♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Permulaan sebuah cerita.

April 30, 2014

Permulaan sebuah cerita.

Pernah tak rasa sesuatu yang datang tanpa sangkaan?
Atau pernah tak rasa sesuatu perkara terjadi dalam sekelip mata tanpa perancangan dan diluar jangkaan?
Dan pernah tak sesuatu rasa yang tak pernah dirasai sebelumnya?

Itulah orang kata, walau sejauh mana kita lari, walau sekuat mana kita menepis, kalau takdir dah tetapkan dia datang, dia pasti akan datang.
Kita siapa nak elak? Kita siapa tak nak terima?
Tu semua ketentuan-Nya, suka atau tidak, nak atau tak nak, kita kena terima dan cuba untuk terima.

Memang betul. Kadangkala sesuatu yang datang tu belum tentu dapat gembirakan hati semua orang.
Kadangkala sesuatu yang datang tu adalah pilihan.
Dan kita sebagai manusia memang harus memilih.
Jika kita apa yang kita pilih tu terbaik untuk kita, belum tentu lagi terbaik untuk pihak yang lain.
Dan jika kita rasa pilihan kita itu akan menggembirakan hati kita, mungkin juga pilihan kita itu akan melukakan hati orang lain.

Ya Allah. Bila jari mula menuturkan ayat disini.
Bila akal mula mengingati kembali peristiwa demi peristiwa yang membawa kepada sesuatu perkara ini, demi Allah semua tu langsung tak terduga.
Dan sampai sekarang, aku sendiri masih tertanya tanya.
Dimanakah punca semua ini boleh terjadi.
Aku tahu, sukarnya orang lain untuk memahami.
Sukarnya bagi mereka untuk mengerti tentang apa yang telah terjadi.

Pertemuan aku dengan dia adalah kebetulan.
Kebetulan disebabkan komitmen yang membuatkan kami harus berhubungan.
Semuanya disebabkan program yang bersama sama kami harus jayakan bersama rakan - rakan sekelas.
Kalau nak kata semuanya bermula dari situ pun, tak juga sbb program tu cuma penyebab yang merapatkan lagi silaturrahim kud.
Hehehe.

Jadi macam ni lah, tak yah dok bermadah - madah, straight to the point kan. Hehe.

DIA. 
Aku kenal dia melalui Syafiq.
Ya bila difikir - fikir balik mungkin Syafiq lah penyebab utama kami boleh berkenalan.
Tapi bukan lah disebabkan dia memperkenalkan atau kami yang ingin berkenalan.
Itu semua kebetulan ketika Syafiq suruh menyampaikan pesan.
Daripada menyampaikan pesan, mula lah perbualan berlarutan.
Dan rasanya dari situ lah perhubungan sahabat itu terjalin.

Akan tetapi, bila difikir - fikir kembali, rasanya tak juga.
Kalau nak diikutkan, aku sendiri mengenali DIA bukan dari sesiapa.
Aku mengenali DIA, ketika DIA dilantik sebagai Pengarah Program.
Dari situlah aku mengenali siapa DIA dan apa namanya.
Namun aku masih belum cuba dan tidak terasa pun mahu mencuba untuk mengenali siapa DIA yang sebenarnya.
Kenalnya aku terhadap DIA cuma sekadar sebagai anak buah kepada ketuanya.
Hubungan kami pun hanya berlandaskan kerja semata.
Memang aku berani kata, tak pernah terdetik, atau terlintas, atau berangan sekalipun yang aku akan berkenalan dengan dia, kenal kenal dengan dia.
Jadikan kawan pun aku tak pernah !

Memang tidak dinafikan.
Pada awalnya aku ada suka suka tengok karisma dia, kepimpinan dia sebagai pengarah.
Tidak dinafikan itu.
Tapi aku yakin, rasa suka suka aku saat itu memang sekadar suka suka.
Tak pernah ada niat lain inginkan lebih atau apa.
Cuma perasaan mengkagumi dia sebagai pemimpin yang telah diberikan tanggungjawab.
Jadinya, itulah yang dikatakan sesuatu diluar jangkaan.
Detik demi detik, hari demi hari, ada sesuatu rasa yang datang.
Kami, masing-masing memang sedaya upaya cuba menepis.
Memang dari hati ke hati kami berbincang.
Sebab masa tu, masing2 tahu, ada yang terlebih dahulu menghuni dalam hati masing2.

Kalau nak diceritakan secara detail bagaimana semuanya boleh berlaku, memang aku sendiri tak mampu.
Sebab semuanya diluar jangkaan.
Sesuatu yang tak mampu diluahkan melalui perkataan.
Mungkin hanya hati yang memahami.
Mungkin juga pada pandangan orang sekeliling apa yang terjadi ini seolah olah salah dan tak patut.
Pada pandangan orang lain yang tidak tahu hujung pangkal cerita, mungkin diorang akan kata mudahnya hati kami berubah.
Tak dinafikan. pandangan orang sekeliling itulah yang akan difikirkan.
Kalau aku kan tempat diorang pun aku akan berfikir macam tu.

Tapi biarlah.
Dia selalu pesan. Pedulikan apa orang kata.
Yang penting kita tahu apa kita buat.
Betul. Keputusan kami memang dah melukakan hati banyak pihak.
Namun siapalah kami untuk menolak?
Kalau diberi pilihan, memang kami tak nak melukakan hati sesiapa.
Tapi bagi aku kadang2 dalam hidup ini kita perlu jadi seseorang yang pentingkan diri untuk gembirakan hati kita sendiri.
Tak salah kan?

Ya, mungkin ada yang akan persoalkan.
Kau yakin dia kebahagiaan kau?
Kau yakin ke yang dia terbaik untuk kau?
Betul. Kadang2 rasa tersentap bila ada yang mempersoalkan sedemikian.
Sebab apa?
Sebab aku sendiri mengaku yang aku tak yakin dengan apa aku buat.
Kalau kira rasa dia mampu bahagiakan kita sekalipun, kalau kita rasa dia terbaik untuk kita sekalipun, betul ke?
Masa depan kita tak tahu.
Apa akan terjadi kita tak tahu.
Buatnya kalau kita yakin sangat, lepas tu apa yang kita yakin tu tak terjadi?
Haaa tak ke lagi huru hara kecewa hati.
Masa tu aku yakin, bukan senang untuk kita terima kenyataan.

Sebab tu lah, bila kata sepakat telah dibuat, aku belajar didik hati.
Didik hati supaya tidak terlalu percaya dan mengharap pada sesuatu yang belum pasti.
Namun jauh disudut hati sangat lah berharap, akan ada kesudahan yang baik untuk keputusan ini.

DIA adalah MUHD ASHRAF NAIF B ABD RAHIM.
Datang dalam hidup aku merupakan sesuatu yang berbeza.
Sesuatu yang belum pernah aku rasa.
Sesuatu yang belum pernah aku temui.
Sesuatu yang aku tidak pernah berharap atau berfikir akan dipertemukan.
Semoga sesuatu yang berbeza itu akan membawa aku ke sesuatu yang berbeza juga.

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
Walaupun saya tahu, di antara kita, awak lah orang yang paling cuba berusaha untuk menolak semua ni dengan kata yang bermacam - macam yang awak suruh saya pegang.
Namun, takdir Tuhan siapa kita mahu menolak?
Terima kasih sangat sangat awak.
Saya hargai segala galanya.
Saya harap kita tidak akan menyesal dengan keputusan yang kita buat.
Dan kalau pun suatu saat nanti takdir tak menyebelahi kita, saya harap kita sama - sama redha dan terima segala ketentuan-Nya.
Saya sangat sangat percaya ada hikmah yang indah yang belum kita ketahui.
Saya sayang awak. 
:)


Boleh dikatakan ini first dating.
Masa ni laa saya mula mengenali hati awak.
Dan mulai detik ini lah saya mula yakin dengan hati saya.
:)

People say , 
IF YOU LOVE TWO PERSON AT THE SAME TIME, CHOOSE THE SECOND ONE BECAUSE IF YOU REALLY LOVED THE FIRST ONE, YOU WOULDN'T HAVE FALLEN FOR A SECOND.

Aku mengiyakan kata kata ni sebab kata-kata ni tepat kena tang batang hidung sendiri.
Namun !
Tak semstinya kita kena yakin pada ayat tersebut.
Kalau yakin pada takdir tak apa !
Huhuhu.
Okayy bersambung dalam next story.
Byebyee ! :)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 Pengkritik:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi