♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Make a move on.

October 3, 2014

Make a move on.

Tak patut kan biarkan perasaan yang mengawal diri.
Tapi apa aku mampu?
Bukan aku yang harap.
Ini semua fitrah.
Manusia dikurniakan perasaan kan?

Kadang - kadang letih.
Kadang - kadang penat.
Rasa macam nak putus asa.
Rasa macam nak marah semua orang.
Rasa macam nak benci semua orang.
Semua orang yang membawa aku ke situasi seperti ini.
Tapi aku sedar.
Aku tahu.
Tak patut aku buat macam tu.
Apa yang dah terjadi ni takdir kan?
Macam mana kita rancang sekalipun.
Allah lebih tahu mana yang terbaik.

Kau tahu, aku selalu cuba untuk didik hati aku terima semua ni seperti tiada apa yang berlaku.
Aku selalu pesan pada diri aku, cuba untuk berlagak biasa macam kau yang seolah olah berkeadaan tiada apa yang pernah berlaku.
Aku boleh lakukan itu, tapi kenapa cuma separuh jalan?
Sebab aku tak kuat.
Perasaan ini seolah olah boleh membunuh secara senyap.

Dengan apa yang jadi ni.
Aku nak kau tahu, memang pernah terdetik di hati rasa menyesal.
Andai dapat diputar waktu, memang aku tak nak ada kewujudan kau dalam hidup aku.
Itu apa yang perasaan aku rasa.

Tapi apa yang diri aku rasa.
Dengan apa yang terjadi ni.
Aku beruntung sebab pernah mengenali kau.
Sebab kau bagi aku rasa sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ni.
Sebab kau bawa aku melalui satu fasa yang tak pernah aku terfikir aku akan lalui sebelum ni.
Dalam masa yang cukup singkat.
Cukup untuk kau beri aku banyak perkara.
Dan jika diberi peluang, aku masih ingin terus melalui semua ni.

Itu andai diberi peluang.
Tapi aku tahu, takkan ada peluang dari kau.
Cuma aku menunggu peluang dari takdir, andai masih menyebelahi kita.
Yang paling aku pasti,
Jauh disudut hati, aku tak pernah menyesal dengan kwujudan kau.

Kau tahu?
Kau sangat istimewa.
Terima kasih sebab mewujudkan diri dalam hidup aku.
In sha Allah, akan ada saatnya nanti untuk kita ketahui jawapan yang pasti.
Aku memahami keputusan kau.
Cuma aku takut.
Akan kehilangan kau.
Sebelum tiba waktunya.

Tapi sekarang,
We make our move right?
Jauh disudut hati aku harap kita masing - masing dapat memahami.
Jauh disudut hati, aku harap sangat kau memahami.
Perjanjian hati yang secara tidak sedar telah kau buat.
In sha Allah.
Sehingga tiba waktunya.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi