For sure ramai yang pernah rasa terluka kann?
Fy pun sama,
And sekaran neh pun mesti ada yang sedang dalam kelukaan tapi tak tahu macam mana nak merawatnya kan?
Okayy jangan risau kawan-2 sekalian,
Fy dah tolong carikan tips-2 untuk korang rawat luka di hati tuu ,
Walaupun tak seberapa, tapi Fy rasa boleh membantu kud?
Check it out here,
1.
Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya
senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering
merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke
memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai
hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong
abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga,
kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan
kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan
mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi
ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2.
Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau
ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada
kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu
menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan
latih diri anda mengawal emosi.
3.
Belajar Rajin Bersyukur
Ucap
syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda
masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali
bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas
hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap
jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4.
Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan
hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan
gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda
selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di
masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda
satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik
ketenangan datang pada diri anda.
5.
Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa
bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta
menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan
diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam
setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat
menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come
on...
6.
Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi
yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran
kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk
manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak
kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di
dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja,
kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala
yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu
fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang
baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat
yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7.
Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan,
maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan
menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan
dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada
perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga
sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan
kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar.
Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua
orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda
untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik.
Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan
pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan
hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang
sebelumnya.
0 Pengkritik:
Post a Comment