♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Tuhan Jagakan Dia :')

January 7, 2013

Tuhan Jagakan Dia :')

Assalamualaikum :)

Nak tahu satu cerita tak?
Fy nak cerita neh.
Berkenaan dengan seorang kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasih yang disayanginya.
Nak tahu?
Okayy jom kita baca,

Di sebuah taman, ada sepasang kekasih yang sedang duduk berbual. Mereka dah lama menjalinkan hubungan dan hubungan mereka telah pun mendapat restu keluarga. Sekarang neh, mereka dalam perancangan untuk berkahwin pula. Kira sekarang neh, mereka dah bertunanglah kan.

Mereka seperti pasangan lain juga. Bahagia dengan hubungan mereka. Berharap yang hubungan mereka akan berakhir dengan ijab kabul. Namun, dalam kebahagiaan dan keriangan mereka, mereka tidak tahu dan tidak menjangka ada sesuatu yang buruk menanti mereka di masa hadapan sana.

Ketika mereka sedang duduk berbual di taman, si jejaka mengatakan begini,

"Saya berharap sangat sebelum Tuhan mahu mengambil nyawa saya, saya dapat menjadi suami awak terlebih dahulu..."

"Saya takut saya kehilangan awak.. Saya tak mampu nak menanggung semua tu.. Lebih baik saya mati sebelum saya kehilangan awak..."

"Awak, andai ditakdirkan hari ini merupakan pertemuan kita yang terakhir, awak janji dengan saya yang awak akan mencari pengganti yang lebih baik dari saya supaya dia boleh jaga awak ye? Saya takut saya tak sempat..."

Si gadis marah apabila dengar kekasih hatinya berkata begitu. Bila ditanya, si jejaka berkata dia hanya bergurau. Namun gurauan tersebut tidak dipandang remeh oleh si gadis. Dia berasa tidak sedap hati dan menjangka ada perkara buruk yang akan terjadi.

Petang itu, sekembalinya dia ke rumah, dia mendapat panggilan telefon dari seseorang. Seseorang yang memberitahu berita yang tidak di sangka sangka. Dia telah di beritahu kekasihnya telah terlibat dalam kemalangan malam semalam dan mati di tempat kejadian. Dia terkejut dan terkaku kerana tidak mempercayainya. Baru tadi dia berjumpa dengan kekasihnya. Dia menangis, meraung sekuat hati.

Ahli keluarganya membawa gadis tersebut ke hospital untuk meyakinkannya bahawa kekasih kepada gadis tersebut telah pun meninggal dunia. Ketika gadis tersebut melihat jenazah arwah kekasihnya, sekali lagi dia terkulai. Dia masih tidak mempercayainya. Dia merasakan bahawa semua ini hanya mimpi semata.

Sedang dia menangis sendirian, tiba-2 dia di datangi oleh salah seorang dari sahabat karib kekasihnya. Lelaki itu menyerahkan sepucuk surat kepada gadis tersebut. Dia memberitahu, surat tersebut di jumpai dalam poket seluar kekasihnya.

Tanpa berlengah, si gadis terus membuka dan membacanya,

Assalamualaikum sayang..

Awak, saya minta maaf kalau awak terkejut dengan kehadiran surat saya ini. Saya tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini saya seolah olah merasakan yang ajal saya hampir tiba. Saya takut saya tak mampu menjadi pelindung awak. Jadi, sebelum apa apa terjadi pada saya, saya nak awak tahu sesuatu.

Sayangku,
Memandang awak, telah membuatkan hati saya terpaut. Mengenali awak, membuatkan saya rasa bahagia. Menyayangi awak, membuatkan hati saya bahagia. Mencintai awak, membuatka saya ingin memiliki awak untuk selama lamanya.

Awak, ketahuilah bahawa, sedikit pun tidak ada perasaan menyesal di hati saya sepanjang mengenali awak. Bagi saya awak adalah yang terindah dalam hidup saya. Kehadiran awak telah menyinari hari-2 saya yang saya rasakan kelam sebelumnya. Awak, saya sayangkan awak...

Sayangku,
Setiap hari yang saya lalui dengan awak, takkan saya lupakan selagi saya masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Tuhan yang satu ini. Kegembiraan dan kebahagiaan saya bersama awak sepanjang saya mengenali awak tak mampu saya ungkapkan dengan kata kata. Awak, saya sayangkan awak....

Awak, maafkan saya kalau sepanjang kita berhubungan, sepanjang tempoh pertunangan kita, saya tak mampu memuaskan hati awak dan tak boleh menjaga awak dengan sebaiknya. Saya nak awak tahu, setiap hari, saya cuba untuk menjadi yang terbaik utk awak. Maafkan saya kalau ada kekurangan di mana mana....

Awak, tidak terlintas langsung di hati saya untuk meninggalkan awak. Kalau boleh saya ingin menjadi suami awak sebelum saya pergi meninggalkan awak. Kalau kita tidak dapat hidup di dunia ini pun, kita masih boleh hidup di syurga kan... Tapi... Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala galanyaa...

Sayangku,
Janji dengan saya, kalau saya tiada lagi, awak akan teruskan kehidupan awak seperti biasa? Jangan menangisi pemergian saya kerana itu hanya akan membuatkan saya sedih. Kalau betul awak sayangkan saya, saya nak awak kuat. Saya nak awak cari pengganti saya supaya dia boleh jaga awak. Saya tak mampu lagi untuk lakukan semua tuu...

Awak, jaga diri awak yer, Insyaallah, kita akan berjumpa lagi di alam sana. Alam yang kekal abadi. Saya nak awak sentiasa ingat, awak adalah satu satunya gadis yang saya cintai sehingga ke akhir nafas saya. Terima kasih awak kerana telah memberikan kebahagiaan kepada saya walaupun seketika. Saya sangat sangat menghargainya.

 Awak, jaga diri yer. Walaupun saya tiada lagi disisi awak, tapi awak jangan lupa yang saya sentiasa ada di dalam hati awak. Selama lamanya. Saya sayangkan awak sangat sangat....

p/s: Tuhanku, jagakan dia untukku kerana sesungguhnya, dia adalah sebaik baik gadis yang telah kau ciptakan untukku....

 Gadis tersebut terbangun dari tidur. Dia memikirkan kembali mimpinya sebentar tadi. Kemudian dia menangis teresak esak. Tiba-2 handphonenya berbunyi dan pemanggil tersebut memberitahu bahawa, kekasihnya benar-2 telah kembali kepada Dia yang satu....




- THE END -

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi