♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Mengapa perempuan sukar melupakan kekasihnya?

January 9, 2013

Mengapa perempuan sukar melupakan kekasihnya?

Assalamualaikum :)

Setelah penat mengedit blog ini,
Baru lah Fy berkesempatan nak menaip.
Ohh yaa, macam tak ada apa-2 perubahan kan dalam blog neh.
Hmm, actually Fy tadi lebih menumpukan kepada header je.
Macam-2 edit kat photoshop tu, bukak tutorial sana sini,
Last-2 ini yang jadi.
Ergggghhhh ! Idea tak sampai. 
Simple je kann? Tak puas hati lagi neh.
Tapi tak apa, lepas neh Fy akan cuba mencari idea yg lebih kreatif.
Hehe :D

Oraitee, sekarang Fy ingin berkongsikan sesuatu yang Fy baca dengan korang,
Korang lihat tajuk di atas kan,
So ini lah yang Fy nak kongsikan,
Kenapa yer, perempuan neh susah sangat nak lupakan ex dia?
Hmm, kita check it out okayy,
di antaranya ialah ,

Mengharapkan pasangannya berubah.

Terus menyimpan keinginan dan harapan bahawa pasangannya akan berubah menjadikan wanita tega berendam air mata.Meskipun sekian lama memendam rasa, wanita tetap membayangkan masa depan yang cerah bila pasangannya berubah kelak. Seharusnya wanita juga perlu memikirkan bagaimana keadaan masa depannya nanti jika pasangannya tetap tidak berubah. Ini akan membuatkan fikiran wanita lebih terbuka dan mampu menilai dengan wajar samada hubungan yang ada perlu dipertahankan atau tidak.



Menganggap pasangan amat memerlukan dirinya.

Wanita yang sering berfikir bahawa dirinya amat diperlukan oleh pasangan hingga timbulnya kebimbangan, jika hubungan putus, pasangannya akan melakukan sesuatu yang merosakkan. Misalnya mengambil minuman keras dan menjadi pemabuk, hilang semangat menjalani hidup dan sebagainya. Padahal hidup seseorang ditentukan oleh dirinya sendiri. Begitu juga wanita, seharusnya mereka mampu menentukan kebahagiaan hidup sendiri dulu sebelum memikirkan orang lain.









Berfikir Tak Dapat Mencari Pasangan Yang Lebih Baik


Selalu berfikir negatif dan takut tiada pengganti yang lebih baik menjadikan wanita terbiasa dengan perlakuan buruk pasangannya. Biarpun hati sukar menerima segala pembohongan dan kecurangan pasangan, tetapi kerana mahukan perhatian dan kasih sayang, kebanyakan wanita sanggup mengetepikan perasaan dirinya. Sepatutnya wanita perlu lebih berani untuk keluar dari kebiasaan yang menyakitkan dan mencari kebahagiaan sendiri.

 

 Takut Bersendiri

Kebanyakan wanita takut menghadapi kesunyian jika tidak memiliki pasangan malah takut dirinya akan menjadi andartu hingga sanggup meneruskan hubungan yang kurang baik. Sikap kurangnya keyakinan dan percaya diri sendiri membuatkan wanita bergantung harap pada orang lain dan takut untuk menjalani hidupnya sendiri.


Okayy done !
Ini sahajalah yang dapat Fy kongsikan.



Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi