♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Warkah buat sahabat :')

January 18, 2013

Warkah buat sahabat :')


Assalamualaikum…

Entry kali ini, khas ditujukan buat sahabat tersayang, NUR FARAH NADHIRAH BT SAZALI, sempena hari lahirnya pada 18 JANUARI 2013.

Entry ini sengaja di taip lebih awal kerana memerlukan mood kerinduan yang sangat mendalam.

Wahai sahabat, bacalah dengan penuh kerinduan, kasih dan sayang yer? :’)



Sahabat, disini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepadamu.Aku doakan kau panjang umur, dimurahkan rezek, dan berbahagia selalu disamping keluarga dan orang tersayang. Ohh lagi satu, aku doakan semoga kau mendapat result yang terbaik dalam SPM nanti. INSYAALLAH.

Sahabat yang dirindui, dua tahun tempoh perkenalan kita sudah cukup untuk mengakrabkan persahabatan kita. Kita datang dari keluarga yang berbeza, tempat yg berbeza, namun akhirnya, kita memilih untuk menyambung pengajian di tempat yang sama dan dalam bidang yang sama.

Tahun pertama kita disekolah itu, kita bukan lah berkawan baik. Kau ada kawan kau, aku ada kawan aku. Namun, masa telah membuatkan kita semakin hari semakin rapat. Semakin lama mengenali mu wahai sahabat, semakin aku menyenangi kehadiranmu sebagai salah seorang sahabat yang aku sayangi disisi.

Kita berkongsi cerita yang sama, kita berkongsi minat yang sama dan yang paling penting, kita berkongsi pengalaman yang sama. Disebabkan pengalaman tersebut, telah mengakrabkan lagi persahabatan kita. Siapa sangka, kita di tempatkan di dalam satu bilik yang sama, dan telah mengeratkan lagi hubungan kita seperti adik beradik.

Wahai sahabat yang disayangi selama-lamanya, aku teramat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali seorang sahabat seperti kau. Terima kasih di atas segala kata nasihat kau selama kita berkawan. Terima kasih kerana sudi mendengar cerita suka duka aku tanpa rasa jemu dan bosan. Terima kasih kerana telah meminjamkan bahu dan paha di saat aku sedih, terluka, kemudian menangis di dalam dakapan mu sahabat. Terima kasih kerana menolong aku di saat aku amat memerlukan pertolongan darimu. Terima kasih kerana telah menjadi sahabat yg sangat memahami. Terima kasih untuk segala – galanya. :’)

Maafkan aku andai sepanjang tempoh perkenalan kita, kata-2 yg aku keluarkan telah mengguris hatimu. Maafkan aku andai aku pernah menyinggung perasaanmu dengan kata-2 nasihatku yang tidak seberapa. Maafkan aku andai aku telah melukakanmu dengan perbuatan-2 yang tidak disengajakan. Maafkan aku untuk segala – galanya wahai sahabat. :’)

Setiap memori yang kita ciptakan akan tetap terpahat dalam ingatan dan hati ini. Aku takkan pernah melupakan kenangan bersamamu selagi hayat dikandung badan. Semoga persahabatan kita tetap kekal sampai bila bila. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku.


Ingatlah selalu bahawa,



P/s: Amacam omeyyy? Jangan bagitau aku kau tak ada perasaan terharu dan sedih bila baca ucapan tulus ikhlas khas dari aku nieh eayy. Penat aku taip tauu. Hahaha XD Apa-2pun, ini semua lahir dari hati aku yg teramat merinduimu.:)

Once again,



Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi