♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: P dalam genggaman. :)

March 23, 2013

P dalam genggaman. :)

Wahhh ! Tajuk kemainn lagi kann.
Hahaha.



Rasa tak sabar nak berkongsi cerita, excited semacam.
Yelahh mana taknyaa. Hampir 3 bulan akhirnya Fy berjaya mendapatkan lesen !
Fuhhh ! Terbaikkk ! Memang excited gilaaa.
Tapi nak mendapatkannya, bukan senang tauu.

Rasanya kawan-2 Fy ada yang lama dah dapat. Fy je terhegeh-2 lagi.
Bukan Fy lambat daftar ke hape, tapi mmg Fy sengaja melambat lambatkan.
Ditambah dengan kelambatan pusat memandunya lagi.
Haa makin lambat lah jadinya.

Jadi pada hari Jumaat yang lalu, tibalah giliran Fy untuk di TEST oleh JPJ.
Awal-2 pagi lagi cikgu Fy dah suruh datang sbb nak buat latihan dulu katanyaa.
Dah buat latihan bagai, around pukul 9 Fy tengok nama Fy sesi ke berapa and giliran ke berapa.
Dari 3 sesi Fy sesi ketiga dan giliran ke 19 !
Sesi 3 tu mulanya petang lepas solat Jumaat !
K korang bayangkan betapa lamanya kena tunggu.
Daripada 280 orang. Perghhh. Stress + tension gilaa kud,
Kalau orang yg tak sabar tu, rasanya dh angkat kaki balik rumah dah.

Time tu pun Fy hampir-2 hilang semangat. Dengan takutnya lagi.
Tapi Fy kuatkan jugak kerana kata-2 semangat dari FF.
Dia bagi jaminan utk Fy lulus dan Fy pun cuba buat sebaik mungkin.
Bukan sebab tu je, sebab lain of course lah Fy tak nak gagal sbb nanti kena repeat.
Bila kena repeat, bayar mahal wooo.

Lepas je solat jumaat, Fy dah ready kat ruang menunggu. Time tu panas gilaa. Dalam puku 2.30 macam tu lah, JPJ tak sampai-2 lagi. Tunggu punya tunggu, pukul 3.30 baru start sesi 3. Ya Allah ! Tension gila kudd.
Bila dah mula, Fy tengok seorang demi seorang start test mula dari mendaki bukit.
Ada yang lepas, ada yang gagal.
Tiba turn Fy, Fy selawat banyak-2 tenangkan hati, ingat balik kata-2 FF.
Dann, Fy pun cuba dengan sebaik mungkin.

Bukan nak kata apalah, tapi setiap kali training, bukit ni mmg selalu Fy tak lepas.
Pagi sebelum test tu training pun tak lepas.
Sebab tu lah Fy takut.
Tapi, alhamdulillah, akhirnya Fy berjaya jugak mendaki tu.
Lepas turun je bukit, excited gila turun ambil borang then buat parking and 3 pointer pulak.
Nasib Fy baik kud hari tu sbb masa buat parking and 3 pointer tu tiba-2 hujan.
So abang JPJ tu tengok macam nak tak nak je.
Hahaha.
Fy buat masa tu pun relaks je tak takut sangat.
Akhirnya, kesemua TEST pertama tu Fy LULUS !
Muka bahagia gilaa masatu.

Test on the road pulak Fy tak takut sangat.
Maybe sbb tu okay lagi kud.
Masa tu pun hujan dah berhenti.
Dapat JPJ perempuan, okaylah walaupun pada awalnya tak nak perempuan.
Tapi dia pun nampak macam sempoi je kan.
Dan akhirnya Fy LULUS jugak on the road,

Muka masa keluar kereta bawak borang tu tak yah cakap lah macam mana kan.
Excited terlebih.
Sampai fon dalam beg pun terpelanting.
Hahaha.
Syukur alhamdulillah.
Memang Fy dah berazam pun, kalau result spm Fy ada A,
Fy akan pastikan Fy lulus JPJ.
Siap tweet lagi. Ramai saksi.
Dan Fy berjaya menunaikannya !
Yeeepeeeee !
Lepas ni dah tak ada alasan lagi ayah tak bagi pakai kereta dia.
Hahahaha !

Ohh yaa, nak tahu apa kata-2 FF yang menaikkan semangat Fy?
Next entry nanti Fy ceritaa.

Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi