♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: January 2013

January 26, 2013

Pandangan melalui pengalaman :)

Bertemankan lagu Kaka ft Zizan, Bawaku Pergi ,
Ingin Fy kongsikan serba sedikit pandangan dengan adik-2 junior Fy.
Memang diorang tak mintak,
Tapi Fy rasa bermurah hati nak memberikan pandangan melalui pengalaman pahit manis yang Fy dah lalui.

Fy bukan nak kata Fy hebat or Fy memang layak nak menasihati,
Tapi hati Fy berkata yang Fy perlu kongsikan serba sedikit apa yang Fy rasa dengan diorang semua.
Kat twitter, macam-2 komplen Fy baca, dahsyat-2, nampak macam benci sungguh korang dengan junior korang tu kan.
Rasa macam memang teruk sangat perangai diorang tu yer?
So melalui pengalaman yg Fy ada dan rasa, Fy nak share lah sikit-2.

Okay, korang kompeln itu ini, kata junior kereklah apa lah kan, sebab apa?
Maybe sbb diorang buat muka or tak respect korang as a senior. Tak pun korang fikir macam tu sbb diorang tak senyum kat korang bila diorang lalu sebelah korang?
Tak tahu lah kan apa situation yg korang lalui yg menyebabkan korang cakap diorang macam tu.
Kalau time Fy dulu, kalau lalu sebelah senior 3S korang kena buat, SENYUM, SAPA, SALAM. Kalau tak buat, habis lah korang kena panggil. Fy admit, Fy pun tak pernah buat benda tu. That's why Fy kena. :)

Apa yang korang lalui tu, Fy dah pernah lalui dah. Malah Fy dah pernah pun berada di tempat-2 junior korang yg korang kata dia kerek, tak respect korang semua tu.
Lebih teruk kud Fy pernah kena dulu. Memang sakit sangatt rasa bila ada orang cop kita macam tu. Then sejak daripada tu, memang silap Fy yang di cari. Sampai kena panggil dengan senior-2, then kena tanya macam-2. Keliling semua senior je. Salah cakap sikit, memang kena lah kan.
Kalau cerita dari mula, memang takkan habis. 

Then, Fy jugak pernah ada di tempat korang yang senior-2 neh. Korang pun tahu macam mana situation Fy tahun lepas. Warden bukan percaya sangat dekat Fy. Ada je silap Fy yang dicarinya. Nak kata dia backup jauh sekali lah kan. Bila kena marah depan-2 junior semua, sape tak malu, sape tak sedih, tapi nak buat macam mana, sabar je yang mampu. Kita sape nak melawan? Kalau nak bergaduh pun, tak guna kan?

Tak tahu lah korang perasan ke tak, tapi masa Fy jadi senior korang, Fy sedaya upaya nak jalinkan hubungan baik dengan junior. Sampai gaduh-2 dengan kawan sbb ada orang kata Fy backup korang. Tapi Fy cuba jugak fahamkan kawan Fy apa yg Fy buat. Fy tak nak letakkan sempadan dengan junior-2 Fy. Fy tak nak attack-2 junior or serang junior apa semua tu.

Memang Fy akui, kadang-2 mulut Fy ada jugak maki-2, perli-2, tapi itu semua lumrah lah kan? Tak ada lah pulak Fy panggil sorang budak yg Fy tak suka then roll call ramai-2 dengan kawan Fy yang lain. Kawan-2 Fy mungkin ada, and Fy memang ada saksikan jugak, tapi jujur Fy cakap, Fy tak pernah setuju dengan cara tu. Sebab Fy pernah ada dalam situation tu. Cuma Fy tak mampu nak halang. Bila Fy halang kawan-2 akan cakap Fy backup junior.

So, apa lagi yang Fy mampu buat? Sbb tu kadang-2 Fy malas nak ambil tahu sangat hal asrama. Tapi bila Fy tak ambil tahu, warden cakap Fy  tak buat kerja lah apa lah. Bila Fy buat sesuattu tindakan pulak, warden tak pernah nak terima and tak pernah sokong. Orang tak faham apa yang Fy rasa, tapi macam-2 sangat yang Fy rasa dan Fy lalui sebenarnya. Cuma hati ini je yang tahu dan diri ini je yang pernah rasa.

Boleh dikatakan Fy dah lalui dah semua yang korang lalui tu.
Sebab tu Fy hanya boleh berkata sabar sabar dan terus bersabar selagi boleh. Itu je kunci dia. Itu jugak yang Fy buat. Setahun Fy tahan perasaan, Fy terus sabarkan hati neh. Fy ingatkan diri Fy, setahun je aku nak lalui semua neh. Habis SPM aku boleh tinggalkan semua neh dan takkan laluinya lagi. Dann akhirnya, Fy berjaya habiskan. 

Tapi sekarang, percaya atau tidak kalau Fy katakan Fy rindukan semua tu?
Yessss ! Fy tersangat rindukannya. Fy tak malu jugak utk mengaku yang Fy rindukan junior-2 Fy. Rasa sakit hati yang pernah ada dulu semua dah hilang. Fy rindukan budak-2 aras Fy. Fy rindukan semua tu.
Jadi korang laluilah benda tu sekarang, korang sakit hati lah dengan semua tu sekarang, korang benci lah dengan junior-2 tu sekarang. One day, you will miss all your memories with them. Trust me :)

Maaflah kalay Fy dah terlanjur berkata kata,
Tetapi Fy hanya memberikan pandangan. Fy tahu masih ada je junior-2 yg sakit hati dengan perangai Fy dulu, tapi dalam hati Fy, tak pernah ada dah rasa sakit hati tu sejak Fy melangkah keluar dari asrama Gemilang. Yang ada cuma rasa terkilan dengan warden-2 tu semua. Hmm ,

Sekali lagi, Fy mohon keampunan kalau Fy tersalah kata,


See? Walaupun hanya disebabkan netball Fy rapat dengan junior, tapi alhamdulillah, dah habis netball match pun, Fy tak pernah ada masalah dengan diorang. They all know how my style right? :)

Byee XD


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

January 25, 2013

Cerita junior XD

Assalamualaikum and hye guysss :)



Setelah tiga hari di kampung halaman, baru hari ini berkesempatan update.
Bukan masalah tak ada line internet or what,
Kampung ceq neh boleh dikira dah maju segala galanya ada ,
Cuma ceq je lahh, malas sangat nak online pakai lappy neh,
Dah jumpa novel asyik dok menghadap hat tuu je laa.
Sampai tok duk tanya ,

"Tak kelabu ka mata duk baca lama-2?"

Haha, ceq senyum je lahh, sambil tu terpikiaq jugak ,
baca buku lama-2 boleh kelabu mata ka?
hihihi XD

Ohh yaa , tujuan update hari ini pun sekadar nak berkongsi cerita je lah ,
Semalam hari jumaat kan?
It's mean that budak asrama dah balik rumah .
Ceq online je twitter , bommm ! penuh kat TL tu cerita pasal junior diorang ,
Haaa apa lagi , memang menarik perhatian lah kann .

Lalu ceq pun teguq lah salah seorang junior ceq sbb tweet dia menarik perhatian ceq ,
Tweet dia berbunyi begini ,

"I want to be junior again. like seriously "

Haa , nampak kann? memang menarik perhatian sbb ceq pernah mengalami situation yang sama dulu.
Seriuss ! memang jadi junior lagi best dari senior .
Tahu tak , zaman junior tu adalah zaman yang kita boleh enjoy sesuka hati nak buat apa punn.
Haha. Kalau tak, takdelah sampai ceq neh TERbuat hal macam-2 kan? Opss !
Hihihi XD

Time junior sibuk duk mengeluh, macam ini ,

"haishh bila aku nak jadi senior nieh ..."

"Takpe , tunggu lah masa aku jadi senior nanti ... "

Haa dan macam2 lagi lah yang pernah keluar dari mulut ceq dengan kengkawan ,
Haha , rasa macam excited sangat nak jadi senior masa tu. 
Tapi bila dah jadi, bila junior semua dah masuk ,
Perghhh ! Tuhan je lah yang tahu macam mana perasaannya .
Memangg tak syokkkk !

Ceq rasa kira zaman la neh macam untung sikit.
Dah tak ada dah zaman-2 ragging apa semua neh.
Setakat kena marah, kena perli, dapat jelingan maut tu, biasalah kan.
Adat asrama lah. Lu tak respect memang mendapat lah kann .
Huhuhu.

Jadi, bila dah baca tweet-2 diorang tu semua, ceq faham sangat dah,
Bila dorang kata warden backup junior segala bagai,
Lagi ceq faham. Alahh macam lah hampa tak tau story ceq lagu mana.
Mana lah pernah warden backup ceq sepanjang tahun 2012 ceq kat asrama tuhh.
Kalau tahun 2011 tu ada laa jugak .

Ceq faham sanga dah apa depa rasa .
Nak tergelak jugak kekadang .
Mesti dulu pun ceq macam tu kan bila senir ceq baca. hihi .
K lahh .
Tak tau nak kata apa dah.
Nak sambung baca novel.



Byee XD


p/s: perhatian yer, gambar yg menjadi hiasan entry ini ialah gambar sebenar pemandanga di sebelah rumah nenek ceq. ye memang keliling ruma neneq ceq dikelilingi dengan sawah padi. tapi sekarang musim menuai padi , jadi padinya tak ada . hihihi XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

January 24, 2013

Aku anak kampung ~

Assalamualaikum...



Whoaa akhirnya cek sampai jugak di tempat kelahiran cekkk woiii ~
Mana lagi , Kedah Darul Aman leee ,
Fuhhh , ceq nak habaq kat hampa semua, ceq memang bangga gilaa jadi orang kedah wehh ,
Bagi ceq kedah memang salah satu negeri yang tercantik di Malaysia neh.
Hihi , over pulak kan pujinyaaa .



Tapi memang betul pun kann, apa lagi tarikannya kalau bukan sawah pafi.
Fulamakk , tak semua negeri ada tauu .
Hehe, k dah lah kan tekan lif naik sendiri.


Okay-2, skang ceq nak cerita pasai apa cek balik.
Sebenaqnya dah lama plan nak balik sbb nak jenguk nenek cek yg sakit kat kampun neh.
Atuk dah tak dak, lama dah meninggal (semoga roh tok wan dicucuri rahmat...) jadi nenek tinggai kat kampung dengan makcik and maksu ja laa ,


Jadi setelah mama ambil cuti, cek pun balik lah dengan adik-2.
Tak lama mana punn, lima hari jaa ,
Tapi tu lahh , tak lama punn , cek tengah pikiaq apa lah yang cek boleh bua kat sini .
Bukan tak suka balik kampung, cek suka , cuma cek tak tau nak buat apa je.



Dua benda ja cek boleh buat kalau cek balik.
Kalau tak mengadap lappy neh , cek baca novel . Tu je lah pun.
Memandangkan maksu duk kat rumah nenek neh, segala kemudahan memang ada.
Astro je tak dak. Tapi tu bukan masalah dia. Cek tak kisah pun.


Hmm, tak tau nak tulis apa dah. 
K lah,



Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

January 23, 2013

Saya nak kurus !

Sekarang neh saya mengalami masalah ketembaman dan kenaikan badan yang melampau.
Okay okay senang ceritaa Fy rasa Fy dah gemukk ! Eh bukan rasa dahh, memang Fy dah gemukk !

Yeahh perempuan memang tak nak gemuk.
Yang Fy pulak dulu sibuk sangat nak gemuk sbb Fy rasa badan Fy neh kurus sangat.
Jadi Fy pun berusahalah utk gemuk. Dengan cara makan , makan , makan , dan terus makan.
Alangkah nikmatnyaaa ! HAHA xD

Akan tetapi, sejak-2 habis sekolah neh, nafsu makan Fy memang melampau. Selagi tak tidur selagi tu lah asyik makan je. Mula-2 tu Fy tak kisah sangat bila rasa Fy dah gemuk sbb Fy memang nak naikkan sikit badan neh. Tapi bila ramai sangat cakap, eh wafy kau dah gemuk lahh, dah tembam lahh, Fy diam kan lagi. Lama kelamaan bila mama pun dah mula bersuara cakap Fy tak jaga badan , apa lagiii , stresss wehhh !
Nak kurus balikkk !!!!

Haaa, cakap memag senang lah kan nak kurus. Yang menjadi masalahnya nak buat tuu. Hadoiii , susahnyaa lah nak control makan. Hmm, tak apa lahh, Fy akan berusaha sehingga berjaya ! Tak nak lah nanti masa pergi sekolah ambil result nanti orang tegur Fy dah gemuk lagii. Ohh noo !! Takmoo takmoo. Hihihi.

Wafyyy ! I know you can ! Teruskan usaha sehingga kurus ! Hihihi.

Ohh ya, nak kongsikan sedikit tips-2 untuk menguruskan badan ,



  • Jangan sesekali tinggalkan waktu makan utama -  Kalau anda fikir dengan berlapar boleh menurunkan berat badan,anda silap. Berlapar hanya menyebabkan anda mengambil makanan dua kali ganda lebih banyak pada hidangan yang seterusnya kerana anda kelaparan.

  • Makan dengan perlahan,kunyah banyak kali - Otak akan memberitahu apabila kita telah kenyang.Ianya selalunya mengambil masa 20 minit untuk otak memberi isyarat kita sudah kenyang. Makan dengan cepat tidak memberi masa yang cukup kepada otak bahawa kita telah kenyang menyebabkan kita makan berlebihan. 

  • Rancang hidangan anda - Ianya lebih selamat sekiranya anda merancang apa yang ingin dimakan supaya tidak terjebak dengan makanan ringan.

  • Elakkan makanan kegemaran - Sebagai manusia biasa,kita anda makanan yang disukai dan tidak. Cuba elakkan makanan kegemaran anda berada di rumah. Lebih mudah anda mengelakkan bila makanan itu tidak di depan mata

      •  Perhatikan saiz hidangan - Jumlah makanan yang kita makan adalah sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. Sentiasa teliti saiz hidangan dan jenis makanan yang anda makan. Makanan ringan tidak bagus. Sekiranya anda hanya makan 10% daripada saiz hidangan biasa,anda boleh menurunkan berat badan tanpa menukar diet harian anda.

  • Bakar kalori dengan senaman - Setiap makanan berkalori tinggi haruslah dibakar dengan senaman. Contohnya,sekiranya anda makan burger,ianya memerlukan 3 jam di gim untuk membakar semua kalori tadi. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada tidak makan burger  atau menghabiskan 3 jam di gim.

  • Ambil masa - Ada masanya berfikir sebelum ingin makan sangat membantu untuk tidak makan makanan yang tidak sepatutnya.

    • Jauhi minuman ringan - Minuman ringan mengandungi 150 kalori. 

  •  Bersenam selalu - Senaman membantu minda dan tubuh anda. Jogging atau berjalan untuk menurunkan berat badan. Gunakan tangga daripada lif.


    Okayy selesai sudah.
    Mana yg boleh digunakan tu, gunakan lah yer,
    Chehh , sape yg nak diet neh?
    Haha XD




    Kbyee





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

January 22, 2013

Kenapalah orang tak nampak perubahan kita?

Assalamualaikum.

Heyy korang, tujuan Fy mengupdate blog hari ini utk meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati. Hati ini tengah kecil bila dengar yang bukan-2 pasal Fy. Hmm , apakah dia?

Macam ini, biar Fy cerita dari mula yer.
Semalam junior Fy si Syira tu call Fy. Fy tak kisahlah kan, so borak-2 je lah dengan dia. Cerita itu ini. Then Fy tanya lah apa yang warden duk mengumpat pasal Fy time korang ada roll call tu sbb haritu dia ada kata warden ada sebut nama Fy. Dia pun cerita lah kann.

Fy malas nak cerita detail sangat tapi cukuplah perkataan yang keluar dari mulut warden-2 tu memang amat menusuk ke hati dan membuatkan hati ini menjadi kecil. Hmm, serius, sedih lah jugak bila tahu dia cakap macam tu. Fy tanya dia, mesti Puan Kay yang cakap macam tu kan. Then dia kata ya. Kaannn, dah agak dah. Fy tahu, Puan Rohaya takkan cakap macam tu. Memang lah dia pun kadang-2 ada perli Fy, tapi dia jarang nak mengungkit silap yg org buat. That's why sampai sekarang Fy tak pernah rasa sakit hati dengan Puan Rohaya even dia pun kadang-2 marah-2 Fy, perli-2 Fy, tapi langsung tak tinggal kesan di hati.

Yang Puan Kay tu, Fy tak faham lah. Apa lah masalah dia lagi. Fy tak pernah kacau hidup dia. Fy tahu lah Fy banyak buat masalah kat asrama dulu, tapi hal tu dah lama berlalu kann. Dia lantik Fy jadi Pen. Ketua Aspuri sbb dia nak Fy berubah. Okay fine. Fy memang cuba untuk berubah. Fy mengaku memang dalam masa yg sama Fy pernah terbuat hal, tapi itu semua tak disengajakan

Dia ingat Fy tak cuba utk berubah? Dia ingat Fy tak cuba utk jadi macam yg dia nak? Ya Allah, sedaya mungkin Fy nak buat yang terbaik sbb Fy tahu Puan Kay dengan Puan Rohaya memang mengharapkan perubahan daripada Fy. Tapi? Apa yang Fy dapat? Dia tak pernah nampak semua tuu !

Apa yang dia tahu dari awal tak habis habis nak cari salah Fy. Sampai facebook, blog Fy yang lama tu semua dia nak selidik? Tahu tak macam mana perasaan Fy masa tu? Memang sangat lah kecewa dan sakit hati bila hak privacy kita di halang, dan minat kita terpaksa dilupakan. Tapi Fy cuba utk hilangkan rasa sakit hati, Fy cuba utk hilangkan marah sbb dia cikgu, Fy tahu Fy kena respect dia. Puan Rohaya tak pernah nak buat macam tuu punn !

Sampai ke akhir tahun Fy berusaha utk berubah. Setiap hari Fy try utk memikul amanah yg diberi dengan sebaiknya. Sampai kadang-2 Fy kecewa dengan diri Fy sendiri sbb Fy tak mampu nak jadi NUR ADILLA WAFI yang dulu, sebelum masuk ke sekolah tu. Orang yang dah lama kenal Fy dari kecik, mungkin dia tahu yang hal-2 kepimpinan, jawatan-2 yang Fy pernah sandang bukanlah sesuatu yg pelik. Bukan Fy nak bangga, tapi mama dengan ayah pun tahu, dari dulu, Fy tak pernah terlepas dari memegang jawatan dan memikul amanah yg diberi. Dari sekolah rendah, sampailah kesekolah menengah. Sampai Form 3 jawatan Pengawas tu dah sebati dalam diri Fy.

Sebab tu Fy kata Fy sendiri kecewa dengan diri Fy. Fy hilang diri Fy sbb pengaruh kawan-2. Fy sedar semua tu cuma orang je yg tak boleh nak faham Fy. Fy memang macam tu. Dalam hati memang ada kesedaran, tapi Fy takkan tunjukkan. Yesss ! Boleh dikatakan Fy ego. Fy cuba jugak utk berubah, tapi Fy kecewa, sikit pun usaha Fy tak dihargai. Sampai ke akhirnya, ini yang Fy dapat.

Sumpah rasa sebak bila ingat semua tu balik. Pelukan Puan Kay dan air mata dia masa first day SPM Fy ingat dah cukup utk dia maafkan dan lupakan semua kesalahan Fy. Tapi rupa rupanya tak. Fy tak nak pertikaikan sama ada dia ikhlas ke tak. Itu antara dia dengan Tuhan. Tapi demi Allah. Fy dah cuba jadi yang terbaik utk menjalankan tanggungjawab Fy. 

Takpelahh, mungkin ini yang seharusnya Fy terima. 
Betul lah apa orang kata. Bila kita buat jahat, sampai bila-2 orang akan ingat. Tapi bila kita buat baik dengan orang, belum tentu orang akan ingat. Fy redha je dengan apa yg jadi. Dia nak kata apa pun pasal Fy biarlah. Yang penting Allah tahu, sejauh mana Fy berusaha utk berubah. Kalau jasa Fy sikit pun tak dihargai, takpelah kann. Yang penting Fy tahu, Fy ikhlas melakukan semua itu.

Apa-2 pun Fy tak nak terus simpan rasa marah tu sbb ianya akan menimbulkan dendam. Terima kasih jelah dekat dia sbb sudi beri Fy peluang utk berubah. Kepada cikgu-2 yang terima Fy seadanya walaupun Fy banyak buat hal, terutama Puan Rohaya sbb tak pernah benci Fy. Terima kasih sangat-2. Fy memang hargai dia sebagai cikgu Fy. Dia jugaklah yg bersungguh-sungguh ajar Fy maths. Daripada failed terus boleh lulus. Cemerlang je belum dapat lagi. Hihihi.

Itujelah.
Maaf kalau entry terlalu panjang.
Hanya ingin berkongsi apa yang di rasa.


Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

January 21, 2013

Mengubati Hati yang Terluka.

For sure ramai yang pernah rasa terluka kann?
Fy pun sama,
And sekaran neh pun mesti ada yang sedang dalam kelukaan tapi tak tahu macam mana nak merawatnya kan?
Okayy jangan risau kawan-2 sekalian,
Fy dah tolong carikan tips-2 untuk korang rawat luka di hati tuu ,
Walaupun tak seberapa, tapi Fy rasa boleh membantu kud?

Check it out here, 



1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.




 Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

January 20, 2013

Buatmu sahabat. :')

Sedikit panjang entry utk hari ini,
Sebelum Fy memulakan cerita dengan lebih lanjut , lihat ini dulu ,





Maaf yer, 
Entry ini bukan lah tujuan utk mempromosikan seorang model atau apa,
Dan yang di atas ini juga bukan lah model-2nya,
Entry kali ini, berkisar tentang seorang sahabat, yang tak mungkin ada pengganti. :')


Sahabat. . .
Engkau begitu baik
Engkau begitu perhatian
Engkau juga begitu akrab denganku
Kalau saja kita bisa bersama selamanya
Aku ingin menghabiskan hari-hari ku bersama mu sahabat
Namun semua itu telah sirna
Karena kita telah dibatasi oleh ruang dan waktu
Kini kita berpisah jauh
Aku harap engkau tidak melupakan aku sahabat
Engkaulah sahabat terbaik ku
Selamanya tak kan pernah terganti

Ikhlas dari hati yang tulus menyayangimu sebagai seorang sahabat,

Assalamualaikum sahabatku. Aku cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami apa yang sedang aku rasai. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani persahabatan.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.

Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Aku menulis warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. 

"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. Aku memahami erti persahabatn yg sebenar apabila bersamamu. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Segala jasamu tidak akan aku lupakan sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. 



Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu menyesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu.

Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu untuk mencari ku.  Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.

Doa untuk seorang sahabat,
"Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan."

"Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa"
Artikel - IluvIslam.com


"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."

(Hadis riwayat al-Hakim)


NURNADHILA BT ZAMRI,
Khas untukmu,
Terima kasih kerana masih sudi untu mendengar keluh kesah dan luahan cerita aku biarpun jarak telah memisahkan kita.
Sekali kau digelar sahabat aku,
Selama lamanya kau tetap sahabat aku. :')


Ikhlas menyayangimu,
NUR ADILLA WAFI BT ARIS. 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Istikharah Cinta.


Assalamualaikum….

Entry kali ini hanyalah sepintas lalu sahaja,
Tak ada tajuk yang utama,

Hmm, semalam Fy bosan tak tahu nak buat apa,
Tiba-2 Fyt eringat satu kotak harta karun Fy (kotak kasut, guna semula… hehe…) ,
Haa, dalam tu memang tersimpan macam-2 benda berharga dan harta-2 yg paling Fy sayang seperti, surat-2 cinta zaman dahulu kala, gambar-2 dengan kawan-2 masa sekolah rendah, barang-2 yg pernah org hadiah kan dekat Fy dan pelbagai lagi lah yg terlalu peribadi dan tak dapat nak dinyatakan disini.

Akan tetapi wahai pembaca-2 yang comey comey dan hensem hensem sekalian, bukan itu sahaja, of coz lah barang-2 yg ada kene mengena dengan buah hati kesayangan Fy Encik FF neh ada sekalikann.Huhu.

Actually bukanlah harta sangat pun. Cuma yg banyaknya karangan-2 yg pernah Fy karang pasal dia. Fuhh, gila banyak kalau korang nak tauu. Macam dh boleh buat novel. Agak-2 kalauFybuat FF bagi tak? Punyalahh tebal tauu. Hik hik hik ;)

Kemudian, adalah gambar-2 Fy dengan dia yg Fy cuci tahun lepas tapi tak masuk album. So tersimpan je lah dalam kotak tuu.Gilaalahh. Tengok balik sumpah terasa rinduu gila babunn tahuu? Hihihi :D
Ituulah satu-2nya adegan-2 sweet yg sempat dicapture oleh jurugambar tak bertauliah merangkap kawan Fy masatuu. Alaa gambar mana lagi, gambar banyak-2 yg Fy pakai baju keparat  eh silap baju koprat tuulahh.
 Yang kononnya kawan-2 Fy kata sweet angat angat tuu. Cewahhh ~ hahaha XD Perasan pula kann.





Dalam sibuk-2 duk mengemas kini kan kotak tu supaya lebih cantik dan teratur, tiba-2 terjumpa satu surat cinta yg sepatutnya ada dalam buku cinta, tapi tak tahu macam mana boleh terkeluar pulakk.
Haa, nak tauu apa? (bajet2 mcm org nak tau je aku neh kann.. haha)

Actually bukan surat kud. Hanya sekeping nota yg pernah diberi oleh FF selepas tusyen pada tahun 2011. Dalam nota tersebut dinyatakan masa pada pukul 10.02 malam, dalam kelas, ketika sedang tusyen. Haaaa kauu, cikgu duk sibuk ajar tusyen dia boleh buat surat cintaa. Hahaha XD Biasalahkan, awal-2 lagi. Tengah angau memang macam ituuu. Hiw hiw ~

Kalau nak diikutkan banyak lagi surat-2 dari dia, and Fy dengan FF pun ada “Book of Love” kami sendiri since form4 and form5. Dalam tuu lagi banyak nota-2 cinta daripada FF danFy. Ohh rinduu pulak terasa dengan buku tu. Tapi malangnya buku-2 tu semua ada kat FF. Hmm ~ Dah berapa kali mintak tak pernah nak dapat. Saja tak nak bagi aku lah tuu~  :p




(satu saat… dua saat… 3 saat… berfikir , berfikir, danberfikir ….)

Err jadi itu sahajalah. Tiba-2 rasa macam ketandusan idea.

Sampe ketemu lagii yahh di lain entryyy ,

oHhyaa, Fysudahi entry kali ini dengan lirik lagu ISTIKHARAH CINTA by SIGMA ,

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama mu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah cinta
Tetap kan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuhi separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu…

(Guaa jatuhh cintaa berkali kalii wehh dengar laguu nehh, syahdu dan sebak tak terkata!Huhu )

Ada sesuatu disebalik lirik lagu ini,

Tataaa XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

January 18, 2013

Warkah buat sahabat :')


Assalamualaikum…

Entry kali ini, khas ditujukan buat sahabat tersayang, NUR FARAH NADHIRAH BT SAZALI, sempena hari lahirnya pada 18 JANUARI 2013.

Entry ini sengaja di taip lebih awal kerana memerlukan mood kerinduan yang sangat mendalam.

Wahai sahabat, bacalah dengan penuh kerinduan, kasih dan sayang yer? :’)



Sahabat, disini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepadamu.Aku doakan kau panjang umur, dimurahkan rezek, dan berbahagia selalu disamping keluarga dan orang tersayang. Ohh lagi satu, aku doakan semoga kau mendapat result yang terbaik dalam SPM nanti. INSYAALLAH.

Sahabat yang dirindui, dua tahun tempoh perkenalan kita sudah cukup untuk mengakrabkan persahabatan kita. Kita datang dari keluarga yang berbeza, tempat yg berbeza, namun akhirnya, kita memilih untuk menyambung pengajian di tempat yang sama dan dalam bidang yang sama.

Tahun pertama kita disekolah itu, kita bukan lah berkawan baik. Kau ada kawan kau, aku ada kawan aku. Namun, masa telah membuatkan kita semakin hari semakin rapat. Semakin lama mengenali mu wahai sahabat, semakin aku menyenangi kehadiranmu sebagai salah seorang sahabat yang aku sayangi disisi.

Kita berkongsi cerita yang sama, kita berkongsi minat yang sama dan yang paling penting, kita berkongsi pengalaman yang sama. Disebabkan pengalaman tersebut, telah mengakrabkan lagi persahabatan kita. Siapa sangka, kita di tempatkan di dalam satu bilik yang sama, dan telah mengeratkan lagi hubungan kita seperti adik beradik.

Wahai sahabat yang disayangi selama-lamanya, aku teramat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali seorang sahabat seperti kau. Terima kasih di atas segala kata nasihat kau selama kita berkawan. Terima kasih kerana sudi mendengar cerita suka duka aku tanpa rasa jemu dan bosan. Terima kasih kerana telah meminjamkan bahu dan paha di saat aku sedih, terluka, kemudian menangis di dalam dakapan mu sahabat. Terima kasih kerana menolong aku di saat aku amat memerlukan pertolongan darimu. Terima kasih kerana telah menjadi sahabat yg sangat memahami. Terima kasih untuk segala – galanya. :’)

Maafkan aku andai sepanjang tempoh perkenalan kita, kata-2 yg aku keluarkan telah mengguris hatimu. Maafkan aku andai aku pernah menyinggung perasaanmu dengan kata-2 nasihatku yang tidak seberapa. Maafkan aku andai aku telah melukakanmu dengan perbuatan-2 yang tidak disengajakan. Maafkan aku untuk segala – galanya wahai sahabat. :’)

Setiap memori yang kita ciptakan akan tetap terpahat dalam ingatan dan hati ini. Aku takkan pernah melupakan kenangan bersamamu selagi hayat dikandung badan. Semoga persahabatan kita tetap kekal sampai bila bila. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku.


Ingatlah selalu bahawa,



P/s: Amacam omeyyy? Jangan bagitau aku kau tak ada perasaan terharu dan sedih bila baca ucapan tulus ikhlas khas dari aku nieh eayy. Penat aku taip tauu. Hahaha XD Apa-2pun, ini semua lahir dari hati aku yg teramat merinduimu.:)

Once again,



Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi