♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Cita-2 dan masa hadapan.

December 28, 2012

Cita-2 dan masa hadapan.

*Ketuk ketuk keyboard sambil memikirkan macam mana nak mulakan ayat….*

Hmmmm…..

Macammanaeayyy? 

hMMMmmMM……

Macamneh je lahhh….

*Dengan headphone ditelinga, kita mulakann cerita sekarangg !OnyomatgesetGoooo !!! *

Wahhhh ~ HAHA :D
Entah pape je lah yg Fy merepek neh kann. Hihihi. Bukan apaaa, saje je nak membuang-buang masa dulu sebelum kita ke cerita yang sebetulnyaaa.
Hmm, actually kan, Fy nak kongsi kan dengan korang sesuatu neh, nak mintak pendapat pun ye jugakkk.
Macam ni, semalam kan, Fy dapat tawaran dari MSU. Fy rasa maybe ada jugak kud kawan-2 Fy yang dapat? Tak tahulah kann, tak Tanya pulakk. Semalam kan Fy kelua rdengan kawan. Bila malam badan dah  , pukul 10.30 habis cerita Adam dan Hawa Fy teruss booommm ! Masuk bilik tidur. Sampai mama pun pelik jugak lah awat awai sangat anak dia neh masuk tidoq. HAHA :D  

*standardlahtu maaaa….*

So, sedang enak Fy nak bermimpi, tiba-2 mama bukak lampu, then terus Tanya macam ini,

“Dila, hang mohon ka MSU neh?”

Fy yang dalam keadaan separuh sedar tak berapa nak faham, Fy tanyalah,

“MSU apa pulakk??” 

“Neh haa ada surat tawaran masuk MSU, daftar 7 Januari nanti…”

“Ohhh, sekolah la kud yang hantaq sbb MSU tu pernah jugak dtg sekolah duluu…”

“Dah tu hang nak masuk ka?”

“Tak kisahh, masuk pun best jugak…”

Dan mama pun keluar lah dari bilik sbb dia tengok Fy pun macam tak boleh nak bukak mata dah kann. Haha, tapi cerita neh bersambung pulak keesokan harinya. Bangun-2 tidur, Fy Nampak surat tu atas meja, Fy Tanya mama,

“Maaa, ayah bagi masuk tak neh?”

“Tak tau lahh, hang nak masuk sangat kaa?”

“Tak tau lahh, dila tak kisahh…”

“hMMm .. Tak payah la kalau lagu tuu, lessen pun tak habih lagi ambik…”

“Haa okay..”

“Hang neh minta course apa sebenaq nya? Semua tak kisah…”

“Apa apa pun tak kisah. Belajaq ja yang mana okay…”

Dan jawapan itu membuatkan mama terdiam. Fy pun terdiam. Sebenarnya, bukan Fy tak ada minat. Fy ada, Cuma Fy rasa apa yang Fy minat mesti mama tak setuju. Mama kalau boleh nak Fy sambung sesuatu yang ada masa depan. Means kalau dah habis study nanti peluang pekerjaan tu dah ada. So Fy pun tak memilih sangat. Kalau nak ikut pilihan mama dengan ayah pun Fy tak kisah. Bagi Fy, apa yang Fy minat tu boleh sambung kemudian.

Hmm, nak tahu takFy minat apa? Hihihi,
Sebenarnya kan, Fy lebih minat kepada penulisan and motivator. Percaya atau tak, kalau boleh Fy nak jadi seorang motivator atau pun paling senang jadi kaunselor pun boleh. HAHAHA :D
Mesti korang fiki rkelakarkan? Fy rasa Fy tak pernah lagi share dengan sesiapa. Maybe kawan-2 Fy memang dah ada yang tahu yang Fy memang minat penulisan. Tengok cara Fy score karangan kat sekolah pun dah boleh teka Fy memang minat bidang tukann. Cuma yang motivator tu maybe tak de sesiapa tahu lagi kud. Even parents Fy pun tak tahuu. Segan lah nak bagitauu. Takut diorang gelakkan Fy.

Iyelahh, Fy neh nak kata layak, macam tak layak je.Tap ientahlaa, Fy rasa Fy memang minat bidang-2 yang seangkatan dengan motivator neh. Fy nak jadi seseorang yang boleh motivated orang lain. Fytahu kadang-2 Fy sendiri pun tak berapa nak betulkan, that’s why lah kala uboleh one day, Fy nak cuba teruskan minat Fy neh.

Bukan Fy nak bangga ke apa. Fy ingat lagi, dulu cikgu-2 pernah cakap, cari kelebihan yang ada dalam diri kita, then kembangkan kelebihan yang kita ada tu. So setelah dicari cari, setelah digali gali dalam dalam, Fy rasa inilah kelebihan Fy kud? Dulu masa masuk BRIOVS, Fy ambil bidang Binaan Bangunan sbb Fy teringin nak jadi seorang arkitek. Tapi bila Fy dah belajar separuh daripada basic-2nya, Fysedar yang Fy tak boleh nak catch up bidang neh. Bidang neh tak kena dengan diri Fy. So Fy rasa, impian Fy untuk menjadi seorang arkitek terpaksa dilupakan utk seketika.

Dan akhirnya, setelah lama Fy menyelami diri Fy sendiri, Fy rasa Fy ada banyak kelebihan dalam bidang neh. Terutama dari segi percakapan. Okayy, itu memang hakikat, Fy memang pandai bercakap. Then Fy sedar lagi kelebihan yang Fy ada neh, bila kat asrama dulu. Setiap kali kawan-2 Fy ada masalah, Fy try untuk jadi penasiha tterbaik. Mungkin itu kud kelebihan Fy yang Fy sendiri tak sedar dulukann? Cuma satu je, bila Fy ada masalah, Fy lah manusia yang paling bermasalah dan tak boleh nak berfikir untuk selesaikan masalah sendiri. Hahaha :D

Hmm, insyaallah, one day Fy akan dapat jugak teruskan minat Fy neh. Cuma sekarang, kalau nak sambung study Fy rasa Fy akan ikut apa yang parents Fy cadangkanlah. Mungkin itu yang terbaikkan? Lepas dari tu pun Fy still boleh je teruskan apa yang Fy minat. Tak salah pun sesekali kita ikut kan kemahuan orang tua kitakan? 

Korang pun doa-2 kan, semoga Fy boleh menjadi pakar motivasi yang Berjaya suatu hari nanti.
Wahhhhh !sempat lagikannn ~ Hahaha.
Insyaallah kan. Dimana ada kemahuan, disitu ada highwayyy ! Eh ehsilap, disitu ada jalan. Hehe,
Byeee :D


Kalau boleh nak jadi macam Dr. Fazley :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi