♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: 2013

December 4, 2013

Hidup tak selalu indah.

Diri ini mungkin terlalu muda untuk berkata tentang bahagia,
Diri ini mungkin terlalu mentah untuk berkata tentang bahagia ,
Diri ini mungkin bukan siapa siapa untuk berkata tentang bahagia ,
Dan diri ini mungkin memang tidak layak untuk berkata tentangnya .

Namun, salahkah aku?
Aku rasa aku berhak.
Aku rasa aku layak.
Kerana apa?
Kerana aku juga manusia biasa yg adakalanya turut merasa bahagia.
Jadi, tidak cukupkah dengan itu?

Aku berkata kata melalui apa yg aku rasa.
Aku berkata kata melalui apa yg aku lalui.
Dan aku berkata kata melalui apa yg aku tahu.

Tatkala sahabat2 datang menemui dan membicarakan tentang perasaan, tentang bahagia, pastinya akan dikaitkan dengan cinta.
Memang. Memang aku terlalu mentah untuk memperkatakan tentang cinta.
Tetapi, lupakah kita, cinta itu fitrah. Cinta itu kurniaan Ilahi kepada setiap hamba-Nya yg terpilih.
Tidak semua manusia dalam dunia ini yang akan merasakan cinta.
Hanya manusia yang mempunya akal dan waras sahaja yang mampu merasainya.
Jadi kita adalah insan yg terpilih.
Kita adalah insan yang waras dan mempunyai akal tersebut.
Jadi haruslah kita menggunakan akal kewarasan kita dalam bercinta bukan?

Namun, aku hanya membantu selagi aku termampu.
Apa hanya berkongsi apa yang aku lalui.
Aku hanya menasihati melalui apa yg aku perhati.

Sahabat,
Kau menginginkan kebahagiaan yang berkekalan, tapi adakah kau berusaha untuk ke arah itu?
Kadang2 hati kita tak pernah puas dengan apa yg kita dapat kan.
Kita perlu ingat, dunia kita berputar ibarat roda.
Adakalanya kita di atas dan sampai masanya kita pasti akan dibawah.
Begitu juga dengan hidup kita.
Apabila kita tinggalkan kepahitan kepada seseorang, maka kepahitan itu jugalah yg akan kita dapat kelak.
Kita akan melalui semua perkara yg sama.
Tidak ada yg terkecuali.
Sama ada cepat atau lambat sahaja.

Learn from mistake.
Belajar dari pengalaman.
Jangan pernah ulangi.
Jika tidak mahu hati dilukai lagi.

Dan jika kita rasa kebahagiaan itu tidak juga muncul tiba,
Mungkin Dia telah menetapkan kebahagiaan yg abadi untuk kita.
Mungkin dia ingin berikan lebih baik untuk kita.
Orang ada kata kan, nak dapatkan sesuatu yang terbaik tu bukan mudah.
Kita sendiri yg kena usaha, kita sendiri yg kena cari.
Betul kan?

Jadi sampai sini dulu lah.
Hanya kata2 buat sahabat dan diri sendiri.

:)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

November 27, 2013

Sahabat kesayangan :)

Salamun alaik ....

Sepintas lalu entry kali ini ,
Kalau boleh tak nak panjang lebar , cukup la ringkas tapi padat .



Semalam , pergi sekolah ambil sijil .
Lama dh plan so semalam la harinya sebab tunggu sahabat kesayangan Nadhila cuti sem .
Awalnya semalam plan lepas ambil sijil nak pergi Zoo Negara . Hahaha .
kenapaa? Sebab rasa tu macam satu aktiviti yang menyeronokkan !
Lagipun dh lama tak jejak zoo , last tahunn bilaa tah tak ingat . Yang pasti masa tu muka mesti kanak kanak sangattt. Hihihi.

Jadinya semalam tak jadi nak pergi zoo tu kerana , lepas je Amai ambil aku kat rumah then terus gerak ke Sungai Buloh. 
Tapi masa dalam perjalanan tu MasyaAllah , jalan sesak sesesak sesaknyaa .
Tension jugaklah masa tu.
Sampai sg buloh pun dh pukul 2 mcm tu , ambil Nadhila then makan apa semua pukul 3 jugaklah baru sampai sekolah .

Haa bila dh sampai sekolah je , perasaan rindu tu sangattt muncul .
Hihihi. Biasalah . Banyakk gilaa kut kenangan . Takkan pernah padam .
Masuk je perkarangan pejabat sekolah , nampak kereta PK Hem !
Siapa lagi kalau bukan Cikgu Nazri ! Ermm siapa kenal aku tahulah kud apa sejarah aku kat sekolah tu dengan Cikgu Nazri , Ohh bukan aku je, kitorang lah. hehe .

Nak masuk pejabat , Amai dengan Megat masuk dulu , tolak je pintu pejabat memang muka Cikgu Nazri nampak dulu .
Terus diorang patah balik . Bayangkan macam mana tak ada chemistry nyaa kami dengan cikgu .
Hahaha .
Then aku ajak je nadhila masuk , sampai je kauter Cikgu pandang , papppp ! apa lagi tersenyum lah masing2 , hehehe , memang tak boleh blaaa ahh masa tu.
Cikgu memang kenal lah kan , mana boleh cikgu lupa muka wanted sekolah tahun 2011 . 2012 dh jadi budak baik. Hehehe .

Dah alang2 cikgu nampak kitorang tu apa lagi, sambil tunggu2 sijil lepak la sembang2 dengan cikgu .
Sembang bukan sembang apa , lebih kepada mengimbau kenangan lama .
Hahaha ! Serius kelakar ahh .
Bila cikgu angkit terasaa panas je hati kan. Perli tuuuu .
Tapi rasa seronok dan rindu dengan semua tu.
Siapa sangka dulu tak sabar sangat nk habis sekolah sbb tak sanggup nak hadap cikgu lah. 
Nak hadap perliannya , ungkitannya . Tapi bila datang balik ke sekolah, dia jugak yg kami jumpa.
See? Perancangan Tuhan tu hebatkan .

Memang betul cakap cikgu dulu tu semua zaman kenakalan kami je.
Rasanya sekarang alhamdulillah , kami belajar dr semua tu.
Kalau tak ada pengalaman semua tu , tak mungkin kami macam ni sekarang.
Jadi bila dh habis sembang dengan cikgu pusing2 lah sekolah jap.
Masa tu sekolah tak ada orang so sesuka hati kitorang je lah tawaf satu sekolah.
Sanggup menapak sampai ke bengkel hujung sanaaa .

Dah habis settle ambil sijil , tengok jam masa tu dh pukul 4 lebih , memang tak boleh nak kemana mana dh .
Amai hantar nadhila balik then singgah rehat rumah dia sambil makan buah buahan.
Maklumlah sekarang musim kan. 
Pukul 5 gerak balik KL sebab nak hantar Megat dulu.
Nasib baik nak sampai Ampang tu jalan tak jem.
Tapi bila dh keluar je ampang nak balik ke kajang, MasyaAllah sesak dia memang macam sardin.
Sampai banyak kali sesat lah.
Kira dr pukul 6 bertolak, pukul 8.30 baru aku sampai rumah.
Memang kerja aku dengan Amai semalam ukur jalan dr KL sampai Kajang.
Lepas tu baca setiap signboard yg ada.
Hahaha !
Memang kelakar lah malam tadi.
Tapi Alhamdulillah sampai juga rumah dengan selamat. 
Cuma kesian dekat Amai lah. Dari pagi drive, dengan jemnya sampai ke malam.
Memang penat sangat.
Apa apa pun terima kasih Amai !
Jasamu dikenang :)
Kerana mempertemukan aku dengan Nadhila :)





Nampak kan wajah wajah yg terlalu gembira kerana rinduuu.
I loveyou so much sahabat dunia akhirat ! :)


Seee with Cikgu Nazri !
Haha , dia pun ada ambil gambar guna phone diaaa ,
Lepas ni takkan jumpa dah.
Mungkin inilah gambar terakhir.
Terima kasih cikgu.
Segala tentangmu akan dikenang.

Okayy dh selesai ,
Byee XD

p/s : Sepatutnya by ikut sekali , tapi tiba2 dia kena balik poli semalam .Sedih dia tak join. Lama dh tak jumpa dia . Insyaallah nanti kita jumpa k by. Aku tahu kau sedih . :')


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

November 17, 2013

My Destiny . :'D

Assalamualaikum  .

Terasa hari ni macam ada mood pulaa nak tulis blog panjang panjang panjang.
Heheee.

Duduk rumah cuti sem ni kan memang betul2 membuatkan Fy bosan. Err tak tahu lah kenapa.
Dulu masa habis SPM 3 bulan lebih duduk rumah, tak kerja pun, takdelah terasa bosan sangat.
Tapi kali ni rasa macam , erghhhhh cepatlah cuti sem ni habis !
Rinduu dah kat classmates . heheeee :D

Ermm tujuan tulis blog ni pun tak ada tajuk utama, saja saja nak ceritaa ceritaa.
Bukan apa, duduk rumah ni membuatkan aku banyak muhasabah diri.
Cuti sem ni pun malas nak keluar dengan kawan2, entah kenapaa rasa malas je nak keluar .
Jadi bila duduk rumah tak buat apa , mula laaa pandang siling kat atas dan termenung dan berfikir.
Tambah-2 bilaa Fara omeyy sahabat tersayang saya post macam2 ayat kat facebook yg membuatkan hati ini sayu sedih jeee tetibaa. Maka otak dan akal pun mula lah berfikir macam macam.



Tahu tak, maksud persahabatan yg sebenar Fy mula rasakan sejak Fy melangkah masuk ke Sekolah Menengan Vokasional Sungai Buloh. (sekarang bukan sekolah lagi, dh jadi kolej dah..) hehe .
Betul. Fy rasa dua tahun kat sana, banyak gilaaa gilaaa kejadian dan pengalaman yg Fy dapat.
Sampai kadang2 Fy rasa macam SMVSB dah buat Fy lupa yg Fy pernah sekolah kat tempat lain sebelum masuk situ.
Serious talk. Entah kenapa kat sana lah banyak sangat kenangan tercipta.



Kat twitter pun kadang2 bila sorang dah open topik rindu sekolah rindu asrama, memang gamat lah TL twitter tu dengan bermacam macam kenangan yg tak boleh dilupa.
Haha , kelakar sangat rasa :'D
Walaupun sejujurnya kadangkala Fy rasa menyesal sebab pernah mencoretkan kenangan yg pahit kat sana tapi Fy muhasabah diri Fy.
Kalau tak jadi semua benda tu dulu mesti Fy takkan jadi macam sekarang.
Betul kan apa orang kata kan , "Experience is the best teacher for us" .
Betul . Fy banyak belajar dari pengalaman.
Selagi nyawa masih ada , In Sha Allah Fy takkan lupakan semua memori yg tercipta kat sana.
Indah indah belakaa.
Tak mungkin dapat dilupa. :'D



Kemudian Fy teruskan perjalanan hidup Fy ke Kolej Universiti Islam Melaka.
Hmmm yang ni pun pada awalnya terlalu payah utk diterima.
Tatkala kawan2 dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang dan minat masing2, Fy terpaksa meneruskan langkah yg telah ditetapkan.
Betul. pada awal memang Fy susah nak terima.
Rasa cemburu bila tengok life kawan2 yg gembira bila dapat sambung balik apa yg mereka belajar dulu.
Fy terasa macam impian dan cita2 Fy tidak kesampaian.



Lagi2 bila dah melangkah masuk ke sana, semuanya terasa baru bagi Fy.
Suasana, rakan2, semua asing, lain .
Fy cuba untuk selesakan diri, setiap hari Fy cuba dan terus mencuba.
Sampai ada satu masa Fy rasa tertekan, tension sbb Fy tak dapat sesuaikan diri dengan pelajaran kat sana.
Bayangkan lah, kita dari sekolah biasa, aliran teknikal, kena belajar pengajian Islam, bahasa Arab apa semua, mungkin ada rasa tak selesa lagi2 bila ada di antara kawan2 kat sana yg lebih pandai pasal tu semua kan. Kita rasa macam diri kita ni kerdil je.
Tapi Fy selalu muhasabah diri Fy, Fy cuba dan terus jugak cuba untuk habiskan pengajian 3 tahun ini.
First semester memang Fy rasa apa yg Fy buat semua dalam keterpaksaan.



Tapi bila dah cuti ni, Fy rasa Fy dah boleh terima.
Fy dah boleh terima apa yg telah Dia tetapkan untuk Fy.
Semester pertama yg Fy lalui Fy rasa Fy di antara yg bertuah sebab dapat masuk ke sana.
Kalau kat sana Fy hanya pandang pada kekurangan yg ada, memang sampai bila2 pun Fy takkan dapat sesuaikan diri dan Fy takkan dapat ikhlaskan hati Fy untuk belajar.
Jadi Fy tahu, Fy perlu pandang kelebihan2 yg ada. Tak semua tempat pengajian dapat apa yg Fy dapat.
Macam kawan2 kelas Fy pernah cakap kat Fy dan kawan2 masa kami nak pindah poli dulu,
"Ilmu dunia memang semua orang boleh dapat, tapi ilmu akhirat? Tak semua bertuah kan?"
Jadi Fy tahu, inilah titik permulaannya.
Sekarang Fy sedar kenapa mama ayah nak Fy masuk sini. Mungkin ada sesuatu yg mereka harapkan.
:'D


Alhamdulillah. Fy rasa Fy dah boleh terima satu persatu perjalanan hidup Fy.
In Sha Allah, akan Fy cuba sedaya upaya untuk dapatkan segala ilmu sepanjang Fy kat sana.
Mungkin bagi yang tak kuat semangat akan mudah rasa putus asa.
Bila cakap pasal orang kolej islam, macam ustaz lah, ustazahlah, dengar ceramah lahh.
Biarkan lah apa orang nak kata.
Yang penting kita perlu kuatkan hati kita untuk terus bertahan.

Sebenarnya ceramah, forum semua tu seronok.
Betul betul seronok.
Sepanjang Fy kat sana Fy tahu yg Fy memang akan didedahkan dengan benda2 tu semua dan Fy dah mula biasakan diri.
Fy cuma perlu terus bertahan untuk menghabiskan pengajian kat sana.
Bila tengok gambar senior2 konvo haritu rasa seronok sangat.
Orang yg biasa, yg tak ada asas agama dalam diri pun boleh konvo dengan berjaya kenapa tidak aku kan?
Semuanya terletak pada diri sendiri.
Sama ada kita nak atau tak nak.
Itu je.


Fy berdoa semoga Fy akan dapat lalui hari2 yg akan datang di sana dengan gembira dan tabah.
Semoga Fy dikuatkan semangat utk terus menuntut ilmu di sana.
Dan semoga result final Fy melepasi pointer yg ditetapkan.
Kalau tidak payahh laaaa nak bayar yuran kalau ptptn di tarik balik.
Huwarghhhhhh :'(

Haha.
Jadi panjang lebardan rasa.
Itu saja lah kud.
Byebyeee :D


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

November 10, 2013

Bahagialah aku dengan apa yg diberiNya .

Assalamualaikum ,
Alhamdulillah , siap serba sedikit blog Fy ni.
Walaupun masih ada lagi sikit2 yg tk berapa nk betul tapi tak apa lah, kemudian Fy buat. Asalkan sekarang dapat Fy tulis dalam diari online Fy ni.

Memang dr dulu lagi kan, kalau Fy rasa terpendam dan terbeban dgn sesuatu, mmg Fy akan rasa nak menulis.
Selain daripada Dia tempat utk Fy mengadu, blog ni je lah yg menjadi tempat utk Fy coretkan serba sedikit skrip hidup Fy yang terjadi beberapa hari ni.
Cerita berkenaan dengan siapa lagi kalau bukan dia. Dia yg selalu memberikan pelbagai rasa dalam diri Fy ni.
Dia yang memberikan kesedihan, kekecewaan, kelukaan dan dia lah yg memberi Fy kebahagiaan walaupun belum tentu kebahagiaan itu akan berkekalan.

Sepanjang dua tahun, macam2 jadi. Jatuh bangun Fy semua dh rasa. 
Entahla, kadang2 Fy sendiri tak faham apa yg sedang Fy lalui.
Apa yg terjadi kali ni, bila ada hamba Allah yg tak boleh tengok kebahagiaan orang lain.
Sakit. Memang sakit bila itu terjadi.
Satu masa dahulu, Fy pernah fikir, 
"mungkin hal2 yg macam ni takkan terjadi pada diri aku."
Tapi siapa kita utk berkata begitu kan?
Perancangan Dia yg di atas lebih baik.
Hanya dengan satu kejadian dulu, segala galanya berubah.
Itulah titik permulaan dugaan demi dugaan yg harus Fy lalui.

Alhamdulillah. Fy tahu, Dia beri Fy dugaan utk uji kekuatan dan kesabaran diri ini.
Fy bersyukur, bersyukur sangat2 kerana masih dikurniakan kesabaran dan kekuatan yg sangat tinggi.
Bukan Fy nak berlagak, jauh sekali riak, tapi melalui apa yg Fy nampak di sekeliling Fy, kalau kawan Fy lah lalui mcm apa yg Fy lalui ni, belum tentu lagi dia akan dapat bertahan sebagaimana Fy.
Mungkin disebabkan ini jugak Tuhan terus uji Fy.

Apa yg terjadi kali ni tidaklah terlalu teruk , malah Fy pernah lalui yg lebih teruk lagi.
Cuma kali ni , Fy rasa tertekan , kenapa lah ada lagi perempuan yg macam ni.
Kenapa lah kaum yg sama dengan Fy ni suka memalukan diri sendiri macam tu?
Apa lah yg dia dapat dengan menganggu kebahagiaan orang lain?
Kepuasan? Fy tak rasa kepuasan yg dia dapat tu akan berkekalan.

Fy tak suka nak bermusuh, jauh sekali membenci.
Itu bukan diri Fy.
Kalau Fy nak bermusuh dan membenci, dari awal lagi Fy dah buat macam tu sbb dia yg mulakan semua ni.
Tapi sekarang kenapa dah terbalik?
Siapa yg kacau siapa?
Nak kata Fy perampas? Siapa yg rampas siapa?
Fy percaya dia sendiri tahu jawapan utk itu.

Nauzubillah. Sejujurnya Fy tak nak membenci dan dibenci.
Memang tak nak. Tapi memandangkan dia sengaja uji kesabaran Fy, Fy tak dapat bertahan lagi.
Biarlah segala galanya tamat.
Fy anggap Fy tak pernah kenal dia dalam hidup Fy.
Semoga dia dapat kebahagiaan yg dia cari.
Ini ujian Dia utk Fy dan Fy tahu Fy harus laluinya.

And to my Mr. MFF.

Aku harap kita masih mampu bertahan. 
Dan aku harap kau pun akan terus sabar dengan semua ni 
Macam2 dh yg berlaku antara kita, aku tak tahu lah apa hikmah di sebalik semua ni.
Tapi aku percaya, Tuhan takkan uji seseorang hambaNya itu tanpa sebabkan. 
Walaupun kau selalu marah2 aku, tapi aku faham setiap patah kata yg keluar dr mulut kau.
Aku tahu kau tak pandai nak bersweet2 romantik dengan aku dan aku pun tak harap semua tu.
Aku cuma harap perjalanan hubungan kita akan terus berkekalan.

 Orang nampak aku gembira ceria, tapi dalam hati hanya aku yg rasa betapa payahnya aku cuba utk melindungi perasaan ini.
Aku tak nak kelihatan lemah kerana aku bukan seorang yg lemah.

"Ya Allah ! Jika dia adalah jodohku eratkanlah hubungan kami dan janganlah Engkau pisahkan kami. Tetapi jika dia bukan jodoh yang Engkau tetapkan utkku , maka jauhkan lah kami dengan cara yg baik agar kami tidak saling menyakiti..."

Cinta itu bukan milik kita.
Cinta itu milik Allah.
Jika dia bukan jodoh kita, jangan lah kecewa kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita.
Tiba masanya nanti, Allah pasti akan mempertemukan kita dengan jodoh yg betul-2 telah tertulis utk kita.

END HERE.


p/s :Ehemm ehemm , sejak cuti sem ni aku pun dh terpengaruh dengan kpop. Hihihi. Bukan nak memuja, cuma memuji salah satu makhluk indah ciptaan Allah. Memang sangat indah. Hiw hiw ~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

November 3, 2013

Saya bukan lagi blogger amatur.

Assalamualaikum...

Sebenarnya tak plan nak taip entry hari ini.
Cuma terasa rindu menjengah blog.
Kalau dahulu mungkin saya seorang blogger yang tegar mengupdate setiap hari.
Tapi kini tidak lagi.

Rakan2 yang selalu follow blog Fy since Fy mula berjinak jinak dengan dunia blogger ni mesti tahu.
Fy mula blogging dari form 2, masa tu bukan blog ni, tapi blog lama.
Blog lama tu memang bermakna sangat.
Blog tu menjadi saksi, menjadi diari perjalanan hidup Fy.
Tapi malangnya bila masuk asrama, BRIOVS tahun 2011 , masa Fy form 4, blog tu macam terabai sikit sbb Fy dah duduk asrama.
Even tak selalu update tapi setiap kali Fy balik, Fy takkan lupa utk cerita saat2 Fy di asrama.

Malang tidak berbau.
Disebabkan satu demi satu insiden, disebabkan kedengkian orang, disebabkan perasaan tidak puas hati seorang hamba Allah , maka blog lama tu hilang begitu sahaja.
Masa tu memang rasa nak marah, nak menjerit.
Disebabkan mereka Fy terpaksa kuburkan kenangan Fy.
Disebabkan mereka Fy hilang catatan hidup Fy.
Apa lagi kenangan yang tinggal?
TAK ADA.
NOTHING.

Macam yang kita sendiri pernah dengar.
Hilang yang lama mungkin akan dapat yang baru. Tetapi yang baru belum tentu sama dengan yang lama.
Kann?
Memang betul sangat.
Fy rindukan blog lama Fy.
Macam2 cerita ada kat situ.
Segala kenangan pahit manis hidup Fy tercatat di situ.
Sebabtu lah, sekarang, walaupun ada blog ni, tapi Fy tetap tak boleh jadi serancak dulu.

Hurmm, 
Jadi secara kesimpulannya.
Saya bukan lagi blogger amatur yang rancak bercerita seperti dulu.
Kadang2 kawan2 lama selalu tanya kenapa dh lama tak update blog.
Fy tak ada jawapan utk itu.
Bakat utk menulis seperti dulu mungkin dh hilang.

Tak mungkin Fy akan lupa peristiwa yg menyebabkan Fy hilang semua kegembiraan dan kebebasan yg Fy ada dulu.
Fy hanya mampu memendam rasa.
Bila ingat balik, sakit hati, sedih hanya Tuhan yang memahami.

Maaf kawan-2 kalau saya dh tak boleh bercerita serancak dulu.
Jari dan minda seakan akan kekok utk bercerita.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

October 25, 2013

It's begin !

Assalamualaikum .

Whoaaa hyee huyyy hoyyyy !!!
Finally yeahh finally !
First semester was OVER !!!
Yeayyy !
Hahahaha ,
*over excited kan,

Cepat sungguh masa berlalu.
Tak sangka Fy dah habis semester yang pertama.
Rasa macam baru bulan lepas masuk kolej ,
hahaha 
*klise gila kan ayat?

Seriously ,
Masa final exam haritu punya lah menghitung hari , detik demi detik *nyanyi ,
Haaaa kan akhirnya habis juga kesemua paper ,
Yepeeee !
Now I'm at home ,
Its a holidayyy !
Wuhuuu.
Kegembiraannya memang gembira tahap maksima.
Maklumlah cuti sebulan.
Lama tuuu.

Hurmm perancangan masa cuti ni ?
Ermm ermm , rehat-2 dulu kat rumah , makan , tengok tv , tidur , makan tengok tv tidur , haaaa tu lah perancangannya .
Ohh lagi satu , menghabiskan sisa sisa duit baki ptptpn yang hadooo .
Haa nampak tak? Bagus kan perancangannya ? Hahaha ,
Kalau kerja memang diluar perancangan sbb tak berminat pun nak kerja .
Rasa mcm cuti ni nak bersantai santai di rumah menikmati cuti yang ada sebelum masuk kolej balik utk semester yang kedua .

Haaa apa lagi eayy?
Ohh nampak blog ni macam ada cacat cela kan?
Macam err macam errr hishh entah memang macam ada yang tak kena .
So dalam masa cuti ni , insyaallah blog ni akan direnovate sedikit demi sedkit.
So utk entry kali ni , mukadimah je .
Cukup lah tu eayy .
Lepas lepas ni ada berlambak dan berbagai bagai lagi cerita , 
ehehe ,

Babaaiiii !



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

September 28, 2013

Final Exam !

Assalamualaikum , hai hai haiiiiiii ~
Saja suka suka nak update sementara ada masa dan kesempatan ni kan.
Okayy tajuk utama kita ialah FINAL EXAM .
Yeahhh itulah dia tajuk besar yang sedang menyelubungi diri Fy sekarang.

Biasalah, sedar tak sedar dh nak habis sem dah Fy kat KUIM tu,
Sem kali ni short sem, sbb tu rasa macam awal habis.
Sepatutnya bulan 12 tapi di awalkan ke bulan 10.
Fuhhh kelam kabut lah nak pick up semua tajuk.

Final exam mula 7 oktober dan berakhir 22 oktober.
Fy ada 7 subjek kesemuanya.
Dan sejujur jujurnya, Fy tak ready dan tak tahu bila nak ready !
Goshhh !
Tak lama je lagi kud.
Seminggu je tinggal. Next week study week then start final.
Serius debaran dia lain daripada masa nak ambil UPSR, PMR and SPM dulu.
Debaran dia kali ni lagi besar dari yang sebelumnya.
Banyak faktor-2 yang perlu difikirkan , jadi nak tak nak memang kena buat sehabis baik .
Kalau tidak, hancur musnah lah harapan Fy .

Ni pertama kali. Ini first sem.
First sem ni lah kalau boleh kena dapatkan dekan sebab subjek semua basic2 je.
Tapi, hurmm rasa macam payah sangat.
Buat masa ni Fy cuma nak jaga pointer utk ptptn dulu.
Kalau pointer jatuh, habislah ptptpn kena tarik.
Kalau dh kena tarik, celah mana nak cekau duit bayauu yuran beribu tu.
Haihh payah-2.
Itulah perkara utama yang harus difikirkan. Dekan tak dekan buat masa ni tak nak target.
\Kalau dapat alhamdulillah.

Macam mana lah nak ambil exam kalau diri sendiri rasa tak ready.
Subjek2 nya lagi.
Haihh tak tahu lah nak mula study macam mana.
Insyaallah, akan sedaya upaya diusahakan semampu boleh
Wish me luck kawan2 !
Tak sabar nak habis sem, tak sabar nak lepak lepak kat rumah
Hihihihi

okayy lah. Byebyee :)

p/s: Tadi tengok cerita Lagenda Budak Hostel. Seriously rindu gila asrama , sekolah. Tak tahu nak cakap macam mana tapi asrama dan sekolah dua tahun memang memberi kenangan yang begitu bermakna dalam hidup. Antara kisah baik dengan kisah jahat, of cos jahat lah banyak. Siapa tak tahu kisah Fy kena mengadap HEM , buang asrama. Hehehe, Sangat kelakar bila ingat balik. And it was amazing memories that I ever had. :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

August 31, 2013

Mungkin hanya persinggahan dan mainan perasaan.

As you all know ,
cewahhhh XD
Kononn nak speaking. Hehehe.



Macam yang korang tahu lah kan,
Fy dengan FF dah tak ada  apa apa hubungan lagi.
Fy anggap dia kawan baik.
Tapi sejauh mana hubungan kami tu wallahualam lah kan.
Tunggu dan lihat je lah.

Entry kali ni bukan lagi nak bercerita tentang kenangan, tapi nak bercerita tentang kenyataan.
Kenyataan yang amat sakit utk diterima dan pahit untuk ditelan.
Wahhh bunyi macam berat sangat je kan. Hihihi. Padahal tak pun.
Cuma kenyataan yang Fy anggap macam mainan perasaan.
Fy masih ragu-2, Fy masih keliru. Dan kadangkala Fy rasa yang diri Fy ni macam tak betul pun ada.
Hahaha.
Bukan apaa, setiap kali fikirkan benda ni, Fy masih tak dapat jawapannya.
Persoalannya kan, betul ke apa aku rasa?
Haaa itulah yang selalu bermain di fikiran ni.

Korang, nak tanya.
Lelaki dan perempuan mungkinkah boleh berkawan baik?
Itulah persoalannya.
Mungkin ada, mungkin juga tidak.
Jadi bila korang dah baca persoalan tu, korang faham faham lah keadaan Fy rasa sekarang macam mana.
Ohhh sebelum tu, ini tidak ada kena mengena dengan MFF okayy !
Hihihi

Jadi bagaimana?
Mungkin Fy hanya perlu abaikan perasaan yang bertandang ni,
Mungkin Fy patut anggap perasaan yang hadir ke dalam diri ini ibarat angin lalu yang cuma ingin merawat hati yang sedang luka.
Atau mungkin Fy hanya perlu menganggap perasaan yang hadir ini ibarat pelangi yang ingin mengindahkan hari hari Fy walaupun Fy tahu ia cuma seketika.
Entahlaaa....

Fy tahu ini cuma mainan perasaan.
Ada ketikanya Fy muhasabah diri Fy utk tidak memikirkan perkara-2 yang tidak berfaedah ni.
Tapi bila fikirkan balik, ini memang fitrah manusia.
Kita sebagai manusia kena bijak mengawalnya kan?
Tapi Fy sendiri tak yakin. Betul. Sejujurnya Fy tak yakin, sebab.... hmmm biarlah Fy sendiri je yang tahu.

Payah bila hati dah dikuasai dengan persaan macam ni.
Luaran kenalah menampakkan yang kita tenang macam tak ada apa apa yang berlaku.
Tapi dalam hati? Subhanallah, kalau boleh macam nak cabut je hati ni keluar biar tak ada perasaan.
Tak tahu nak gambarkan macam mana.

Apa yang boleh di harapkan, semoga Allah mempermudahkan segala urusan Fy di sana.
Insyaallah.
Itu sahajalah untuk kali ini.
Nak cerita detail rasa macam tak perlu.
Insyaallah lain kesempatan kita ketemu.





Byebyee !






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Dugaan demi dugaan. :')

Assalamualaikum.



Maaflah. Lama Fy tinggalkan blog ni kan.
Maklumlah. Sejak bergelar mahasiswi di IPT ni memang tak dapat nak online selalu.
Dekat kolej payah nak dapat line internet kalau pakai lappy.
So bila balik rumah je lah Fy dapat online.
Dan sekarang ada masa, dan mood pun masih baik, jadi Fy update lah sepintas lalu kan.

Sebenarnya kehidupan Fy memang dah banyak perubahan.
Bila masuk kolej, nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling tu memang payah.
Mungkin luaran akan terpancar kegembiraan di wajah, mungkin ada yang nampak kegembiraan di kolej tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Ye, Fy tahu, kita memang kena sesuaikan diri dengan keadaan dan Fy masih dalam proses mencuba.
Tiga bulan Fy di kolej belum cukup agaknya untuk Fy betul-betul sesuaikan diri.
Terlalu banyak dugaan.
Mungkin Tuhan hanya mahu menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya tahan dengan ujian yang diberikan olehNya.
Insyaallah.
Mungkin suatu masa nanti Fy dapat juga terima keadaan Fy sekarang ni.

Dan lagi, ohh yaaa.
Ada satu kisah yang agak menarik untuk dikongsikan bersama.
Ermm lepas raya haritu, Fy dan dua orang lagi kawan Fy mohon Politeknik utk kemasukan Disember nanti.
Masa tu memang hati Fy excited sangat dan berharap sangat dapat Politeknik sbb Fy memang dah tak tahan dan nak sangat sangat pergi.
Serius talk, time tu macam dah nekad.
Apa pun jadi, kalau dapat Poli Fy nak jugak pindah !
Hahaha.

So nak dijadikan cerita, Fy dengan dua orang kawan lagi, Wawa and Amy pun bagilah tahu budak-2 kelas yang kitorang nak pindah Poli. Yang rapat-2 dengan kitorang je la terutama yang lelaki.
Lepas je budak-2 tu semua dapat tahu kitorang nak pindah poli, terus dioran mogok, boikot tak nak tegur kitorang.
Memang tak bertegur ahh. Macam musuh dah diorang buat.
Dalam kelas pun dah tak kecoh-2 macam dulu.
Masa tu rasa macam tersepit, serbasalah semua ada.
Terfikir jugak, salah ke keputusan kami.
Diorang ni memang betul-2 menentang habis habisan.
Yang si Syafiq jangan cakap lah. Siap ugut bagai. Seminggu tak tegur Fy.
Masa tu memang betul2 tersepit.

Jadi selepas dapat tahu keputusannya dan fikir semasak masaknya.
Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak pergi meninggalkan kawan-2.
Haaa masa tu nampaklah diorang macam okay sikit.
Cuma Syafiq... ermmm nanti lah Fy cerita di entry yang lain.

Itulah keputusan yang kitorang buat dan haraplah apa yang kitorang pilih ni tak membuatkan kitorang menyesal di kemudian hari.
Bukan apa, kita nak belajar ni memang kena berpandukan minat jugak.
Kalau tak minat, macam mana pun kita paksa, tetap takkan berhasil apa yg kita paksakan tu.
Tapi untuk Fy, ermm Insyaallah lah. Nak tak nak kena jugak terima dan paksakan diri.
Cubalah sedaya upaya dan usahalah untuk habiskan pengajian di kolej tu.
Mungkin ada hikmahnya kan.

Ohh ohh lupaa.
Masa budak-2 lelaki kelas mogok tak nak bertegur dengan kitorang tu terdetik juga di hati ni,
sayang jugak mereka kat kitorang kan?
Hahahaha !

So itu je lah kud.
Insyaallah sampai sem 6 kita bersama yer kawan-2 !
Jangan bosan tengok muka masing-2 sudah.
Hihihihi.






Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

August 12, 2013

Kembali meneruskan perjuangan !

Sebenarnya kannn, err errr terasa kekok nak update sbb dah lama sangat tak cerita panjang lebauu kann.
Hahaha ... (nampak tak dah jadi orang melakaa...)

Nak cerita pasal raya pun macam tak ada apa yg menarik sbb biasa-2 je.
Tak sama macam tahun2 lepas.
Cuti kejap je, mood raya langsung tak hadooo.
Rasa kosong dan tak meriah.
Mungkin juga disebabkan faktor usia.
Hahaha
Yelah dulu masa kanak-2 memang lah excited nak raya kan.
Tapi bila dah 18, dah besau lah katakan, so raya ke tak raya macam sama je.

Okayy bla blaa blaa pasal rayaa.
And andd ermm ermm apa nak taip nihh?!?!
Adusss ketandusan idea mehh.
Hmmm, 
okaylahh konklusinyaa esok dah kena balik Melaka !
Sangat sangat sangattt malasss.
Grrrrr --'
Tapi apakan daya , perjuangan menuntut ilmu harus diteruskan.

Okayy itu sahaja.
Babaiiii :*

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

August 2, 2013

Photoshoot :D

Hollaaa hollaaaaa !
Woii woiii !
Hahaha, oPSSssss !
ASSALAMUALAIKUM semuanyaaaa :)

Tajuk di atas ni ala ala macam Fy ni dah jadi model gituu kann.
hahaha, Tunggu cerita selanjutnya okayy, kita masuk kepada mukadimah dahulu.
Ehem ehemm :D

Nak bagitau ni, nak bagitau ni, cuti raya dah bermulaaa !
Yeayyyy ! Sekarang kat rumah ! Wuhuuu home sweet homee :)
Tapi tapi tapi, ermmm, mood raya macam tak rasa sangat lah tahun ni.
Entah kenapa. Lepastu lepastu, cuti raya pun seminggu je.
Rasa macam kelam kabut sangat.
Hmm, okayy lupakan dulu pasal cuti raya apa semua tu.
Now nak story mory sikit.

Semalam kan, sebelum masing-2 berangkat pulang ke kampung halaman dan kediaman tercinta untuk pulang beraya bersama keluarga, ahaaaaa Fy dengan beberapa orang rakan-2 classmates yang terdekat dan paling rapat dengan Fy planning berbuka puasa kat luar.
Well actually niat di hati kalau boleh memang nak ajak satu kelas, tapi apakan daya, memang tak dapat.
Lagipun sejujur jujurnya Fy rasa memang payah kalau nak ajak satu kelas.
Plan pun last-2 minit. Kalau ajak satu kelas banyak benda yang perlu di ambil kira.
Paling utama ialah transport.
Kitorang yang keluar semalam pun ada masalah transport. Nasib baik dapat jugaklah kereta sewa sebijik.
Kalau tak memang tak dapat lah.

Kereta tu dah bagitau Ayul awal-2 sewa dua kereta, satu lelaki satu perempuan.
Tapi nak buat macam mana, dapat satu je kan.
Lelaki terpaksa lah cari motor.
Nasib baik lah ada dua tiga orang yang memang dah bawa motor sendiri.
So tak lah rumit sangat keadaannya.
Cuma ada lah sikit-2 kelam kabut tu, apa orang kata, perkara biasalah kan.
Mana ada planning yang betul-2 sempurna. Mesti ada juga cacat cela dimana mana.

Tapi alhamdulillah laa, berjaya jugak rancangan kitorang ni.
Mula-2 hati rasa tak sedap dah, rasa macam tak jadi je.
Tapi akhirnya berjaya jugaa.
Jadi ini adalah serba sedikit photoshoot dari Fy bersama rakan-2.
Hahaha.
Sangat seronok dengan mereka semalam.

Tittle : Photoshoot Pra-Hari Raya
Location : Pantai Pengkalan Balak, Melaka
Model : Studenst Diploma Human Resources 


With Suaida, pilot pada hari kejadian. Hihihi


Rakan-2 gadis yang lain. :)











Kita kenal baru dua bulan, moga ukhuwah yang baru terbina ini akan kekal selamanyaa.
Insyaallah :')


And lastly ~











THE END.

p/s: Saya dah penat sedih, saya dah penat kecewa, saya dah serik untuk terluka, itu semua kerana saya setia. Dan bila saya sedang sendiri, saya cuma ingin kebahagiaan yang seperti ini semula. :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

July 24, 2013

Choral Speaking Competition.

Holla guysss !
Yuhuuuu !
Assalamualaikum....
Wahh sempat lagi online nak update blog ni. Hahaha.
Ini pun sebab kak fyqah bagi pinjam broadband dia.
So dah alang alang dia bagi pinjam memang Fy nak update blog lah kan.
Hiw hiw ~

Lagipun minggu ni tak balik. Minggu depan baru boleh balik.
Mama tak bagi balik sbb next week last kat kolej then dah cuti raya.
So better balik next week je kan.
Malas nak susahkan ayah pergi and balik tiap tiap minggu.

Ohh okayy, ehemm now nak cerita pasal Choral Speaking Competition.
Hoyeahh so far ini lah aktiviti yg Fy rasa macam sangat menguji kesabaran dan memerlukan pengorbanan.
Actually choral speaking ni sebahagian daripada assignment kitorang.
So nak tak nak kena jugak take part kalau nak markah.
Alhamdulillah lah classmate kebanyakannya memang bagi kerja sama yg baik utk take part.
Cuma apa yg menguji kesabaran bila nak praktis and nak train diorang.
Kalau yg itu tak apa lagi, tapi kalau nak kumpulkan diorang, nakkan kerjasama dari diorang utk berkumpul and nak praktis punya lah payah.
Fuhhh memang payahh dan sangat meguji kesabaran.

Yelah yg nak trainnya Fy, tapi bila suruh datang pukul 9 pukul 10 baru muncul, mana lah tak hangin kannn.
Hmm tapi tak apa lah.
Benda dah lepas. Apa apa pun semua dah stlle and semua dah buat sehabis baik.
Biasalah tu semua dugaan kan.

Jadi masa hari pertandingannya alhamdulillah semua okay dan Fy pun rasa macam puas hati lah.
Even tak dapat masuk final tetap okay lah.
Asalkan dapat siapkan tugasan and dapat markah.
Lain lah kalau tak take part langsung kan.
Dan buat pertama kalinya Fy diangkat sebagai conductor,
First time in my life tuuu.
Hahahaha.

Pada mulanya sekadar cuba cuba.
Tapi tak sangka Fy boleh jugak lakukannya.
Satu pengalaman baru yg sangat menarik !
Wuhuuu.
Harap - harap ada lagi lah lepas ni aktiviti-2 yg boleh kami sertai.
Wahhh.
Hihihi.

So ni ada lah sikit gambar masa hari kejadian.





Classmate.
Diploma Pengajian Islam dan Pembangunan Sumber Manusia.
Done !
Byeee :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

July 20, 2013

Ksibukan mula terasa.

Assalamualaikum....

Ahlan wasahlann...
Whoaa. Hahahaha.
Hmm akhirnya berkesempatan nak online. Itupun disebabkan belas ihsan simpati kak fyqah yg meminjamkan broadband.
Ermm ermmm actually lately ni memang busyy gilaaa.
Huhh bukan busy sebab apa, tapi busy sebab task english yg menyuruh kami membuat persembahan choral speaking.
Haaa bukan sekadar pertandingan tapi dapat markah jugak utk exam.
Kira macam sebahagian daripada assignment lah jugak.

So minggu ni tiap tiap malam ada je latihan.
Hmm nak buat macam manakan.
Macam ni lah kehidupan di IPT.
Haaa tak tahu lah nak cerita panjang2 dah.
Sebab kesuntukan masa.
Lepas ni pun ada latihan lagi.
Kalau nak cerita pasal tidur memang tak cukup lah cerita.

So mari kita tengok gambar yg sempat di rakamkan je lah ,







Okayy done.
Byeee :D

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

July 12, 2013

Sahabat, rindunya kalian. :'(

Ya Allah !
Sesungguhnya hati ini sangat sangat merindui dua orang sahabat yg jauh di mata, 
Namun sentiasa berada di dalam hati dan ingatan.
Entah kenapa Omeyy, Dyllaa, aku rindu sangat kat korang.
Bila aku kat kolej kadang2 aku selalu bandingkan kawan2 aku dengan korang walaupun aku tahu aku tak patut buat macam tu.
Korang tahu, takkan ada yg sama macam dua sahabat kesayangan aku ni.

Omeyy !!!!! Dyllaaaaa !!!!
Tak tahu nak luahkan macam mana dah, aku memang rindu rindukan korangg.
Aku rindu gilaa nak sakat2 Omeyy, aku rindu gila nak merepek dengan kau Dyllaa.
Aku rindu sangatttt.
Dah sebulan lebih aku kat KUIM, tapi aku tak jumpa sahabat yg macam korang.

Aku pernah mimpi masa Omeyy menari kat dewan makan, Omey menari yg dia sebut "anje anjee " sambil gerakkan tangan tuuu. Comel sangatttt.
Nadhilaa, aku pernah mimpi kita jumpa lepas tu kita peluk lepas tu kita nangis.
Kalau lah betul dapat jumpa kau, memang aku yakin apa yg aku mimpi itulah yg jadi.

Omeyyy, kat sini aku tak boleh nak manja2.
Tak ada siapa yg macam kau Omeyy.
Kau kan selalu layan cerita aku.
Habis kat sini aku nak cerita dengan siapaaa?
Aku nak manja2 dengan siapaa?
Hmmmm.

Dyllaaa, kat sini aku tak ada geng.
Aku tak ada geng nak merepek, mengutuk, mengumpat segala bagai dengan kau.
Aku ada kawan, tapi kawan2 aku takkan sama macam kau dan Omeyy.
Sahabat dunia akhirat. :'(

Aku nak korang tahuu, setiap detik aku tak pernah lupakan korang.
Korang sahabat terbaik aku.
Semua kenangan kita akan aku ingat sampai bila-2.
Hanya itu yg mampu aku ingat bila aku rindukan korangg.
Nak sangat jumpa korang.
Nak sangat peluk koranggg.
Aku sayang korang sangat sangattt :'(




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

July 10, 2013

Minggu Ta'aruf Fakulti.

Assalamualaikum.
Yeayyy yeayy yeayyy ! I'm backk ! Hohooo.
Hari ni dah hari kedua puasa.
So how's you guys?
Feeling good?
Hahaha, hope you feel that okayy :)

Okay kali ni Fy nak cerita pula pasal aktiviti di kolej yang berlangsung minggu lepas.
Ermm minggu lepas dari 5-7 Julai 2013 telah di adakan Minggu Ta'aruf Fakulti.
Aktiviti ni macam pengenalan kepada kami pelajar-2 baru sem 1 utk berkenalan dengan exco-2 Fakulti Akademi Pengajian Islam (API) iaitu fakulti di mana Fy belajar.
Actually API ni memang paling ramai students sbb kosnya paling banyak di fakulti ni.
Bayangkanlah, pelajar sem 1 je dah 700 orang. Kalau termasuk sem sem lain, adalah lebih kurang 3000 orang kud?

Ahaaaa mula-2 ingat agak membosankan lah aktiviti ni, lagi-2 sebab API kan.
Bila orang sebut API, automatik orang akan ingat fakulti ni mesti akan buat aktiviti2 yg berunsur keagamaan je.
Well, memang betul pun. Fy pun fikir macam tu.
Tapi, nasib baiklah semua aktivitinya tak membosankan sangat. 
Kira boleh diterima lagi lah. Ada jugak benefit yg kitorang boleh dapat.

Kalau nak cerita detail pasal semua aktiviti dan peristiwa peristiwa yg telah berlaku memang tak lah kan.
Mahunyaaa dua page jadi nanti.
Jadi Fy simpulkan, kenangan terindah Fy bila Fy dan ahli-2 kumpulan yg lain buat persembahan.
Dan pada malam persembahan tu pula Fy jadi leader bersama ketua kumpulan.
Korang pun tahu, kalau leader kan, mesti kena keluar pentas dulu.
Masa dipilih tu memang dh rasa gemuruh semacam. Lagi-2 aktiviti kitorang semua buat kat auditorium.
Bayangkan lah, punya besar audi tu sampai tak cukup space.

Tapi nak dijadikan cerita, bila dah keluar je, dapat tepukan gemuruh, fulamakkkk !
Rasa takut, gemuruh, berdebar semua hilang.
Yang ada hanya tahap confident yg tiba-2 naik mendadak.
Bak kata faci kami, buat pentas tu macam kami yg punyaaa. Hohohooo.
Memang enjoy habis lah time tu.
Cuma yg ruginya tak sempat nak bergambar.
Ada gambar tapi dalam camera faci kitorang.
Hmm tidak mengapalah.
Yang pasti Fy memang akan merindui Minggu Ta'aruf Fakulti ni.

Dan ini adalah serba sedikit gambar yg sempat di ambil.
Tapi kebanyakannya masa hari penutup.
Errr boleh la kan daripada tak ada.
Huhuuuu.


Day 1 with AIN. Housemate, roommate, classmate.


Kuliah di Masjid.


With Salwa, classmate.


Aktiviti in grouping with faci, Abang Nas.


Ahli kumpulan.





Sweet tau dapat sambut birthday beramai ramai. Bertuah mastura :) 
Birthday girl pada hari tersebut.


Malam kesenian Islam. 


Nampak tak pocong di tengah tengah tuuu?

Hari penutup. Tema hijau.






Kaum Adam bersolat Dhuha di padang stadium kuim.


Fakulti Hospitality fakulti terbaik.




Okaayyy DONE !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi