu seiring ke dengan tindakan kau selama ni?

Aku kan... huhhh memang kalau boleh nak lempang-2 nak bunuh kau pun ada.
Tak dapat bunuh dapat maki sekali pun cukuplah.
Hahaha.
Tapi kenapa eh?
Hati tak terdaya. Mulut tak mampu nak berkata.
Kenapa wehh kenapaa?
Kekadang benda tu yang buat aku menangis sendiri.
Sebab aku tak boleh nak luahkan apa yang aku rasa.
Aku tak tahu apa kau fikir tentang aku.
Tapi hakikatnya kau tak pernah faham apa kesannya pada aku dengan apa yang kau buat ni.

Pertama kali aku lalui semua ni.
Tak pernah aku sangka weh.
Tak pernah.
Kau rasa apa aku rasa?
Tak kan?
Sebab dulu kau pernah bersedia dengan semua ni.

Aku tak nak membenci, apatah lagi berdendam.
Kadang-2 apa aku buat sebab aku sendiri nak buang rasa aku ni jauh-2.
Aku sengaja buat benda yang aku sendiri tak rela nak buat.
Tapi aku tak berjaya.
Kenapa?
Sebab kau.
Semuanya sebab kau dan harapan kau.
Weh, perasaan aku ni permainan ke?

Its easy for you to say.
But its not easy for me to go through all this.
Sekelip mata semuanya berubah.
Sekelip mata semuanya musnah.

Aku bukan nak cakap apa.
Bukan aku nak mendoakan atau apa.
Bukan aku nak menolak takdir ke apa.
Tapi suatu saat nanti, kalau apa yang kau kata kau tak kota,
Andai terjadi sesuatu diluar jangkaan kita tapi disebabkan perbuatan kau sendiri,
Jangan pernah salahkan aku jika aku membenci.
Jangan salahkan aku jika diri kau tak pernah lagi wujud dalam hidup aku.
Masa tu, kau akan rasa apa aku rasa.
Kau akan dapat balik apa yang kau buat.

Kau kata kau takut dengan peluang.
Kau takut untuk lalui lagi.
Baiklah.
Itu kata-2 terakhir kau yang aku pegang.
Tapi soalan aku yang aku nak tanya tapi tak pernah terluah.

Sekarang ni kau bahagia. Sama ada kau berpura- pura atau apa aku tak tahu.
Tapi apa yang aku nampak kau bahagia.
Baguslah. 
Sebab aku tahu dari awal puncanya disebabkan aku.

Persoalannya sekarang.
Kau bahagia bila orang lain derita kerana kau?



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Review Drama Korea :)

Ehemmm satu lagi hobi baru yang aku perolehi ketika melangkah kaki ke alam IPT.
Hehehe.
Bilaa dapat kawan kawan baru yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, maka aku pun mulaa laa terpengaruh dengan sesuatu yang baru.

Ceritanyaa begini, masuk je KUIM tu, aku pun dapat laa seorang roomate merangkap classmate baru kan. 
Haa nak dijadikan cerita ermm macam mana tah , tapi yang pasti dia lah yang telah mendedahkan aku dengan cerita-2 korea.
Ahaaa seriously tak tipu, sebelum masuk IPT memang aku tak pernah tengok pun cerita korea, apatah lagi nak mendengar lagu-2nya. Boleh dikatakan ketinggalan jugaklah kud dan sekarang ni aku baru nak up kud kan?
Hahaha,
Macam mana entah aku boleh mula berjinak jinak tapi yang pastinyaa masa tu cerita yang pertama dia suruh aku tengok masa tu cerita ni, 



YOU'RE BEAUTIFUL


Yeee betol tak tipuuu. Inilahh first cerita yang aku menengok dengan penuh perasaan. Dan bila dah tamat apaa lagi mulaa laa aku search internet menggeledah cerita-2 menarik yang seterusnya berdasarkan riview-2 dari blogger-2 yang aku baca. Tengok cerita mana yang macam rating tinggi-2 tu aku pun tengoklaaa. Heheee. Pulak masa si Ain tu bagi cerita ni kat aku dah hujung sem dah. Jadi start je cuti sem sepanjang cuti sem tu memang menghadap ceritaa korea ni laaa kerja aku. Macam baru nak belajar-2 nak addicted dengan cerita-2 ni semua kan. Hehehee.

Dan seterusnya cerita-2 yang aku dah tengok , 


BOYS OVER FLOWER !


Kenapa aku tengok cerita ni dulu sbb berdasarkan riview-2 yang aku baca dan rating yang aku tengok ni laa cerita yang paling mendapat rating tertinggi. Berdasarkan komen-2 yang majoriti cakap best , sedih loving sampai nangis-2 haaa apa lagi aku pun terpengaruh. Jadi akhirnyaa berjaya jugak aku habiskan 20 episod cerita ni ! Woohoooo memang best tak tipu. Banyak kali aku ulang pun tak pernah bosan. Jadi review-2 bloggers tu maknanya tak berbohong ! Dan lagu-2 dia pun sangat besttt. Lagi-2 LEE MIN HOO adaaa , hehehee.
Hahahaha

NEXTTT !


PLAYFULL KISS


Hurmm menarik jugaklaa ceritaa ni kalau setakat nak enjoy-2 tengok kan. Tak laa membosankan sangat sebab KIM HYUN JOONG tuu sangattt handsome ! Hahahaha , 




HEARTSTRINGS


Cerita ni pun best laaa jugak . Tapii takkk sangattt lahh. Tapi still dalam kategori besttt. Dan aku suka soundtrack-2 dalam cerita nii. Salah satu cerita yang menarik jugak aku rasa.




CITY HUNTER


Hmm pada awalnya masa episod satu aku tengok rasa macam bosan bosan. Tapi setelah menggagahkan diri untuk tengok episod episod seterusnya sehingga habis, yeaahhh memang ternyata LEE MIN HOO tidak mengecewakan ! Hahaha, sangat besttt. Bestt bagi aku cerita ni sebab lain dari yang lain. Cerita ni bukan setakat cintan cintun je, tapi yang aksi yang macam extrem-2 tuu haaa memang aku jarang layan sebelum ni tapi yang ni memang boleh bagi thumbs up ! Salah satu cerita favourite aku jugak !


THE INHERITORS / THE HEIRSS


Ceritaa ni adik mok aku yang memperkenalkan dekat aku. Sebab dia pun salah seorang peminat cerita korea. K aku baru tahu sebenarnya masa tu bila aku nampak dia tengok cerita ni kat tv. So aku tanya dia cerita apa dan dia pun suruh aku tengok. Hmm cerita ni memang best. Menarik. Cumaa tak SANGATTT laa pada aku. Tapi dalam kategori yang best sbb ada Lee Min Ho dan Park Shin Hye. Cuma aku sukaaaaaa sangatt tengok poster cerita ni ! Sangat elegant wehh ! Style gituu ! Hehehe dan lagi satu sbb Lee Min Ho handsome sangatt macam remaja dalam ceritaa ni. Memang gilaaa melting habiss laaa nengoknyeee. Hahahaha 



EMERGENCY COUPLE


Ceritaa ni aku saja je laa cuba-2 tengok best ke tak. Macam biasa laa aku cari cerita berdasarkan rating-2 yang teratas kan. Hehe. Masa tu cerita ni baru habis kat tv. Mula-2 macam bosan tapi bila dah next episod next episod hmm sangatt seronok. Aku suka cerita ni bukan sebab pasal loving-2 dia tapi pasal medical doktor-2 ni. Sepanjang hidup mana laa pernah aku bercita-2 nak jadi doktor. Jururawat pun tak pernah berkeinginan. Jadi bila tengok cerita ni dia tunjuk operate-2 apa semua tu macam unik dan best. Manaa ada cerita malaysia yang tunjuk real macam tu. Memang style laa. Sekali tengok macam bukan acting. Macam diorang buat betul-2. Haihh dah macam-2 dah aku. Hahaha. Apa-2 pun cerita ni mmg tak membosankan utk aku tengok berkali kali. Wuhuuuuu ~



MY LOVE FROM ANOTHER STAR !


Yangggg niiii yanggg niiii hahahaha memang tak boleh nak cakap apaaa. Memang cerita favourite aku yang palinggggg palinggggg dann palinggg sangatttt aku sukaaaa ! Memang laaa macam bongok-2 je sebab cerita pasal alien laaa apa laaa kan. Tapi tak tahu kenapa, walaupun cerita dia sebenarnya tak logik tapi aku sukaaa jalan cerita dia. Pelakon-2 dia pun best. Yanggg paling best aku suka OST ceritaa ni. Sangattt best walaupun aku tak faham. Hahahaha. Tapi memang dalam banyak-2 cerita, cerita ni yang paling aku minat dan berkali kali aku ulang tengok takkan pernah bosan. 



HOTEL KING


Aku dapat cerita ni daripada kawan masa kat kolej. Mula-2 tu macam tak nak amek. Tapi masa tu fikir-2 kalau aku bosan keee boleh tengok, so amek jelah kann. Masa tu aku macam malas nak tengok sbb ada 30 episod. Mmg banyak daripada cerita-2 lain yang aku dah tengok. Kira masa tu fikir time-2 cuti ni laa kan nak tengok. Tapi Adilla Wafi ni memang tak fikir apa dah, time exam aku pergi bantai tengok 3 hari 3 malam habiskan 30 episod ni masa ada gabe paper. Hahahaha ! Memang itulah penangannya. Dah mula susah nak stop. Memang aku tengok sampai habis. Lepas tu baru study utk next paper. Cerita ni pund alam kategori yang menarik dan best. Aku suka cerita yang macam corporate-2 bisnes-2 ni, seronok tengok. Huhuu. Tapi utk diulang tengok banyak kali tu tak kud sbb cerita ni bukan dalam kategori itu, bagi aku laaa. Kira sekali tengok sampai habis okay dah. Tak yah ulang lagi. Hehehe.


Jadi, utk cutu sem yang baru seminggu bermula ni, aku telah berjaya menghabiskan dua cerita,

THE MASTER'S SUN


Cerita ni pasal hantu-2 apaa semuaa. Memang macam tak logik, tapi as usual cerita korea ni kalau tak logik pun bagi aku dia unik. Jarang Malaysia buat cerita macam tu so aku rasa still dalam kategor best. Dan yang paling aku suka OST cerita ni. Semua best-2. 



ANGEL EYES


Baru semalam aku tamatkan ceritaa ni. Punn dalam kategori yang menarik dan best. Pasal doktor, bomba. Menarik utk ditonton. Dan aku suka OST ceritaa ni. Hahahaha. 

Kesimpulannyaa inilah diantara cerita korea yang paling best dalam banyak-2 yang aku dah tengok. Sebenarnya banyak lagi aku dah tengok tapi yang lelain tu aku rasa tak best. Ini diantara yang paling menarik bagi aku. Cerita korea ni aku suka bukan setakat part cintan cintung loving doving dia tu jee, tapi cerita dia semua kebanyakannya unik and lain dari yang lain. Macam dalam cinta cinta tu ada laa juga information information yang kita tak tahu dan kita boleh tahu. Maksud aku yang logik2 je laa. 
Yang tak logik tu tak yah laaa amek, cuma utk suka suka je kan. Huhuhu. 

Lagi satu sebab hero dia macam handsome-2 macam best-2 jee tau nak tengok. Hahaha sekadar suka suka. Bukannya memuja. Tak salahkan? Hehehe.

Jadi iu sahajalah. Lepas ni nak tengok lagi cerita yang best-2. Itu pun kalau tak jadi kerja. Dalam hati ni ada laa jugak macam nak cuba-2 nasib nak kerja. Tak tau laa mama ayah bagi ke idakk. Tengok keadaanlaa kan.

So okayy !
Byeee !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi