♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: My Destiny . :'D

November 17, 2013

My Destiny . :'D

Assalamualaikum  .

Terasa hari ni macam ada mood pulaa nak tulis blog panjang panjang panjang.
Heheee.

Duduk rumah cuti sem ni kan memang betul2 membuatkan Fy bosan. Err tak tahu lah kenapa.
Dulu masa habis SPM 3 bulan lebih duduk rumah, tak kerja pun, takdelah terasa bosan sangat.
Tapi kali ni rasa macam , erghhhhh cepatlah cuti sem ni habis !
Rinduu dah kat classmates . heheeee :D

Ermm tujuan tulis blog ni pun tak ada tajuk utama, saja saja nak ceritaa ceritaa.
Bukan apa, duduk rumah ni membuatkan aku banyak muhasabah diri.
Cuti sem ni pun malas nak keluar dengan kawan2, entah kenapaa rasa malas je nak keluar .
Jadi bila duduk rumah tak buat apa , mula laaa pandang siling kat atas dan termenung dan berfikir.
Tambah-2 bilaa Fara omeyy sahabat tersayang saya post macam2 ayat kat facebook yg membuatkan hati ini sayu sedih jeee tetibaa. Maka otak dan akal pun mula lah berfikir macam macam.



Tahu tak, maksud persahabatan yg sebenar Fy mula rasakan sejak Fy melangkah masuk ke Sekolah Menengan Vokasional Sungai Buloh. (sekarang bukan sekolah lagi, dh jadi kolej dah..) hehe .
Betul. Fy rasa dua tahun kat sana, banyak gilaaa gilaaa kejadian dan pengalaman yg Fy dapat.
Sampai kadang2 Fy rasa macam SMVSB dah buat Fy lupa yg Fy pernah sekolah kat tempat lain sebelum masuk situ.
Serious talk. Entah kenapa kat sana lah banyak sangat kenangan tercipta.



Kat twitter pun kadang2 bila sorang dah open topik rindu sekolah rindu asrama, memang gamat lah TL twitter tu dengan bermacam macam kenangan yg tak boleh dilupa.
Haha , kelakar sangat rasa :'D
Walaupun sejujurnya kadangkala Fy rasa menyesal sebab pernah mencoretkan kenangan yg pahit kat sana tapi Fy muhasabah diri Fy.
Kalau tak jadi semua benda tu dulu mesti Fy takkan jadi macam sekarang.
Betul kan apa orang kata kan , "Experience is the best teacher for us" .
Betul . Fy banyak belajar dari pengalaman.
Selagi nyawa masih ada , In Sha Allah Fy takkan lupakan semua memori yg tercipta kat sana.
Indah indah belakaa.
Tak mungkin dapat dilupa. :'D



Kemudian Fy teruskan perjalanan hidup Fy ke Kolej Universiti Islam Melaka.
Hmmm yang ni pun pada awalnya terlalu payah utk diterima.
Tatkala kawan2 dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang dan minat masing2, Fy terpaksa meneruskan langkah yg telah ditetapkan.
Betul. pada awal memang Fy susah nak terima.
Rasa cemburu bila tengok life kawan2 yg gembira bila dapat sambung balik apa yg mereka belajar dulu.
Fy terasa macam impian dan cita2 Fy tidak kesampaian.



Lagi2 bila dah melangkah masuk ke sana, semuanya terasa baru bagi Fy.
Suasana, rakan2, semua asing, lain .
Fy cuba untuk selesakan diri, setiap hari Fy cuba dan terus mencuba.
Sampai ada satu masa Fy rasa tertekan, tension sbb Fy tak dapat sesuaikan diri dengan pelajaran kat sana.
Bayangkan lah, kita dari sekolah biasa, aliran teknikal, kena belajar pengajian Islam, bahasa Arab apa semua, mungkin ada rasa tak selesa lagi2 bila ada di antara kawan2 kat sana yg lebih pandai pasal tu semua kan. Kita rasa macam diri kita ni kerdil je.
Tapi Fy selalu muhasabah diri Fy, Fy cuba dan terus jugak cuba untuk habiskan pengajian 3 tahun ini.
First semester memang Fy rasa apa yg Fy buat semua dalam keterpaksaan.



Tapi bila dah cuti ni, Fy rasa Fy dah boleh terima.
Fy dah boleh terima apa yg telah Dia tetapkan untuk Fy.
Semester pertama yg Fy lalui Fy rasa Fy di antara yg bertuah sebab dapat masuk ke sana.
Kalau kat sana Fy hanya pandang pada kekurangan yg ada, memang sampai bila2 pun Fy takkan dapat sesuaikan diri dan Fy takkan dapat ikhlaskan hati Fy untuk belajar.
Jadi Fy tahu, Fy perlu pandang kelebihan2 yg ada. Tak semua tempat pengajian dapat apa yg Fy dapat.
Macam kawan2 kelas Fy pernah cakap kat Fy dan kawan2 masa kami nak pindah poli dulu,
"Ilmu dunia memang semua orang boleh dapat, tapi ilmu akhirat? Tak semua bertuah kan?"
Jadi Fy tahu, inilah titik permulaannya.
Sekarang Fy sedar kenapa mama ayah nak Fy masuk sini. Mungkin ada sesuatu yg mereka harapkan.
:'D


Alhamdulillah. Fy rasa Fy dah boleh terima satu persatu perjalanan hidup Fy.
In Sha Allah, akan Fy cuba sedaya upaya untuk dapatkan segala ilmu sepanjang Fy kat sana.
Mungkin bagi yang tak kuat semangat akan mudah rasa putus asa.
Bila cakap pasal orang kolej islam, macam ustaz lah, ustazahlah, dengar ceramah lahh.
Biarkan lah apa orang nak kata.
Yang penting kita perlu kuatkan hati kita untuk terus bertahan.

Sebenarnya ceramah, forum semua tu seronok.
Betul betul seronok.
Sepanjang Fy kat sana Fy tahu yg Fy memang akan didedahkan dengan benda2 tu semua dan Fy dah mula biasakan diri.
Fy cuma perlu terus bertahan untuk menghabiskan pengajian kat sana.
Bila tengok gambar senior2 konvo haritu rasa seronok sangat.
Orang yg biasa, yg tak ada asas agama dalam diri pun boleh konvo dengan berjaya kenapa tidak aku kan?
Semuanya terletak pada diri sendiri.
Sama ada kita nak atau tak nak.
Itu je.


Fy berdoa semoga Fy akan dapat lalui hari2 yg akan datang di sana dengan gembira dan tabah.
Semoga Fy dikuatkan semangat utk terus menuntut ilmu di sana.
Dan semoga result final Fy melepasi pointer yg ditetapkan.
Kalau tidak payahh laaaa nak bayar yuran kalau ptptn di tarik balik.
Huwarghhhhhh :'(

Haha.
Jadi panjang lebardan rasa.
Itu saja lah kud.
Byebyeee :D


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi