Assalamualaikum ,
Alhamdulillah , siap serba sedikit blog Fy ni.
Walaupun masih ada lagi sikit2 yg tk berapa nk betul tapi tak apa lah, kemudian Fy buat. Asalkan sekarang dapat Fy tulis dalam diari online Fy ni.
Memang dr dulu lagi kan, kalau Fy rasa terpendam dan terbeban dgn sesuatu, mmg Fy akan rasa nak menulis.
Selain daripada Dia tempat utk Fy mengadu, blog ni je lah yg menjadi tempat utk Fy coretkan serba sedikit skrip hidup Fy yang terjadi beberapa hari ni.
Cerita berkenaan dengan siapa lagi kalau bukan dia. Dia yg selalu memberikan pelbagai rasa dalam diri Fy ni.
Dia yang memberikan kesedihan, kekecewaan, kelukaan dan dia lah yg memberi Fy kebahagiaan walaupun belum tentu kebahagiaan itu akan berkekalan.
Sepanjang dua tahun, macam2 jadi. Jatuh bangun Fy semua dh rasa.
Entahla, kadang2 Fy sendiri tak faham apa yg sedang Fy lalui.
Apa yg terjadi kali ni, bila ada hamba Allah yg tak boleh tengok kebahagiaan orang lain.
Sakit. Memang sakit bila itu terjadi.
Satu masa dahulu, Fy pernah fikir,
"mungkin hal2 yg macam ni takkan terjadi pada diri aku."
Tapi siapa kita utk berkata begitu kan?
Perancangan Dia yg di atas lebih baik.
Hanya dengan satu kejadian dulu, segala galanya berubah.
Itulah titik permulaan dugaan demi dugaan yg harus Fy lalui.
Alhamdulillah. Fy tahu, Dia beri Fy dugaan utk uji kekuatan dan kesabaran diri ini.
Fy bersyukur, bersyukur sangat2 kerana masih dikurniakan kesabaran dan kekuatan yg sangat tinggi.
Bukan Fy nak berlagak, jauh sekali riak, tapi melalui apa yg Fy nampak di sekeliling Fy, kalau kawan Fy lah lalui mcm apa yg Fy lalui ni, belum tentu lagi dia akan dapat bertahan sebagaimana Fy.
Mungkin disebabkan ini jugak Tuhan terus uji Fy.
Apa yg terjadi kali ni tidaklah terlalu teruk , malah Fy pernah lalui yg lebih teruk lagi.
Cuma kali ni , Fy rasa tertekan , kenapa lah ada lagi perempuan yg macam ni.
Kenapa lah kaum yg sama dengan Fy ni suka memalukan diri sendiri macam tu?
Apa lah yg dia dapat dengan menganggu kebahagiaan orang lain?
Kepuasan? Fy tak rasa kepuasan yg dia dapat tu akan berkekalan.
Fy tak suka nak bermusuh, jauh sekali membenci.
Itu bukan diri Fy.
Kalau Fy nak bermusuh dan membenci, dari awal lagi Fy dah buat macam tu sbb dia yg mulakan semua ni.
Tapi sekarang kenapa dah terbalik?
Siapa yg kacau siapa?
Nak kata Fy perampas? Siapa yg rampas siapa?
Fy percaya dia sendiri tahu jawapan utk itu.
Nauzubillah. Sejujurnya Fy tak nak membenci dan dibenci.
Memang tak nak. Tapi memandangkan dia sengaja uji kesabaran Fy, Fy tak dapat bertahan lagi.
Biarlah segala galanya tamat.
Fy anggap Fy tak pernah kenal dia dalam hidup Fy.
Semoga dia dapat kebahagiaan yg dia cari.
Ini ujian Dia utk Fy dan Fy tahu Fy harus laluinya.
And to my Mr. MFF.
Aku harap kita masih mampu bertahan.
Dan aku harap kau pun akan terus sabar dengan semua ni
Macam2 dh yg berlaku antara kita, aku tak tahu lah apa hikmah di sebalik semua ni.Tapi aku percaya, Tuhan takkan uji seseorang hambaNya itu tanpa sebabkan.Walaupun kau selalu marah2 aku, tapi aku faham setiap patah kata yg keluar dr mulut kau.Aku tahu kau tak pandai nak bersweet2 romantik dengan aku dan aku pun tak harap semua tu.Aku cuma harap perjalanan hubungan kita akan terus berkekalan.
Orang nampak aku gembira ceria, tapi dalam hati hanya aku yg rasa betapa payahnya aku cuba utk melindungi perasaan ini.
Aku tak nak kelihatan lemah kerana aku bukan seorang yg lemah.
"Ya Allah ! Jika dia adalah jodohku eratkanlah hubungan kami dan janganlah Engkau pisahkan kami. Tetapi jika dia bukan jodoh yang Engkau tetapkan utkku , maka jauhkan lah kami dengan cara yg baik agar kami tidak saling menyakiti..."
Cinta itu bukan milik kita.Cinta itu milik Allah.Jika dia bukan jodoh kita, jangan lah kecewa kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita.Tiba masanya nanti, Allah pasti akan mempertemukan kita dengan jodoh yg betul-2 telah tertulis utk kita.
END HERE.
p/s :Ehemm ehemm , sejak cuti sem ni aku pun dh terpengaruh dengan kpop. Hihihi. Bukan nak memuja, cuma memuji salah satu makhluk indah ciptaan Allah. Memang sangat indah. Hiw hiw ~
0 Pengkritik:
Post a Comment