Assalamualaikum...
Sebenarnya tak plan nak taip entry hari ini.
Cuma terasa rindu menjengah blog.
Kalau dahulu mungkin saya seorang blogger yang tegar mengupdate setiap hari.
Tapi kini tidak lagi.
Rakan2 yang selalu follow blog Fy since Fy mula berjinak jinak dengan dunia blogger ni mesti tahu.
Fy mula blogging dari form 2, masa tu bukan blog ni, tapi blog lama.
Blog lama tu memang bermakna sangat.
Blog tu menjadi saksi, menjadi diari perjalanan hidup Fy.
Tapi malangnya bila masuk asrama, BRIOVS tahun 2011 , masa Fy form 4, blog tu macam terabai sikit sbb Fy dah duduk asrama.
Even tak selalu update tapi setiap kali Fy balik, Fy takkan lupa utk cerita saat2 Fy di asrama.
Malang tidak berbau.
Disebabkan satu demi satu insiden, disebabkan kedengkian orang, disebabkan perasaan tidak puas hati seorang hamba Allah , maka blog lama tu hilang begitu sahaja.
Masa tu memang rasa nak marah, nak menjerit.
Disebabkan mereka Fy terpaksa kuburkan kenangan Fy.
Disebabkan mereka Fy hilang catatan hidup Fy.
Apa lagi kenangan yang tinggal?
TAK ADA.
NOTHING.
Macam yang kita sendiri pernah dengar.
Hilang yang lama mungkin akan dapat yang baru. Tetapi yang baru belum tentu sama dengan yang lama.
Kann?
Memang betul sangat.
Fy rindukan blog lama Fy.
Macam2 cerita ada kat situ.
Segala kenangan pahit manis hidup Fy tercatat di situ.
Sebabtu lah, sekarang, walaupun ada blog ni, tapi Fy tetap tak boleh jadi serancak dulu.
Hurmm,
Jadi secara kesimpulannya.
Saya bukan lagi blogger amatur yang rancak bercerita seperti dulu.
Kadang2 kawan2 lama selalu tanya kenapa dh lama tak update blog.
Fy tak ada jawapan utk itu.
Bakat utk menulis seperti dulu mungkin dh hilang.
Tak mungkin Fy akan lupa peristiwa yg menyebabkan Fy hilang semua kegembiraan dan kebebasan yg Fy ada dulu.
Fy hanya mampu memendam rasa.
Bila ingat balik, sakit hati, sedih hanya Tuhan yang memahami.
Maaf kawan-2 kalau saya dh tak boleh bercerita serancak dulu.
Jari dan minda seakan akan kekok utk bercerita.
0 Pengkritik:
Post a Comment