♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Cerita junior XD

January 25, 2013

Cerita junior XD

Assalamualaikum and hye guysss :)



Setelah tiga hari di kampung halaman, baru hari ini berkesempatan update.
Bukan masalah tak ada line internet or what,
Kampung ceq neh boleh dikira dah maju segala galanya ada ,
Cuma ceq je lahh, malas sangat nak online pakai lappy neh,
Dah jumpa novel asyik dok menghadap hat tuu je laa.
Sampai tok duk tanya ,

"Tak kelabu ka mata duk baca lama-2?"

Haha, ceq senyum je lahh, sambil tu terpikiaq jugak ,
baca buku lama-2 boleh kelabu mata ka?
hihihi XD

Ohh yaa , tujuan update hari ini pun sekadar nak berkongsi cerita je lah ,
Semalam hari jumaat kan?
It's mean that budak asrama dah balik rumah .
Ceq online je twitter , bommm ! penuh kat TL tu cerita pasal junior diorang ,
Haaa apa lagi , memang menarik perhatian lah kann .

Lalu ceq pun teguq lah salah seorang junior ceq sbb tweet dia menarik perhatian ceq ,
Tweet dia berbunyi begini ,

"I want to be junior again. like seriously "

Haa , nampak kann? memang menarik perhatian sbb ceq pernah mengalami situation yang sama dulu.
Seriuss ! memang jadi junior lagi best dari senior .
Tahu tak , zaman junior tu adalah zaman yang kita boleh enjoy sesuka hati nak buat apa punn.
Haha. Kalau tak, takdelah sampai ceq neh TERbuat hal macam-2 kan? Opss !
Hihihi XD

Time junior sibuk duk mengeluh, macam ini ,

"haishh bila aku nak jadi senior nieh ..."

"Takpe , tunggu lah masa aku jadi senior nanti ... "

Haa dan macam2 lagi lah yang pernah keluar dari mulut ceq dengan kengkawan ,
Haha , rasa macam excited sangat nak jadi senior masa tu. 
Tapi bila dah jadi, bila junior semua dah masuk ,
Perghhh ! Tuhan je lah yang tahu macam mana perasaannya .
Memangg tak syokkkk !

Ceq rasa kira zaman la neh macam untung sikit.
Dah tak ada dah zaman-2 ragging apa semua neh.
Setakat kena marah, kena perli, dapat jelingan maut tu, biasalah kan.
Adat asrama lah. Lu tak respect memang mendapat lah kann .
Huhuhu.

Jadi, bila dah baca tweet-2 diorang tu semua, ceq faham sangat dah,
Bila dorang kata warden backup junior segala bagai,
Lagi ceq faham. Alahh macam lah hampa tak tau story ceq lagu mana.
Mana lah pernah warden backup ceq sepanjang tahun 2012 ceq kat asrama tuhh.
Kalau tahun 2011 tu ada laa jugak .

Ceq faham sanga dah apa depa rasa .
Nak tergelak jugak kekadang .
Mesti dulu pun ceq macam tu kan bila senir ceq baca. hihi .
K lahh .
Tak tau nak kata apa dah.
Nak sambung baca novel.



Byee XD


p/s: perhatian yer, gambar yg menjadi hiasan entry ini ialah gambar sebenar pemandanga di sebelah rumah nenek ceq. ye memang keliling ruma neneq ceq dikelilingi dengan sawah padi. tapi sekarang musim menuai padi , jadi padinya tak ada . hihihi XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi