♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Merekalah wira negara :')

March 4, 2013

Merekalah wira negara :')

Assalamualaikum...

Fy tak tahu nak buat apa sekarang neh, jadi Fy terpanggil untuk mengupdate tentang berita-2 yang sedang hangat di perkatakan sekarang.



Fy pasti semua tahu kan tetang Pencerobohan di Lahad Datu tu.
Hmm yeahh Fy pun mengikuti perkembangan tentang pencerobohan tersebut.
Itulah yang dikatakan sejarah kan.
Memang lah dari asalnya sejarah negara kita menjadi aman damai seperti sekarang.

Tapi tak siapa dapat menyangka kan, disebabkan sejarah jugak, negara kita seperti dijajah semula?
Pelik kan? Tapi tu lah yang sebenarnya.
Setiap kali keluar berita-2 mengenai pencerobohan ini di Lahad Datu sana, Fy selalu berfikir, apa lagi lah yang mereka mahukan?
Mungkin mereka cemburu melihat negara kita yang aman damai tanpa sebarang peperangan kud?

Petang tadi masa tengok berita khas mengenai perwira-2 negara yang dah terkorban tu, buat Fy sedih.
Mereka memang dah pertahan kan negara, mereka sanggup berkorban untuk negara, tapi Fy tak boleh menahan sebak bila melihat ahli keluarga mereka yang mengalirkan air mata.
Sangat pilu kan?
Kalau lah Fy berada di tempat mereka, entah apa lah jadi ~

Lagi satu bila tengok berita tadi Fy teringat pasal kejadian helikopter nuri terhempas beberapa tahun lalu.
Macam tu lah situasinya dan macam tu lah perarakannya.
Itulah untungnya bila kita jadi seseorang yang mempertahankan negara.
Jasa dan pengorbanan kita akan tetap dikenang.
Tak kira lah lelaki atau perempuan kann.

Untuk makluman kalian, saya juga merupakan anak kepada seorang bekas tentera dan saya rasa berbangga kerana menjadi anak kepada bekas tentera ! Huhu

Sekian sahaja.

Byee XD

Takziah kepada wira-2 yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-2 yang beriman dan akan mendapat ganjaran daripada Nya atas pengorbanan mereka itu. :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi