Heyy!
Ada sesuatu yang ingin dikongsikan,
Setelah bekerjasama dengan Encik Google tadi,
Ini dia yang dijumpai.
Hehe.
Bacalah,
Saja nak berkongsi dengan anda semua :)
Berikut adalah 10 petanda yang
menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1.
Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan
tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara
ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup
kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang
Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak
ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin
hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi
pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit
kehilangan.
3. Terima
Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita
lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas
kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa
kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita
pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa
Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan
asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik
hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor
paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya
mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya
Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia
tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan
beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu
kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh,
sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani
mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang
Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta
berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling
bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini
dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama,
sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban
tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami
Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia
mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik.
Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan,
dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia
selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami
pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan
tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi
pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala
suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi
pasangan hidup kita.
8.
Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala
sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi
dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan
mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur
ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada
melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata
Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala,
manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami
perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu
perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu
sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat
Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan
Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis
oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi
petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah
memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika
dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan
baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di
dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa.
Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal
selamanya.
Dipetik dan dicopy dari
-Artikel iluvislam.com
So macam mana?
Korang ada tak simptom-2 seperti yang tertera di atas?
Kalau ada, alhamdulillah.
Mulakan lagi satu langkah ke hadapan yer?
Jangan menoleh kebelakang lagi.
Byee XD
0 Pengkritik:
Post a Comment