♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Perubahan perlu mematangkan diri.

May 5, 2013

Perubahan perlu mematangkan diri.

Ehemm ~
Sambung entry sebelumnyaa....

Antara sebab sebab lain Fy jarang update blog sekarang ni kerana Fy cuba untuk muhasabah diri dan cuba untuk memikirkan masa depan dengan lebih serius.
Senang kata macam ni lah...

Setiap manusia memang ada keinginan utk berubah, begitu juga Fy.
Fy hanya manusia biasa. Naluri hati Fy sentiasa ingin menjadi lebih baik dr yg sebelumnya.
Fy tahu macam mana diri Fy sebelum ini dan oleh sebab itu hari demi hari Fy rasa Fy perlu melakukan sesuatu utk memperbaiki diri Fy.
Sejak kebelakangan ini, hati memang sentiasa tercuit utk mematangkan diri.
Setiap perkara perlu diambil serius. Tak semua benda boleh dibuat main mainkan.

Fy tahu, Fy tak sebaik mana dan Fy bukanlah seorang manusia yg sempurna kerana tiada manusia yg sempurna di dunia ini. 
Cuma tak salahkan kalau kita memperbaiki diri kita ke arah sesuatu yg lebih baik?

Yang paling penting sekarang ni Fy nak perbaiki hubungan Fy dgn FF.
Fy tahu, dia bukanlah perkara yg paling mustahak yg harus difikirkan saat ini.
Hala tuju Fy kemana selepas ini itu yang lebih mustahak.
Sebab itu Fy rasa Fy perlu selesaikan hal Fy dengan FF sebaiknya.
Fy tak nak hubungan ini berlalu tanpa arah tuju.
Sekarang ni bukan lagi zaman cinta monyet masa kat sekolah dulu.
Masing-2 sepatutnya dh matang dan boleh fikir mana baik dan buruk mengenai hubungan ini.
Nak dengan tak nak je.

Fy tahu, kalau sebelah pihak je berusaha tak kemana kan?
Ini lah lagi satu perubahan yang Fy maksudkan.
Kalau boleh Fy nak hubungan kami berjalan secara matang.
Tipulah kalau tiada lagi sayang dalam hati. Sayang tu masih ada, sama macam dulu.
Cuma keadaan dh berbeza. Keadaan juga memaksa Fy buat sesuatu yg sepatutnya dh lama Fy buat.

Fy rasa memang ini masa terbaik.
Fy nak berikan ruang dan masa untuk diri masing-2 fikirkan hal ni dengan lebih serius.
Fy pun masih berpegang pada janji Fy.
Apa yang Fy tak nak kalau hubungan ini berjalan tanpa arah tuju.
Mungkin ada yg kata umur sekarang tak sesuai utk semua ni.
Terpulang, itu pandangan masing-2.

Tapi bagi Fy, kalau kita betul-2 serius dalam sesuatu hubungan, kita juga perlu serius memikirkan pengakhiran hubungan tersebut.
Takkan nak biarkan selama mungkin tanpa kesudahan?
Kalau boleh tak nak lah itu terjadi.
Selagi masih boleh diperbetulkan, Fy akan cuba baiki.
Dan andai kata tiada jodoh antara kami.
Fy akan cuba terima dengan seikhlas hati.

Setiap hari, Fy tak putus berdoa mengharapkan sesuatu perubahan dari dia seperti yg Fy harapkan.
Fy tak nak dia terus hanyut dengan keseronokan.
Fy tahu kenapa dia jadi macam tu.
Dan selagi Fy masih seseorang dihati dia, Fy terpanggil untuk menolong dia.
Mungkin tak banyak mana pertolongan yang boleh diberikan disebabkan keadaan kami yg berjauhan.
Tapi apa orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih kan?
Insyaallah.
Fy percaya, tiba masanya nanti, dia akan sedar juga dan akan fikirkan semula kata-2 yg pernah Fy bagitahu dia.
Hanya itu yg Fy harapkan.
Perubahan yg boleh mematangkan diri dia.




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi