♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Kek Batik made by my self :)

March 3, 2013

Kek Batik made by my self :)

Yuhuuuu ~
Cik Wafy kembali. Hihihi.
Rasa macam dah lama tak update yang best best kann.
Okayy now nak share sesuatu.

Actually dah lama dan ada niat nak buat kek batik sendiri sebab dah lama tak makan.
So Fy cakap lah kat mama, mama kata nanti lah tunggu pergi beli barang-2 dulu kan.
Jadi pada hari jumaat yang lepas, mama nak beli barang dapur dia suruh lah Fy ambil sekali apa bahan2 nak buat kek batik neh.

Jadi bila dah ada barang2 semua, hati pulak rasa malas nak buat.
Di pendekkan cerita, hari ini, Fy macam gaduh2 sikit dengn FF.
So mood Fy macam bengong2 sikit jadi Fy ambil keputusan nak buat hari nieh lah kek batik tu.
Saja nak melepaskan perasaan dan nak melupakan sengketa yang terjadi.

Dah siap Fy tweet lah dekat twitter,
Ada pulak dua orang kawan Fy tanya resipi and cara nak buat macam mana.
Alahai penat Fy explain kat twitter tu, entah diorang paham ke tak.
Jadi untuk memudahkan apa kata Fy explain kat sini. 
Kan senang? Lebih mudah di fahami :)

Mula - mula , sediakan bahan-2 nya ,

Satu paket biskut marrie. 
Satu paket kecil milo.
Satu ketul buttercup.
Setengah tin susu pekat manis.

Biskut marrie tu ikut lah banyak mana korang nak guna. Tapi Fy rasa setengah paket dah cukup. Korang patah2 kan kepada empat bahagian. Kalau nak guna semua biskut marrie tu Fy nasihatkan lebihkan milo, susu, and buttercup tu yer. Takut nanti bila kek dah siap rasa biskut je lebih.

Okay now, cara-2 nak buatnya pulaa. Mudah dan senang.

Mula-2 cairkan buttercup dalam periuk.
Kemudian masukkan setengah tin susu tadi, kacau sehingga sebati.
Masukkan milo satu paket. 
Sambil tu korang still kena kacau laju-2 sbb takut milo tu jadi berketul - ketul.
Dah kacau, and agak2 dah pekat dan sebati, tutup api then tuangkan ke atas biskut marrie tadi.
Ratakan milo tadi, tunggu sehingga sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.


Dan akhirnya ,
Ini lah hasilnyaa ~


Tadaaa ~
Haha. Nampak macam tak berapa lawa kann
Tapi takpelahh,
Kira nampak jugak lah bentuk kek batiknyaa.
Huhuhu.

Okaylah kawan2. Selamat mencubaa !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi