♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Geng Toge Together.

May 27, 2014

Geng Toge Together.

Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk di atas?
Okayyy tengok gambar dulu, kemudian akan dijelaskan apa kaitan.


















Dah tengok?
Cantikkan weeollssss,
Hahahaha ,

Jadi tajuk diberi adalah disebabkan sekeping gambar yang Amay post kat group whatsapp.
Gambar tu lebih kurang menjelaskan macam ni laaaa , 

Kalau 1 toge + banyak toge = TOGETHER.

Maka selaku admin group tu aku pun tukar laa nama group tu menjadi nama geng toge.
Nampaknya nama tu sangat serasi dengan kami.
Hihihi.

Okay jadi sebenarnya nak cerita, hari Ahad bersamaan dengan 25 MEI 2014 jumpa dengan diorang.
Kebetulan masa tu wedding kakak Dira.
Jadi plan punya plan punya plan akhirnyaa dapat jugaklaa ketemu sama mereka semua ni.
Sebelum ni kalau hang mana mana mesti akan tak cukup sorang.
Jadi pada hari kejadian nampaknya berjaya juga kumpulkan semua.

Mana taknya, sekarang ni masing2 dah ada haluan sendiri.
Susah nak kumpul sama sama dah.
Aku tak nafikan, aku rindu nak lepak macam kat sekolah dulu dengan diorang.
Banyak sangat kejadian demi kejadian yang kitorang lalui masa kat sekolah dulu.

Takdirnya kami cuma ditempatkan dalam satu dorm. Dan cuma setahun.
Tahun kedua ditakdirkan dorm dirombak dan kami dipecah pecahkan, tapi tetap tak menjejaskan persahabatan yang telah dibina.
Betul, dalam persahabatan pasti banyak sangat kepincangannya. Banyak sangat tragedinya.
Adakalanya marah, sedih, benci, bahagia, gembira.
Disebabkan semua rasa tu lah yang mendekatkan sebenarnya.
Itu semua rencah untuk menyedapkan rasa masakan dalam persahabatan ni.

Masing masing dah bawa haluan sendiri.

ZANA : Politeknik Nilai
MYRA : Politeknik Seberang Perai
DYRA : Politeknik Melaka
AMAY : Politeknik Sabak Bernam
IKA : Kolej Poly-Tech Mara
AMOY : Khabarnya sedang mempraktikkan diri untuk menjadi suri rumah sepenuh masa?
Hahaha.
Dan aku sendiri di KUIM, Melaka.

Itulah hala tuju rakan rakan seperjuangan aku.
Inshaallah. Masing masing akan berjaya mencapai cita cita dalam hidup.



Jauh disudut hati, masa jumpa korang masa makan sama sama haritu, masa Amay cakap "dah lama kita tak makan macam ni sama sama kann..." aku rasa sebak.
Aku rindu saat tu.
Saat kenakalan kita.
Dan dalam rindu aku akur, itu semua takkan kita lalui lagi.
Aku simpan kenangan dengan korang sebagai kenangan terindah aku.

Kadang2 aku terfikir, kita boleh lagi ke luangkan masa macam dulu?
Hahaha, pastinya takkan.
Keadaan dah jauh berbeza.

Jadi kesimpulannya, aku dah tak tahu nak huraikan macam mana.
Aku percaya, korang juga turut rasa apa yang aku rasakan?
Ianya tak mampu diluahkan melalui kata kata.
Biarlah hanya kita yang rasa kan.

Aku mengaku.
Aku sangat rindu nak lepak dengan korang semua macam dulu.
Sangat rindu.
Dan aku juga mengaku.
Even sekarang kalau kita lepak pun, dah takkan sama macam dulu.
Kerana saat dulu sangat sangat gembira hidup kita.

:)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi