♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Review Drama Korea :)

October 28, 2014

Review Drama Korea :)

Ehemmm satu lagi hobi baru yang aku perolehi ketika melangkah kaki ke alam IPT.
Hehehe.
Bilaa dapat kawan kawan baru yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, maka aku pun mulaa laa terpengaruh dengan sesuatu yang baru.

Ceritanyaa begini, masuk je KUIM tu, aku pun dapat laa seorang roomate merangkap classmate baru kan. 
Haa nak dijadikan cerita ermm macam mana tah , tapi yang pasti dia lah yang telah mendedahkan aku dengan cerita-2 korea.
Ahaaa seriously tak tipu, sebelum masuk IPT memang aku tak pernah tengok pun cerita korea, apatah lagi nak mendengar lagu-2nya. Boleh dikatakan ketinggalan jugaklah kud dan sekarang ni aku baru nak up kud kan?
Hahaha,
Macam mana entah aku boleh mula berjinak jinak tapi yang pastinyaa masa tu cerita yang pertama dia suruh aku tengok masa tu cerita ni, 



YOU'RE BEAUTIFUL


Yeee betol tak tipuuu. Inilahh first cerita yang aku menengok dengan penuh perasaan. Dan bila dah tamat apaa lagi mulaa laa aku search internet menggeledah cerita-2 menarik yang seterusnya berdasarkan riview-2 dari blogger-2 yang aku baca. Tengok cerita mana yang macam rating tinggi-2 tu aku pun tengoklaaa. Heheee. Pulak masa si Ain tu bagi cerita ni kat aku dah hujung sem dah. Jadi start je cuti sem sepanjang cuti sem tu memang menghadap ceritaa korea ni laaa kerja aku. Macam baru nak belajar-2 nak addicted dengan cerita-2 ni semua kan. Hehehee.

Dan seterusnya cerita-2 yang aku dah tengok , 


BOYS OVER FLOWER !


Kenapa aku tengok cerita ni dulu sbb berdasarkan riview-2 yang aku baca dan rating yang aku tengok ni laa cerita yang paling mendapat rating tertinggi. Berdasarkan komen-2 yang majoriti cakap best , sedih loving sampai nangis-2 haaa apa lagi aku pun terpengaruh. Jadi akhirnyaa berjaya jugak aku habiskan 20 episod cerita ni ! Woohoooo memang best tak tipu. Banyak kali aku ulang pun tak pernah bosan. Jadi review-2 bloggers tu maknanya tak berbohong ! Dan lagu-2 dia pun sangat besttt. Lagi-2 LEE MIN HOO adaaa , hehehee.
Hahahaha

NEXTTT !


PLAYFULL KISS


Hurmm menarik jugaklaa ceritaa ni kalau setakat nak enjoy-2 tengok kan. Tak laa membosankan sangat sebab KIM HYUN JOONG tuu sangattt handsome ! Hahahaha , 




HEARTSTRINGS


Cerita ni pun best laaa jugak . Tapii takkk sangattt lahh. Tapi still dalam kategori besttt. Dan aku suka soundtrack-2 dalam cerita nii. Salah satu cerita yang menarik jugak aku rasa.




CITY HUNTER


Hmm pada awalnya masa episod satu aku tengok rasa macam bosan bosan. Tapi setelah menggagahkan diri untuk tengok episod episod seterusnya sehingga habis, yeaahhh memang ternyata LEE MIN HOO tidak mengecewakan ! Hahaha, sangat besttt. Bestt bagi aku cerita ni sebab lain dari yang lain. Cerita ni bukan setakat cintan cintun je, tapi yang aksi yang macam extrem-2 tuu haaa memang aku jarang layan sebelum ni tapi yang ni memang boleh bagi thumbs up ! Salah satu cerita favourite aku jugak !


THE INHERITORS / THE HEIRSS


Ceritaa ni adik mok aku yang memperkenalkan dekat aku. Sebab dia pun salah seorang peminat cerita korea. K aku baru tahu sebenarnya masa tu bila aku nampak dia tengok cerita ni kat tv. So aku tanya dia cerita apa dan dia pun suruh aku tengok. Hmm cerita ni memang best. Menarik. Cumaa tak SANGATTT laa pada aku. Tapi dalam kategori yang best sbb ada Lee Min Ho dan Park Shin Hye. Cuma aku sukaaaaaa sangatt tengok poster cerita ni ! Sangat elegant wehh ! Style gituu ! Hehehe dan lagi satu sbb Lee Min Ho handsome sangatt macam remaja dalam ceritaa ni. Memang gilaaa melting habiss laaa nengoknyeee. Hahahaha 



EMERGENCY COUPLE


Ceritaa ni aku saja je laa cuba-2 tengok best ke tak. Macam biasa laa aku cari cerita berdasarkan rating-2 yang teratas kan. Hehe. Masa tu cerita ni baru habis kat tv. Mula-2 macam bosan tapi bila dah next episod next episod hmm sangatt seronok. Aku suka cerita ni bukan sebab pasal loving-2 dia tapi pasal medical doktor-2 ni. Sepanjang hidup mana laa pernah aku bercita-2 nak jadi doktor. Jururawat pun tak pernah berkeinginan. Jadi bila tengok cerita ni dia tunjuk operate-2 apa semua tu macam unik dan best. Manaa ada cerita malaysia yang tunjuk real macam tu. Memang style laa. Sekali tengok macam bukan acting. Macam diorang buat betul-2. Haihh dah macam-2 dah aku. Hahaha. Apa-2 pun cerita ni mmg tak membosankan utk aku tengok berkali kali. Wuhuuuuu ~



MY LOVE FROM ANOTHER STAR !


Yangggg niiii yanggg niiii hahahaha memang tak boleh nak cakap apaaa. Memang cerita favourite aku yang palinggggg palinggggg dann palinggg sangatttt aku sukaaaa ! Memang laaa macam bongok-2 je sebab cerita pasal alien laaa apa laaa kan. Tapi tak tahu kenapa, walaupun cerita dia sebenarnya tak logik tapi aku sukaaa jalan cerita dia. Pelakon-2 dia pun best. Yanggg paling best aku suka OST ceritaa ni. Sangattt best walaupun aku tak faham. Hahahaha. Tapi memang dalam banyak-2 cerita, cerita ni yang paling aku minat dan berkali kali aku ulang tengok takkan pernah bosan. 



HOTEL KING


Aku dapat cerita ni daripada kawan masa kat kolej. Mula-2 tu macam tak nak amek. Tapi masa tu fikir-2 kalau aku bosan keee boleh tengok, so amek jelah kann. Masa tu aku macam malas nak tengok sbb ada 30 episod. Mmg banyak daripada cerita-2 lain yang aku dah tengok. Kira masa tu fikir time-2 cuti ni laa kan nak tengok. Tapi Adilla Wafi ni memang tak fikir apa dah, time exam aku pergi bantai tengok 3 hari 3 malam habiskan 30 episod ni masa ada gabe paper. Hahahaha ! Memang itulah penangannya. Dah mula susah nak stop. Memang aku tengok sampai habis. Lepas tu baru study utk next paper. Cerita ni pund alam kategori yang menarik dan best. Aku suka cerita yang macam corporate-2 bisnes-2 ni, seronok tengok. Huhuu. Tapi utk diulang tengok banyak kali tu tak kud sbb cerita ni bukan dalam kategori itu, bagi aku laaa. Kira sekali tengok sampai habis okay dah. Tak yah ulang lagi. Hehehe.


Jadi, utk cutu sem yang baru seminggu bermula ni, aku telah berjaya menghabiskan dua cerita,

THE MASTER'S SUN


Cerita ni pasal hantu-2 apaa semuaa. Memang macam tak logik, tapi as usual cerita korea ni kalau tak logik pun bagi aku dia unik. Jarang Malaysia buat cerita macam tu so aku rasa still dalam kategor best. Dan yang paling aku suka OST cerita ni. Semua best-2. 



ANGEL EYES


Baru semalam aku tamatkan ceritaa ni. Punn dalam kategori yang menarik dan best. Pasal doktor, bomba. Menarik utk ditonton. Dan aku suka OST ceritaa ni. Hahahaha. 

Kesimpulannyaa inilah diantara cerita korea yang paling best dalam banyak-2 yang aku dah tengok. Sebenarnya banyak lagi aku dah tengok tapi yang lelain tu aku rasa tak best. Ini diantara yang paling menarik bagi aku. Cerita korea ni aku suka bukan setakat part cintan cintung loving doving dia tu jee, tapi cerita dia semua kebanyakannya unik and lain dari yang lain. Macam dalam cinta cinta tu ada laa juga information information yang kita tak tahu dan kita boleh tahu. Maksud aku yang logik2 je laa. 
Yang tak logik tu tak yah laaa amek, cuma utk suka suka je kan. Huhuhu. 

Lagi satu sebab hero dia macam handsome-2 macam best-2 jee tau nak tengok. Hahaha sekadar suka suka. Bukannya memuja. Tak salahkan? Hehehe.

Jadi iu sahajalah. Lepas ni nak tengok lagi cerita yang best-2. Itu pun kalau tak jadi kerja. Dalam hati ni ada laa jugak macam nak cuba-2 nasib nak kerja. Tak tau laa mama ayah bagi ke idakk. Tengok keadaanlaa kan.

So okayy !
Byeee !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi