♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Tautan Mahabbah Membina Ukhuwah.

May 5, 2014

Tautan Mahabbah Membina Ukhuwah.

Actually benda ni dah lama.
Orang kata macam dah basi.
Tapi tak apa, aku sekadar ingin berkongsi.
Kongsi sesuatu yang meninggalkan beribu kenangan.
Sesuatu yang meninggalkan seribu kesan.
Ececeehhh poyoo ayat kan. hehehe.

Yang sebenarnya nak cerita, eh tak laa cerita cuma nak kongsikan tentang Program untuk subjek yang kami Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia telah jayakan di bawah subjek Metodologi Dakwah.
Pertama kali bagi aku laa untuk adakan dan rancangkan program macam ni.
Maklumlah, dah jadi mahasiswi kan. Hehehe.
Jadi setelah hampir sebulan lebih jugak kud rancangkan, setelah melalui bermacam - macam dugaan dan halangan akhirnya program ni berjaya juga di laksanakan.
Ohh ye lupa nak bagitahu.
Kami jayakan Program Keluarga Angkat dan telah diadakan di Kampung Air Tawar, Merlimau Melaka.
Program ini diberi nama, Tautan Mahabbah Membina Ukhuwah.
Okayy mesti dah fahamkan ini program apa.
Program keluarga angkat laa.
Huhuhu.

Ohh sebelum tu lupa nak bagitau.
Program ni telah diadakan pada 13 Februari - 16 Februari 2014 selama 4 hari tiga malam kami berkampung di sana.
Jadi, macam biasa, biarkan hanya gambar yang bercerita.


HARI PERTAMA.


Ni namanya last minit punya kerja.
Batu loncatan.
Salah satu tugas Exco Protokol.
Yeee saya adalah exco protokol.





Ketibaan Mahasiswa dan Mahasiswi Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia semester kedua.

HARI KEDUA.






Loveyy doveyy classmates !
Ohh ini half daripada myclassmates.
Dia antara yang terapat dalam yang paling rapat.
Merekalah yang menghiburkan, yang melucukan, yang menggembirakan.
Tidak lupa juga mereka yang menggeramkan, mengecewakan dan kadangkala memarahkan.
ehh? Ahaaa paham - paham laa sendiri.
Hahaha !


Ehemm. Hampir lupa pula nak memperkenalkan orang kuat dalam menjayakan Program ini. Hehehe.
Pengarah : Muhd Ashraf Naif
Timbalan Pengarah: Nurul Shafiqah atau lebih selesa aku memanggilnya kak shiqah.
Huhuuu.

HARI KETIGA




Lalalalala ~
Sekadar Perkongsian. :D






Malam ketiga, iaitu malam akhir.




Time ni aku tak join program malam akhir ni disebabkan family angkat bawa keluar jalan.
Jadi aku dan rakan rakan yang dapat family angkat yang sama dengan aku memang agak rugi laa tak ada masa malam ni. Macam best laa sebenarnyaa. 
Huhuuu.
Tak apa, tengok gambar sekali lalu dulu nanti aku cerita dengan lebih detail okay.

HARI KEEMPAT
(MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN)



Majlis pada hari tersebut dikendalikan oleh kami, barisan exco protokol yang telah dipilih.






Tetamu VVIP pada hari tersebut.




Diberikan kepercayaan untuk menjadi pengerusi majlis pada hari tersebut. 


Mahasiswa mahasiswi Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia Kolej Universiti Islam Melaka.



Rakan - rakan seperjuangan hingga selesai semester keenam.
Inshaallah.

Jadi itu sekali lalu gambar mengikut hari.
Ni pulaa gambar dengan keluarga angkat.
Keluarga angkat aku sendiri laaa.
Huhuu.


Ni keluarga angkat kecil aku.
Kami tidur rumah nenek.
Rumah nenek belakang rumah ayah dengan umi je.
Ayah dengan umi tu mak ayah angkat aku laa.
Huhuuu.


Umi. :)


Kualiti gambar tak berapa best.
Maklumlah camera handphone je mampu.


Ni rakan rakan lelaki aku yang turut serta dalam keluarga angkat aku.
Cewahh. Maksudnya diorang pun sekali keluarga dengan aku la.
Cuma diorang dekat rumah ayah dan umi.
Maklumlah lelaki.
Mana boleh anak teruna anak dara campur satu rumah.
Kurang sopan katanyaa.
Hihihi ,



Nasib baiklah dapat dengan Epaa sayangg.
Ada geng.
Huhuhuu


Adik Azizan. :)



Malam akhir yang kami tak dapat join program dengan budak-2 lain tu sebab ini lah.
Luangkan masa bersama keluarga.
Kat sini aku belajar satu benda.
Hati keluarga perlu dijaga.
Utamakan yang mana perlu.
Dengan tuan pengarah sekali terheret sama. Terpaksa tinggalkan anak buah yang lain-2.
Jadi inilah keluarga besar yang bahagia.
Aku bersyukur dipertemukan dengan keluarga ini.



So lastly, ini lah dia keluarganya.
Walaupun pertemuan yang singkat tetapi cukup untuk meninggalkan kenangan yang takkan dapat dilupakan sampai bila - bila.
Inshaallah.
Harapnya ukhuwah yang terbina akan berkekalan.
Jadi, itu sahajalah setakat ini.
Bye byeee !

p/s: rasa macam dh boleh agak kan di mana bermula? Hihihi. Kawan kawan aku selalu kata, "korang ni betul betul membina ukhuwah.. terbina ukhuwah korang..." hahaha, dan aku cuma mengiyakan. Apa yang berlaku semua kebetulan dibawah perancangan dan ketentuan-Nya...






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 Pengkritik:

  1. Assalamualaikum ..sye nk tnyer aper nme singkatan tuk diploma pengajian islam dengan pembangunan sumber manusia....

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam, maaflah lambat. name singkatan DPSM.

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi