♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Cari kebahagiaan sendiri.

January 3, 2013

Cari kebahagiaan sendiri.

Assalamualaikum sayang sayang semuaa :D




Hati Fy baru lega setelah dikuasai perasaan marah tadi.
Astaghfirullahalazim. Itulah jadinya bila makhluk Tuhan yang satu syaitonirrajim tu dah menguasai diri.
Alhamdulillah. Nasib baik Fy dapat mengawalnya. 
Sebab tu tiba-2 terasa macam ada mood nak update neh. Hihi :)

Haa, hari neh Fy ada update status kat Facebook yang berbunyi begini,

"Sibuk nak pertikaikan kenapa diri sendiri tak bahagia. Macam mana lah nak bahagia kalau hidup tak habis-2 nak ganggu kebahagiaan orang lain. Allah suruh CARI kebahagiaan, bukan RAMPAS kebahagiaan orang lain. Sesekali muhasabah lah diri tu sikit. :) "

Haaa. Inilah dia. Faham tak ayat tu? Okayy kalau baca mesti korang akan fikir yang Fy tujukan utk sesorang kan.Sebenarnya tak pun. Ini adalah pandangan mengikut pemerhatian Fy sendiri. Fy cuma nak bagi pendapat.

Yelahh, macam mana nak bahagia kalau hidup tu asyik dengki dengan kebahagiaan orang? Apa ingat merampas kebahagiaan orang lain tu kita boleh bahagia ke? Kalau betul pun bahagia tu semua takkan kekal lama mana pun. Kebahagiaan yang kita dapat atas kesengsaraan orang lain hanyalah palsu semata mata. Ianya bukan yang kekal selama lamanya.

Nak bahagia boleh. Tapi bukan itu caranya. Kena lah cari sendiri. Kalau tak dapat, jangan lah nak menunding jari menyalahkan orang. Pepatah pun ada kata kan , satu jari kita menunding pada orang, empat lagi akan balik pada kita kan? 



Kalau hidup kita berlandaskan dendam, marah, benci, dengki, cemburu dengan kebahagiaan orang, sampai bila-2 pun kita takkan dapat merasa bahagia kita sendiri. Percayalah. Kalau kita sabar, kita redha, kita terima setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, Insyaallah, satu hari nanti, kebahagiaan tu pasti datang dengan sendiri. Tak payah susah-2 pun kita nak mencarinyaa.

Tapi kalau hidup penuh dengan sifat cemburu dan dengki dengan kebahagiaan orang, lepastu nak menyalahkan orang kalau kita tak bahagia, Fy cakap betul, kita takkan dapat rasa kebahagiaan tu. alangkah ruginya kan? Allah pun dah kata, setiap kesabaran manusia tu akan ada ganjarannya. So kita sebagai manusia hanya perlu bersabar dan terus bersabar. Insyaallah, satu hari nanti kita pasti nampak hasilnya.

Fy simpati dan kasihan betul lah kalau ada yang tak boleh nak terima hakikat kehidupan neh. Setiap apa yang jadi mesti dia nak salahkan orang lain. Salah tu. Sebelum kita nak salahkan orang, tengok dulu diri kita, perbetulkan balik apa yang salahnya kita, baru boleh nak salahkan orang lain. Inilah manusia, tak pernah boleh terima apa yang dah ditentukan utk dia kan. Haishh, entah lah. Fy berdoa harap-2 Fy tak lah tergolong dalam golongan-2 yang macam tu. 


Kebahagiaan takkan datang tanpa usaha dari kita sendiri utk mencarinya.:)

Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi