♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Guru dan sekolah.

May 15, 2014

Guru dan sekolah.

Assalamualaikum.
Seperti yang diketahui hari ini 16 MEI 2014 merupakan Sambutan Hari Guru di seluruh dunia.
Memang patut dan harus guru diberi satu tarikh sebagai menghargai jasa jasa mereka dalam mendidik anak bangsa.
Wahhh ayat sastera sangat kan.
Hahaha.
Bukan apa. Benda betulkan. Tanpa mereka ni semua takkan ada anak anak bangsa yang berjaya sekarang ni.
Betul tugas ibu bapa juga mendidik tapi aku rasa sebahagian dari masa kita banyak di habiskan di sekolah kan. Jadi memang guru lah yang paling banyak berjasa memberikan ilmu kepada kita.
Daripada kita tak tahu apa itu ABC, apa itu 123 sampai kita dah boleh mengeja , membaca , dan mengira .
Hebatnya seorang guru ni kan.

Okayy bila sebut pasal guru, of course kita akan kaitkan dengan sekolah sekali.
Memang guru dan sekolah tak dapat dipisahkan.
Bila sebut pasal sekolah mula laa kenangan demi kenangan muncul bagai slideshow di depan mata.
Uwaaaaaaaaa ! Memang rindu sekolah tak dapat diungkapkan dengan kata kata lah wehh.
Dari semalam dekat twitter, facebook, instagram, wechat, whatsapp semua duk kisahkan pasal sekolah.
Mana lahh tak rinduu.
Bukan biasa biasa punya rindu.
Memang dah tahap gila gila punya rindu dah ni.
Yang paling sedih bila kita tahu, apa yang kita rindu tu semua dah berlalu.
Takkan dan tak mungkin berulang kembali.
Dah jadi sejarah dah jadi kenangan.
Bila dah jadi sejarah kita hanya mampu ingat.
Takkan dapat dilupakan sampai bila bila.

Aku dulu sekolah rendah hanya satu sekolah. Iaitu SK JALAN BELLAMY.
Yaaa satu satunya sekolah aku dari darjah satu sampai enam.
Pahit manis masam manis semuanya tercipta kat situ lah.
Dengan cikgu2 , terutama sekali dengan kawan kawan la. Memang takkan dapat lupa.
Enam tahun weh. Dengan orang yang sama, keadaan yang sama, tempat yang sama, macam macam benda tercipta.
Happening tak happening hanya kami la yang rasa.
Kalau tak, takkan lah semalam kawan kawan sekolah rendah aku pakat duk komen rindu rindu masa aku post gambar nama sekolah.
Hanya nama sekolah kat pintung gerbang tu.
Kalau lah ada gambar masa kat sekolah tu dulu entah apa jadi agaknya.
Semua ajak reunion saat tu jugak kud. Hahahaha.

Maklumlah zaman dolu dolu mana nak ada segala jenis laman sosial , smart phone apa semua ni.
Kalau ada aku rasa memang selfie habis aku dengan kawan kawan saat tu.
Segala benda yang terjadi ambil gambar. Boleh la buat kenang kenangan kan.
Tapi malangnya saat itu teknologi belum tahap canggih macam sekarang lagi.
Jadi gambar masa dulu pun macam tak ada je.
Sedih ahh macam tak ada sesuatu untuk dikenangkan kan.
Tapi tak apalah, selagi ingatan ada, selagi tu memori takkan hilang.
Akan tetap kekal abadi sepanjang hayat.
Inshaallah.

Kemudian melangkah ke alam sekolah menengah.
Ermm yang ni macam tak berapa menarik.
Form 1 aku masuk SEKOLAH MENENGAH (P) METHODIST KL (MGSKL)
Time ni saja saja lah dengan kawan kawan lain semua masuk sini.
Konon nak tukar suasana kud.
Entah aku pun tak tahu apa aku fikir.
Tapi setahun kat sekolah tu ermm ada ah jugak meninggalkan kenangan sikit2.
Tapi lebih kepada kenangan yang aku tak nak ingat.
Kalau boleh langsung tak nak.
Entah kenapa. Tapi jasa jasa cikgu yang mendidik aku masa kat sana pun aku takkan pernah lupa.

Dan kemudian tahun beikutnya ayah dah pencen . Jadi kene pindah .
Bila dah pindah of course sekolah pun pindah.
Jadi next destination aku adalah SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG.
Dua tahun aku kat sini.
Tak dinafikan kenangan pahit manis semua ada.
Dan tidak jugak dinafikan yang sekolah ni tak adalah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku.
Rasa macam kenangan yang dilalui tu semua hanya setakat tu.
Bukan nak sombong atau lupa diri.
Seronok masa dengan kawan kawan kat sana.
Tapi hanya setakat untuk berseronok tu boleh la.
Cuma setakat itu.
Mungkin lah, aku macam rasa yang suasana sekolah tu tak kena dengan jiwa aku kud.
Dan aku pulak student baru kat situ.
Tetap rasa kekok. Bukannya semua aku kenal.
Yang mana jadi kawan2 aku haaa hanya itu lah yang aku kenal.
Tapi kenangan kat situ segala galanya tetap aku ingat dan takkan lupa.

Next, inilah yang paling paling dan paaaalingggggg meninggalkan kesan !
SMV SUNGAI BULOH.
Okay cuma dua tahunnn. Dua tahun cuma. Tapi kesan dia macam 5 tahun aku kat situ.
Mungkin sebab pertama kali life aku tinggal kat hostel dengan kawan kawan apa semua kan.
Jadi pahit manis masam manis semua bersama mereka.
Banyak sungguh kejadian kenangan peristiwa yang tercipta.
Memang boleh jadi novel kalau cerita satu persatu.
Hahaha.
Semalam pun semua pakat dok mengimbau kenangan kat twitter.
Dan kesimpulan yang aku boleh buat memang bukan diri aku sahaja tapi kawan2 aku yang lain pun turut merasakan hal yang sama.
Semuanya meninggalkan kesan dalam diri diorang.
Mungkin peristiwanya berbeza untuk setiap orang.
Tapi aku yakin kenangannya tetap sama indah macam aku.

Jadi setakat itu dulu lah.
Lenguh dah jari menaip.
So adik adik, akak nak pesan.
Saat korang masih kat sekolah ni, hargai lah. Ciptalah seberapa banyak kenangan pun.
Enjoy lah puas2. Janganlah malas pergi sekolah.
Sebabnya, selangkah kaki korang melangkah keluar dari sekolah nanti.
Satu minit lepas tu je korang akan rindu dah.
Mungkin sekarang korang takkan percaya.
Tapi nanti bila korang dah laluinya, korang tahu lah apa rasanya.
Jadi ciptalah seberapa banyak kenangan pun.
Nanti ada lah benda yang korang boleh kenang untuk lepaskan rindu korang.

Okayy byeee !


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi