Tiba-2 mendapat ilham untuk tulis tajuk neh sambil dengar lagu OST Cinta itu Milikku.
Hak hak hak :)
Dua
perkataan yang berbeza, maksud yang berbeza tapi tak mustahil bila digabungkan
boleh jadi satu peristiwa. Faham tak macam mana? The truth is, tanpa
persahabatan takkan ada percintaan. Disebabkan persahabatan, maka lahirlah perasaan
cinta tu. Tapi depends jugak la, ada yang akan mengalami situation macam nieh,
tapi ada jugak yang memang tak berkawan, kenal-2 terus bercinta, and ada jugak
yang tak pernah kenal, tak pernah kawan, tup tup, terus kahwin. Tapi biasanya
situation neh jadi kalau parents yang tetapkan jodohla kan.
Tapi,
kalau untuk Fy, tanpa persahabatan, memang takkan lahirlah cinta. Okayy, kat
sini Fy bukan nak menghuraikan apa itu cinta and apa itu persahabatan, tapi Fy nak share pendapat Fy dengan korang. For me lah kan, bila kita berkawan,
kita akan berkawan dengan semua orang tak kira lelaki atau perempuan. Tak payah
bagi contoh jauh-2 , Fy bagi contoh diri Fy sendiri lah kan. Sejak dulu, dari
sekolah rendah, sampai lah dah habis sekolah sekarang neh, boleh dikatakan,Fy
memang seorang yang ‘mesra alam’ dengan lelaki. Ini bermaksud, Fy memang mudah
dan senang bergaul dengan lelaki.
But OpPpppsss!!! Tak lebih-2 okay. Faham kan
istilah ‘kawan’ tu. So, disebabkan Fy ramai kawan lelaki, Fy pernah and
boleh dikatakan banyak kali jugak lah terjebak dengan cinta sesame member
sendiri nieh. Alahh, bukannya cinta sangat pun, zaman sekolah kan, budak-2
lagi. Kalau setakat cakap loveyou-2, sayang-2 masa tu, tak membawa maksud yang
mendalam pun. Mungkin ada sayang, tak
dinafikan tapi percayalah, sayang tu hanya bersifat sementara sahaja. Once Fy
dengan orang lain pulak, hilang dah sayang tu. HAHAHA :D
(gatal betul aku kan.. hehehe...)
So,
kisahnya, bila dah rapat sangat dengan lelaki, pernah lah beberapa kali Fy
‘couple’ dengan kawan Fy sendiri.
Pelik tak? Tak pelik pun kan. Tapi Fy tak
take serius sangat lah. Masa tu memang zaman kanak-2 belum matang lagi.
So
perasaan nak mencuba tu memang membuak buak dalam diri, sebab tu boleh jadi
macam tu. Tapi untuk zaman sekarang, remaja yang dah habis sekolah tu kira dah
matang lah kud, hehehe,, kita boleh
fikir secara logic dah kan?
Kalau kita ada kawan baik lelaki, apa-2 masalah
kita share dengan dia, segala benda kita cerita dengan dia, dia yang selalu ada
saat kita sedih, gembira, sbb apa?
Sebab kita tahu dia kawan baik kita kan.
So,
tak mustahil dalam hati antara kita dengan kawan kita tu, akan ada satu
perasaan lain. Maybe jarang berlaku pada lelaki, tapi selalu berlaku pada
perempuan.
Yesss! Kenyataannya memang begitu. Fy dah buat kajian. Hahaha.
Tapi
kalau tak terjadi antara kedua duanya, itu lebih baik.
Maknanya, korang memang
kawan susah dan senang bersama.
Kepada
korang-2 yang ada bff dengan lelaki, be aware okay.
Especially untuk perempuan.
Hati kita nieh lembut, mudah sangat cair.
Kalau kita dapat perhatian lebih
sikit, mesti hati kita akan rasa sesuatu.
Tak percaya try lah. Hehehe.
Kalau
boleh, dalam persahabatan antara lelaki dengan perempuan tu, better jangan ada
la kan perasaan-2 semua tuh sbb tu semua akan merosakkan friendship kita.
Tapi
kalau korang ada jugak perasaan-2 semua tu, lepastu korang yakin
korang memang ada perasaan yang sama, and korang decide korang nak kahwin,
Alhamdulillah.
Mungkin korang akan lebih bahagia sbb korang dah memang saling
mengenali, saling memahami dan yang paling penting saling memerlukan.
But
seriously, kalau Fy mengalami situation macam tu, memang Fy bersyukur
sangat-2 sbb Fy dapat seseorang yang memahami Fy and terima baik buruk
perangai Fy.
For short, terima Fy seadanya. Insyaallah, akan menjamin
kebahagiaan.
So,
itu jelah yang dapat Fy nak share kan dengan korang untuk kali nieh. Honestly, Fy minta maaf kalau ada ayat-2 yang tak kena dengan maksud ke, berterabur ke,
semuanya spontan dan tanpa disengajakan. Harap korang faham lah yer. Ini hanyalah
pendapat daripada seorang remaja yang baru habis SPM. Memang macam ini. Hihihi.
Assalamualaikum….
p/s: Bermula dengan persahabatan, percintaan dan seterusnya tetap menjadi sahabat... :)
0 Pengkritik:
Post a Comment