Setiap orang ada kawan baik kan?
Kawan baik adalah kawan yang sentiasa ada ketika kita ada masalah, berkongsi kegembiraan dengan kita, berkongsi kesukaan dengan kita, berkongsi minat yang sama, and macam-2 lagi lah.
Of course semua ada kawan baik kan?
Tapi, kalau kawan baik kita meninggalkan kita tak kiralah dalam apa keadaan pun,
Kehilangan pasti kita akan rasakan, terutama sekali disaat-2 kita memang perlukan dia.
Masa tu boyfriend, mak ayah, adik kakak, abang semua dah tak peduli,
Yang kita mahu masa tu hanyalah kawan kita kan?
Fy rindu dengan kawan yang pernah menjadi kawan baik Fy,
NUR AFIQAH RAMIZAH BT RAMLI.
Kawan dengan dia dari kecik kud.
Since kitorang duduk kat TUDM lagi.
Masa tu selalu sangat lepak rumah dia main macam-2.
Pastu pergi sekolah agama pun sama-2 kayuh basikal.
HAHA :D
Bila darjah 4 dia kene ikut ayah dia pindah,
Start daripada tu lah kitorang terpisah and dah lost contact,
Tapi dunia makin canggih kan,
Facebooklah yang menjadi punca Fy jumpa dia.
Tak sangka, you look more matured friend !
Tapi muka baby face tu tetap ada. Huhu.
Oh yaa. Mak dia dulu pun cikgu yg ajar Fy masa sekolah.
Ajar Kajian Tempatan.
Banyak memory kanak-2 dengan budak neh.
Memang takkan pernah boleh lupa. :)
WAN HUJJATUL-HUDA BT WAN OMAR ZAHDI
Dia pun di antara kawan yang pernah menjadi kawan baik Fy.
Dia masuk SKJB since darjah 3 kalau tak silap.
Mak dia dulu pun cikgu jugak. Cikgu Mathematics.
Fy tak boleh lupa mak dia sbb mak dia sangat garang bila mengajar sampai Fy pernah nangis kena marah sbb tak dpt jawab soalan. Hehehe. ;)
Boleh dikatakan Fy, Fiqah and Huda dulu memang kawan baik.
Tapi aku dengan Huda neh boleh dikatakan lama lah sampai Form 1 kitorang satu sekolah.
Form tu bila aku pindah-2, kadang2 contact jugak.
Tapi entah macam mana boleh lost contact.
Hmm, tak tahu nak kata macam mana.
SITI AMAL NOORAINA BT ABDUL MANAF
(ignorekan lelaki disebelah.. tu adik dia...)
Kenal dia since darjah 6.
Fy dengan kawan-2 biasa panggil dia Amal.
Masa tu dia baru pindah ke TUDM dan masuk kelas Fy.
Entah macam mana takdir menjadikan kami kawan baik.
Sebelum dia masuk, Fy lebih rapat dengan Huda,
Tapi sejak dia masuk, Fy lebih rapat dengan dia.
Kira kitorang bertiga memang rapat lah.
Sama-2 pengawas.
Kat kem selalu keluar sama-2 lepak dekat swimming pool or kat rumah Huda.
Fy kawan dengan dia pun sampai Form 1 jugak sbb masa tu dia kena pindah Moscow.
Lama sangat dah tak jumpa dia. Masa tu katanya 3 tahun je kat sana,
Tapi sampai sekarang Fy sendiri tak tahu dia dah balik ke Msia terus or tak.
Actually ada lagi sorang,
NUR SYAFIKA BT ZAINUDDIN.
Yang neh memang betul-2 kawan baik.
Fy takkan pernah lupa dia.
Lama sangat dah kami lost contact. Fy sendiri tak tahu dia sekarang macam mana.
Fy sedar, dulu masa kami berkawan, banyak sangat kepincangan dalam persahabatan kami neh.
Terlalu banyak yang membezakan kami.
Kalau nak diikutkan, Fy tak layak kawan dengan diorang yang jauh lebih berada,
Fy beruntung dapat diorang yang tak memilih kawan.
Hmm, lagi-2 IKA. Susah nak dapat kawan macam dia.
Dia terlalu baik dan merendah diri.
Fy teringin nak cari dia balik tapi Fy tak tahu nak mula macam mana.
FB dia tak ada.
Hmm Fy tahu Huda, Amal and Ika pernah jumpa antara diorang.
Tapi takpelah,
Insyaallah, one day Fy mesti dapat jumpa diorang.
Kalau boleh Fy tak nak ungkit semua yang pernah jadi antara kami.
Fy sedar, faktor masa yang akan tentukan semuanya,
Semua dah ada life masing-2,
Kalau jumpa balik pun mesti dah tak macam dulu,
Tapi takpe, yang penting Fy dapat jumpa diorang.
Masa tu Fy harap, semua dah lupakan masa lalu dan takkan adalagi sengketa.
Hmm, harap-2 macam tu lahh.
。 ◕‿◕。
semoga satu hari nanti sis Fy akan jumpak balik kawan kawan akak yang dah terpisah dulu . boleh buat reunion balik time tuh . hehe
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDelete