♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: (^_^)

December 19, 2012

(^_^)

Bila kita di dalam kesedihan,
Bila kita di dalam kekecewaan,
Bila kita kehilangan,
Kita seperti hilang arah, 
Sukar untuk menerima hakikat yang telah tertulis untuk kita.
Kita menyalahkan takdir,
Kita menyalahkan Dia yang telah memberikan ujian ini kepada kita.

Kita lupa, kita alpa,
Bahawa Dia yang punya kuasa atas segala-galanya,
Apa yang terjadi, merupakan ketentuan-Nya,
Siapa kita untuk menolak apa yang telah tertulis untuk kita?

Seharusnya kita cuba bangkit dari kekecewaan tersebut,
Kita cuba bangun dari kesedihan tersebut,
Terima apa yang tertulis untuk kita dengan redha,
Terima apa yang ditakdirkan untuk kita dengan ikhlas,
Sesungguhnya, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Disebalik kekecewaan dan kesedihan yang dirasai,
Kita perlu teruskan kehidupan kita,
Kita perlu ingat,
Ini bukan pengakhiran hidup kita,
Hidup perlu diteruskan,
Dan kita, sebagai hamba-Nya,
Perlu mencari berusaha untuk mengubah takdir tersebut...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi