Assalamualaikum...
Seperti yang semua sedia maklum, hari ni 16 MEI 2013.
Dari dulu hingga kini, 16 MEI merupakan tarikh penghargaan buat semua guru-2 di Malaysia.
Memandangkan tahun ini Fy tak dapat menyambut hari guru lagi bersama cikgu-2 di sekolah.
Hanya ucapan yang mampu Fy kirimkan.
Jadi Fy terasa macam ingin menyingkap kembali kenangan kenangan Fy bersama insan bergelar guru.
Masi segar lagi dalam ingatan permulaannya ketika berumur 5 tahun.
Dengan memakai seragam bewarna purple, mama dan ayah hantar ke Taski Al-Iman dalam kem TUDM tu jugak.
Dari situ Fy mengenali insan insan bergelar guru yg dipanggil ustazah.
Kemudia 6 tahun masuk TADIKA KEMAS TUDM. Memakai seragam biru.
Dari situlah permulaan untuk mengenal ABC dan 123.
Dari situlah nak mengenali kawan kawan.
Kemudian melangkah setapak lagi ke Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bellamy.
Haa kat sini lah bermula segala galanya.
Enam tahu di sekolah ni memang banyak kenangan dan cerita yg tercipta.
Segala galanya masih segar di ingatan.
Senda gurau, pahit manis, gelak tawa semua terukir disini.
Kena rotan, kena marah, kena denda semua bermula di sekolah ni.
Memasuki alam sekolah menengah Fy memilih SMK (P) Methodist Kuala Lumpur.
Pertama kali masuk sekolah yang semuanya perempuan.
Memang agak kaku masa mula-2.
Apa tu orang kata macam rusa masuk kampung. Hahaha.
Mengenali cikgu-2 di sekolah tu pun merupakan sesuatu yg terindah.
Kemudian tingkatan dua, Fy berpindah ke SMK Bandar Baru Sungai Long.
Fy terpaksa ikut family pindah sini dan Fy rasa memang Fy patut pindah.
Kalau Fy teruskan jugak di sekolah MGSKL tu entah apa jadi dengan Fy.
Bukan tak bagus. Cikgu-2nya semua bagus-2.
Cumanyaa Fy rasa suasana sekolah tu tak kena dengan jiwa Fy kud.
Hehehe.
Di SMKBBSL pun Fy mula belajar bermacam macam perkara.
Suasana baru, guru-2 baru.
Kat sini pun Fy ada cikgu-2 kesayangan dan Fy takkan pernah lupa jasa mereka.
Tingkatan 4 Fy melangkah lagi setapak ke hadapan dengan suasana yang berbeza.
Cuba untuk merasai kehidupan di asrama di SMV Sungai Buloh.
Memang agak kekok pada awalnya.
Tapi lama kelamaan semua berjalan seperti biasa.
Fy mula menyesuaikan diri.
Cumanyaa di SMVSB ni terlalu banyak kenangan.
Banyak sangat peristiwa.
Dua tahun cukup untuk Fy kenang sampai bila bila.
Kenangan kenangan yg tercipta dengan cikgu-2 memang sangat banyak
Walaumacam mana pun ceritanya, baik atau buruk sekalipun,
Mereka yg telah mendidik dan menjaga Fy sepanjang di sana.
Fy takkan pernah lupa.
Last but not least,
Terima kasih untuk cikgu-2 yang telah mendidik saya.
Saya masih dan takkan pernah lupa wajah-2 yang pernah mendidik dan ada di antara yang pernah menjadi kesayangan saya dahulu.
Walaupun alam persekolahan telah saya tamatkan tapi segala kenangan kenangan di sekolah takkan pernah saya lupakan.
Keterharuan saya berganda apabila ada di antara cikgu-2 yang masih mengenali saya dan masih memberikan kata-2 semangat utk saya terus berjaya.
Ingatan cikgu untuk saya adalah satu penghargaan untuk saya.
Walaupun saya belum dapat mencapai apa yg saya cita-2 kan,
Namun, andai suatu hari nanti apa yg saya inginkan tercapai,
Itu adalah salah satu dari usaha kalian kepada saya.
Sesungguhnya jasa kalian tidak akan mampu saya balas melainkan hanya doa yg mampu saya kirimkan.
Semoga cikgu-2 yang pernah mengajar saya panjang umur dan bahagia dunia akhirat.
Teruskan perjuangan kalian utk mendidik anak bangsa supaya menjadi insan berguna.
Insyaallah selagi hayat dikandung badan, saya tidak akan pernah melupakan kalian semua.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA