♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: 30 MAC 2014.

May 1, 2014

30 MAC 2014.

Pada tarikh tersebut.
Tarikh yang takkan aku lupakan sampai bila - bila. Inshaallah.
Tarikh yang meninggalkan seribu satu kenangan dalam hidup aku.
Tarikh yang mencipta sesuatu yang tak pernah aku lalui sebelumnya.

Ada apa pada tarikh tersebut?
Actually itu tarikh lahir aku.
Haa memang lahh mesti akan kata, setakat tarikh lahir je pun kan.
Tapi untuk tahun 2014, tarikh 30 MAC tu memang lain dari yang lain.
Untuk yang pertama kalinya sambut kat kolej.
Dan untuk pertama kalinya aku betul-2 rasa diraikan.
Kenapa macam tu eaa?
Macam sebelum ni tak pernah nak raikan pulaa.
Huhuhu.

Actually macam ni, aku bukanlah seseorang yang suka nak sambut birthday pakai kek lah , tiup lilin la ape la kan.
Bagi aku, kalau nak sambut pun, cukup sekadar luangkan masa bersama.
Tak kisah laa buat apa pun, asalkan spend time masa bersama sama.
Bukan lah buat party bagai ni.
Tapi untuk tahun ni, disebabkan pertama kali aku aku dengan kawan kawan kolej aku dan disebabkan munculnya seseorang yang istimewa di hati aku, aku macam sengaja nak mencipta sesuatu yang tak pernah aku buat selama ni.
Actually benda ni bukannya idea aku, tapi idea si Syafiq tu haa, katanya nak keluar masa birthday aku.
Dah alang alang macam tu, aku dan Wawa pun plan laa.
Agak laa mula - mula macam-2 hal timbul.
Yelah kan, kita dh rancang apa semua, tiba-2 rasa macam tak jadi or takut apa yang tak dirancang tu tak jadi, frust lah jugak rasa.
Lagi-2 bilaa tarikh tu dah rancang dah nak jadikan tarikh yang istimewa dengan Muhd Ashraf Naif. (MAN).

Tarikh tu jatuh pada hari Ahad, pagi2 lagi dah sewa kereta nak ke Putrajaya laa rancangnya.
Disebabkan aku dengan si MAN ni orang KL/Selangor, dan kawan-2 kitorang yang ikut ni semuanya budak Melaka, sajaa laa rancang nak bawak depaa ke Putrajaya.
Main redah je sebenarnya. Last minit perancangan. 
Jadi dipendekkan cerita dan dipendekkan segala peristiwa, haritu pergi dua buah kereta.
Haaa biar gambar je laa yang memulakan cerita kann, baru syokkk. 
Hehehe.

Okay before that, let me introduce siapa yang ikut masa tuuu,


ASIAH , AIN, WAWA, SUAIDAH :)
Ada pulak laa makhluk sesat nak enterframee. Hahaha.


RAUF, AKIM, CAPIT, ACAP :)
Bodyguard kami. Hehehe.

Di antara gadis gadis dan jejaka jejaka yang menemani saya. Haaa ini lah diaaa. 
Okayy aku tahu, dah terang lagi bersuluh kan nampak macam berpartner partner semuanyaa.
Senang citee tengok colour baju pun dah tau kan.
Hahaha.
Ye laa memang betul
Sajaa nak mengeratkan silaturrahim. 
Hehehe.
Actually semua ni classmates kecuali Rauf dengan Acap je yang sesat.

Next destinantion, lepas Alamanda bawak laa mereka mereka ni round Putrajaya.
Pergi duah buah kereta.
Satu kereta dipandu oleh Acap dan co pilotnya aku diikuti oleh anak anak kat belakang Capit, Wawa dan Ain.
Satu lagi kereta dipandu oleh Rauf, diikuti oleh co pilotnya dan anak buahnya Akim dan Asiah.
Kenapa kereta aku, aku yang duduk disebelah Acap?
Okayy tahu sebab pertama mesti nak kata aku ni kesayangan dia kan. Hahaha.
Lagi satu sebab aku je yang ada lesen and aku dengan Acap kan dari Selangor.
Memang sah sah laa kena cari jalan. Dan dah nama co pilot dia kan, mesti laa kena jadi assistant tunjuk jalan.
Nak drive? Hmm dalam mimpi. Memang dia langsung tak bagi pegang stereng hari tu. 





Sayang merekaa :)



How I miss this moment so much , huhu
cukup hanya gambar yang berceritaa.
:)



Masjid Putra.





Okayy siang punya cerita, ini je laa gambar yang ada.
Sebenarnya hari tu plannya pergi pagi balik petang laa.
Kira sewa kereta masa tu separuh hari je.
Jadi dah alang alang masa tu kitorang semua lewat. Maklum lah dah jumpa buah hati masing2 lupa diri.
Tak tengok masa kan. hehehe. Jadi semua setuju nak extend sewa kereta tu ke satu hari.
So malam tu kira over night laaa.
Tapi awas eaa !
Jangan nak fikir bukan bukan.
Overnight kitorang bukannye tidur kat mana - mana.
Just lepak-2 kat kedai, lepastu lepak tepi pantai.
Jadi destinasi malam tu mulanya makan malam kat PD. Then gerak balik Melaka. Sajalah nak jalan jalan Bandaraya Melaka malam malam.
Dah habis jalan - jalan, boleh pulak diorang buat kerja gilaa patah balik ke PD.
Hahh time tu memang dah penat sangat dah.
Sampai Teluk Kemang masing2 kepenatan.
Rehat lah satu malam kat tepi pantai.
Nak dijadikan cerita, si Acap ni dah kepenatan memandu dari pagi. Tapi degil jugak nak drive malam tu.
Kesian laa dekat dia kan. Jadi aku pun apa lagi, dengan menggunakan kuasa yang ada aku paksa jugak dia bagi aku drive malam tu. Tak kira !
Memang dah kesian tengok dia drive seharian. Jadi malam tu aku take over.
Yang lain semua dah ketiduran. Memang first time in my life bawak kereta malam-2 macam tu. Dalam pukul 1-2 pagi kud.
Kereta lagi satu pun Suaidah yang bawak sebab yang lain-2 pun dah terlentok.
Nasib lahh.
Mata ni ngantuk , tapi sedaya upaya tahan utk sampai ke destinasi.
Alhamdulillah laa, selamat sampai semuanya dan apa yang dirancang pun selamat.
Jadi mari teruskan dengan mencuci mata melihat gamba !






 Suprise lahh kononnyaaa ! Sumpah tak jangkaa langsung !
Memang betul2 menjadi suprise diorang ni.
Suprise yang simple but nice.
Thankss koranggg :)






(muka dah penat kan. senyum pun tak bermaya dah... huhuhu )

  And lastly, happiness comes where the love there.

Terima kasih Muhd Ashraf Naif untuk satu hari satu malam yang sangat indah itu.
Saya tahu penat awak melayan kerenah saya haritu kan.
Dan terima kasih sangat sangat untuk sesuatu yang tidak terduga tu.
Selangkah kita meengambil keputusan untuk melangkah ke hadapan, saya harap kita takkan menyesal dan ingin berpatah balik.
Saat saya memberikan jawapan kepada pertanyaan awak tu, saya tahu, awak adalah sesuatu yang saya tak nak lepaskan.
Awak adalah sesuatu yang saya rasa limited edition bagi saya.
Sebab, saya tak tahu akan datang, ada lagi tak seseorang seperti Muhd Ashraf Naif yang akan datang dalam hidup saya.
Awak mengajar saya tentang sesuatu.
Sesuatu yang saya rasa hanya saya dan Tuhan sahaja yang tahu.
Jadi, saya takkan sesekali lepaskan sesuatu yang saya sendiri rasa saya tak patut lepaskan.
Ikhlas dari hati.
Saya sangat sayangkan awak.

Terima kasih untuk segala galanya.
Putrajaya menjadi saksi permulaan cerita kita.
:)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi