♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Buatmu sahabat. :')

January 20, 2013

Buatmu sahabat. :')

Sedikit panjang entry utk hari ini,
Sebelum Fy memulakan cerita dengan lebih lanjut , lihat ini dulu ,





Maaf yer, 
Entry ini bukan lah tujuan utk mempromosikan seorang model atau apa,
Dan yang di atas ini juga bukan lah model-2nya,
Entry kali ini, berkisar tentang seorang sahabat, yang tak mungkin ada pengganti. :')


Sahabat. . .
Engkau begitu baik
Engkau begitu perhatian
Engkau juga begitu akrab denganku
Kalau saja kita bisa bersama selamanya
Aku ingin menghabiskan hari-hari ku bersama mu sahabat
Namun semua itu telah sirna
Karena kita telah dibatasi oleh ruang dan waktu
Kini kita berpisah jauh
Aku harap engkau tidak melupakan aku sahabat
Engkaulah sahabat terbaik ku
Selamanya tak kan pernah terganti

Ikhlas dari hati yang tulus menyayangimu sebagai seorang sahabat,

Assalamualaikum sahabatku. Aku cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami apa yang sedang aku rasai. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani persahabatan.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.

Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Aku menulis warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. 

"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. Aku memahami erti persahabatn yg sebenar apabila bersamamu. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Segala jasamu tidak akan aku lupakan sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. 



Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu menyesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu.

Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu untuk mencari ku.  Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.

Doa untuk seorang sahabat,
"Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan."

"Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa"
Artikel - IluvIslam.com


"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."

(Hadis riwayat al-Hakim)


NURNADHILA BT ZAMRI,
Khas untukmu,
Terima kasih kerana masih sudi untu mendengar keluh kesah dan luahan cerita aku biarpun jarak telah memisahkan kita.
Sekali kau digelar sahabat aku,
Selama lamanya kau tetap sahabat aku. :')


Ikhlas menyayangimu,
NUR ADILLA WAFI BT ARIS. 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi