♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Cuba untuk menjadi sahabat terbaik :)

December 21, 2012

Cuba untuk menjadi sahabat terbaik :)


Assalamualaikum…

Sihat semua? Hmm, Fy rasa macam nak kongsi kan sesuatulah dengan korang. Bolehkan?
Sekarang neh kan, Fy rasa Fy dah belajar macam-2 perkara. Sejak habis SPM neh, Fy rasa Fy cuba untuk mematang kan diri Fy dan terima apa yang terjadi dalam hidup Fy dengan redha.

Sejak dua menjak neh, kawan-2 Fy yang ada masalah selalu datang and cerita kat Fy. Okay memang kebanyakannya masalah cinta pun. Semua sebab frust. Yeahh. Fy faham apa yang diorang rasa. So Fy rasa tak salah sebagai kawan Fy cuba untuk membantu. 

Memang Fy tak kan dapat nak tolong diorang settle kan masalah diorang, but at least, Fy try utk bagi nasihat dan sokongan kat diorang walaupun Fy sedar diri Fy sendiri pun masih belum mampu untuk menerima semua neh.

Lepas Fy dengar semua masalah-2 diorang, Fy terfikir, mungkin dah sampai masanya untuk kami semua ubah apa yang berlaku neh. Fy tahu, dalam hati memang sayang sangat-2. Susah nak buang semua tu, tapiFy rasa, this is the time. Maybe zaman untuk bercinta cinta tanpa arah tuju dah tamat kud? Memang diakui, dalam hati masing-2 nak kan hubungan yang kekal kalau boleh selamanya. Tapi kita siapa untuk menolak takdirkan?

Apa pun kita buat, kalauTuhan dah kata dia bukan jodoh kita, dia tetap takkan jadi milik kita. Bukan semua orang dapat situation macam neh. Ada je yg couple since sekolah akhirnya sampai jugak ke jinjang pelamin.Tapi yang tak ada tu, nampak nya kenalah terima, dia bukan jodoh kita.

Sampai bila kita yang perempuan neh nak terus bersedih, kecewa dengan lelaki kan? Diorang boleh buat apa diorang suka kat kita,  tak fikir pun hati kita macam mana. Tapi sampai bila? Fy tahu, perempuan neh hati dia lembut. Selagi ada perasaan sayang dalam hati dia, sekuat mana pun dia cuba bertahan dengan pujuk rayu lelaki, lama-2 dia akan cair jugak. Caranya satu je, kena kuat kan hati.
Fy simpati kat kawan-2 Fy yang ada masalah macam neh.Fy faham sangat apa diorang rasa. Malah Fy rasa, masalah Fy lagi teruk dari diorang. 

Tapi setiap hari, Fy cuba untuk fikir kan yang terbaik. Fy pun dah penat dengan semua neh. Sampai bila kita nak mengharap untuk sesuatukan? Bila kita dah sayang, dia buat hal. Bila kita buat hal dia marah. Habis tu macam mana? Salah siapa?

Actually masing-2 kenalah ada give and take. Lelaki neh yg Fy perasan, macam-2 dia nak kita ubah ikut apa yang dia nak, kita pun try nak berubah, tapi dia? Apa kita cakap semuat ak kena? So adil ke macamtu? Zaman sekarang neh susah nak dapat kan lelaki yang betul-2 ikhlas menyayangi dan menerima seorang perempuan tu sedanya. Maybe one in a million.

Fy sendiri mengaku, Fy tak mampu lagi untuk lupakan orang yang pernah susah senang dengan Fy. Tapi fy percaya, kalau dia memang jodoh Fy, kat mana pun Fy lari akan jumpa jugak. Kalau tak, maknanya Allah dah sediakan lelaki yang lebih baik untuk kita. Insyaallah.

Kalau ikut kan tak payah menyesal dengan semua yg jadi neh kan. Cuma nak buat macam mana. Perasaan tu tetap ada. Sepatut nya kena fikir untuk masa depan. Kalau umur masih panjang, nanti mesti akan jumpa someone yg betul-2 menghargai kita dan terima kita dengan ikhlas kan. Fy pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. 

Apa yang Fy mampu tolong kawan-2 Fy, Fy Cuma boleh nasihat. Fy tahu Fy tak lah sebagus mana, tapi Fy harap, itu boleh membantu untuk hilangkan kesedihan diorang.


Inilah orang kata, hilang kekasih boleh di cari ganti. Hilang sahabat? Tak mungkin ada pengganti.



p/s: amoyy, aku faham perasaan kau. sabar ye kawann. hehehe :)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi