♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Pandangan melalui pengalaman :)

January 26, 2013

Pandangan melalui pengalaman :)

Bertemankan lagu Kaka ft Zizan, Bawaku Pergi ,
Ingin Fy kongsikan serba sedikit pandangan dengan adik-2 junior Fy.
Memang diorang tak mintak,
Tapi Fy rasa bermurah hati nak memberikan pandangan melalui pengalaman pahit manis yang Fy dah lalui.

Fy bukan nak kata Fy hebat or Fy memang layak nak menasihati,
Tapi hati Fy berkata yang Fy perlu kongsikan serba sedikit apa yang Fy rasa dengan diorang semua.
Kat twitter, macam-2 komplen Fy baca, dahsyat-2, nampak macam benci sungguh korang dengan junior korang tu kan.
Rasa macam memang teruk sangat perangai diorang tu yer?
So melalui pengalaman yg Fy ada dan rasa, Fy nak share lah sikit-2.

Okay, korang kompeln itu ini, kata junior kereklah apa lah kan, sebab apa?
Maybe sbb diorang buat muka or tak respect korang as a senior. Tak pun korang fikir macam tu sbb diorang tak senyum kat korang bila diorang lalu sebelah korang?
Tak tahu lah kan apa situation yg korang lalui yg menyebabkan korang cakap diorang macam tu.
Kalau time Fy dulu, kalau lalu sebelah senior 3S korang kena buat, SENYUM, SAPA, SALAM. Kalau tak buat, habis lah korang kena panggil. Fy admit, Fy pun tak pernah buat benda tu. That's why Fy kena. :)

Apa yang korang lalui tu, Fy dah pernah lalui dah. Malah Fy dah pernah pun berada di tempat-2 junior korang yg korang kata dia kerek, tak respect korang semua tu.
Lebih teruk kud Fy pernah kena dulu. Memang sakit sangatt rasa bila ada orang cop kita macam tu. Then sejak daripada tu, memang silap Fy yang di cari. Sampai kena panggil dengan senior-2, then kena tanya macam-2. Keliling semua senior je. Salah cakap sikit, memang kena lah kan.
Kalau cerita dari mula, memang takkan habis. 

Then, Fy jugak pernah ada di tempat korang yang senior-2 neh. Korang pun tahu macam mana situation Fy tahun lepas. Warden bukan percaya sangat dekat Fy. Ada je silap Fy yang dicarinya. Nak kata dia backup jauh sekali lah kan. Bila kena marah depan-2 junior semua, sape tak malu, sape tak sedih, tapi nak buat macam mana, sabar je yang mampu. Kita sape nak melawan? Kalau nak bergaduh pun, tak guna kan?

Tak tahu lah korang perasan ke tak, tapi masa Fy jadi senior korang, Fy sedaya upaya nak jalinkan hubungan baik dengan junior. Sampai gaduh-2 dengan kawan sbb ada orang kata Fy backup korang. Tapi Fy cuba jugak fahamkan kawan Fy apa yg Fy buat. Fy tak nak letakkan sempadan dengan junior-2 Fy. Fy tak nak attack-2 junior or serang junior apa semua tu.

Memang Fy akui, kadang-2 mulut Fy ada jugak maki-2, perli-2, tapi itu semua lumrah lah kan? Tak ada lah pulak Fy panggil sorang budak yg Fy tak suka then roll call ramai-2 dengan kawan Fy yang lain. Kawan-2 Fy mungkin ada, and Fy memang ada saksikan jugak, tapi jujur Fy cakap, Fy tak pernah setuju dengan cara tu. Sebab Fy pernah ada dalam situation tu. Cuma Fy tak mampu nak halang. Bila Fy halang kawan-2 akan cakap Fy backup junior.

So, apa lagi yang Fy mampu buat? Sbb tu kadang-2 Fy malas nak ambil tahu sangat hal asrama. Tapi bila Fy tak ambil tahu, warden cakap Fy  tak buat kerja lah apa lah. Bila Fy buat sesuattu tindakan pulak, warden tak pernah nak terima and tak pernah sokong. Orang tak faham apa yang Fy rasa, tapi macam-2 sangat yang Fy rasa dan Fy lalui sebenarnya. Cuma hati ini je yang tahu dan diri ini je yang pernah rasa.

Boleh dikatakan Fy dah lalui dah semua yang korang lalui tu.
Sebab tu Fy hanya boleh berkata sabar sabar dan terus bersabar selagi boleh. Itu je kunci dia. Itu jugak yang Fy buat. Setahun Fy tahan perasaan, Fy terus sabarkan hati neh. Fy ingatkan diri Fy, setahun je aku nak lalui semua neh. Habis SPM aku boleh tinggalkan semua neh dan takkan laluinya lagi. Dann akhirnya, Fy berjaya habiskan. 

Tapi sekarang, percaya atau tidak kalau Fy katakan Fy rindukan semua tu?
Yessss ! Fy tersangat rindukannya. Fy tak malu jugak utk mengaku yang Fy rindukan junior-2 Fy. Rasa sakit hati yang pernah ada dulu semua dah hilang. Fy rindukan budak-2 aras Fy. Fy rindukan semua tu.
Jadi korang laluilah benda tu sekarang, korang sakit hati lah dengan semua tu sekarang, korang benci lah dengan junior-2 tu sekarang. One day, you will miss all your memories with them. Trust me :)

Maaflah kalay Fy dah terlanjur berkata kata,
Tetapi Fy hanya memberikan pandangan. Fy tahu masih ada je junior-2 yg sakit hati dengan perangai Fy dulu, tapi dalam hati Fy, tak pernah ada dah rasa sakit hati tu sejak Fy melangkah keluar dari asrama Gemilang. Yang ada cuma rasa terkilan dengan warden-2 tu semua. Hmm ,

Sekali lagi, Fy mohon keampunan kalau Fy tersalah kata,


See? Walaupun hanya disebabkan netball Fy rapat dengan junior, tapi alhamdulillah, dah habis netball match pun, Fy tak pernah ada masalah dengan diorang. They all know how my style right? :)

Byee XD


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi