Sekarang neh saya mengalami masalah ketembaman dan kenaikan badan yang melampau.
Okay okay senang ceritaa Fy rasa Fy dah gemukk ! Eh bukan rasa dahh, memang Fy dah gemukk !
Yeahh perempuan memang tak nak gemuk.
Yang Fy pulak dulu sibuk sangat nak gemuk sbb Fy rasa badan Fy neh kurus sangat.
Jadi Fy pun berusahalah utk gemuk. Dengan cara makan , makan , makan , dan terus makan.
Alangkah nikmatnyaaa ! HAHA xD
Akan tetapi, sejak-2 habis sekolah neh, nafsu makan Fy memang melampau. Selagi tak tidur selagi tu lah asyik makan je. Mula-2 tu Fy tak kisah sangat bila rasa Fy dah gemuk sbb Fy memang nak naikkan sikit badan neh. Tapi bila ramai sangat cakap, eh wafy kau dah gemuk lahh, dah tembam lahh, Fy diam kan lagi. Lama kelamaan bila mama pun dah mula bersuara cakap Fy tak jaga badan , apa lagiii , stresss wehhh !
Nak kurus balikkk !!!!
Haaa, cakap memag senang lah kan nak kurus. Yang menjadi masalahnya nak buat tuu. Hadoiii , susahnyaa lah nak control makan. Hmm, tak apa lahh, Fy akan berusaha sehingga berjaya ! Tak nak lah nanti masa pergi sekolah ambil result nanti orang tegur Fy dah gemuk lagii. Ohh noo !! Takmoo takmoo. Hihihi.
Wafyyy ! I know you can ! Teruskan usaha sehingga kurus ! Hihihi.
Ohh ya, nak kongsikan sedikit tips-2 untuk menguruskan badan ,
- Jangan sesekali tinggalkan waktu makan utama - Kalau anda fikir dengan berlapar boleh menurunkan berat badan,anda silap. Berlapar hanya menyebabkan anda mengambil makanan dua kali ganda lebih banyak pada hidangan yang seterusnya kerana anda kelaparan.
- Makan dengan perlahan,kunyah banyak kali - Otak akan memberitahu apabila kita telah kenyang.Ianya selalunya mengambil masa 20 minit untuk otak memberi isyarat kita sudah kenyang. Makan dengan cepat tidak memberi masa yang cukup kepada otak bahawa kita telah kenyang menyebabkan kita makan berlebihan.
- Rancang hidangan anda - Ianya lebih selamat sekiranya anda merancang apa yang ingin dimakan supaya tidak terjebak dengan makanan ringan.
- Elakkan makanan kegemaran - Sebagai manusia biasa,kita anda makanan yang disukai dan tidak. Cuba elakkan makanan kegemaran anda berada di rumah. Lebih mudah anda mengelakkan bila makanan itu tidak di depan mata
- Perhatikan saiz hidangan - Jumlah makanan yang kita makan adalah sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Sentiasa teliti saiz hidangan dan jenis makanan yang anda makan. Makanan ringan tidak bagus. Sekiranya anda hanya makan 10% daripada saiz hidangan biasa,anda boleh menurunkan berat badan tanpa menukar diet harian anda.
- Bakar kalori dengan senaman - Setiap makanan berkalori tinggi haruslah dibakar dengan senaman. Contohnya,sekiranya anda makan burger,ianya memerlukan 3 jam di gim untuk membakar semua kalori tadi. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada tidak makan burger atau menghabiskan 3 jam di gim.
- Ambil masa - Ada masanya berfikir sebelum ingin makan sangat membantu untuk tidak makan makanan yang tidak sepatutnya.
- Jauhi minuman ringan - Minuman ringan mengandungi 150 kalori.
- Bersenam selalu - Senaman membantu minda dan tubuh anda. Jogging atau berjalan untuk menurunkan berat badan. Gunakan tangga daripada lif.Okayy selesai sudah.Mana yg boleh digunakan tu, gunakan lah yer,Chehh , sape yg nak diet neh?Haha XDKbyee
0 Pengkritik:
Post a Comment