♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Wahai Adam, Fahamilah Hawa

January 12, 2013

Wahai Adam, Fahamilah Hawa


Yoo ! Wazzuupp geng-2 blogger sekalian !
OpPpsss ! Assalamualaikum. Hehe
Maaflah, terlampau excited pulak. Mana taknya. Hati tengah berkobar-2 nak menulis episode drama seterusnya neh. Hihihi.

“Demi cinta dalam hatiku…. Ku yakin engkau untukku…
Meski jejak pisahkan kita… Cinta kan bawa kembali……”

Whoaaa , sambil diiringi lagu muara hati ,
Jari Fy semakin lincah ingin menaip , hihi,

Wahai kaum Hawa yang comey, lawa dan cun melecun sekalian, pernah tak awak-2 semua merasakan yg kekasih-2. Abang-2 sayang, pakwe-2 awak semua susah sangat nak memahami awak? Pernah atau tidakk? Fy sure semua pernah mengalaminya kan? Even kalau awak-2 semua kata yg pakwe-2 awak mmg memahami awak pun, Fy gerenti, bukan 100%. Kadang kala, ada jugak perangai perempuan neh yg sukar difahami oleh kaum Adam.

Contohlahkan, awak-2 semua text bf/pakwe awak, tapi dia tak balas. Call berpuluh puluh kali pun takangkat. Keesokan paginya barulah dia bagi respon dengan msj yg berbunyi begini,

“Yangg, sorrylah tak angkat call you semalam, I tertidolah…”

Dan korang pun membalas dengan hanya begini,

“Hmm, it’s okay, I faham you mesti penatkan…”

Well, utk-2 sesetengah perempuan, maybe dia memang memaksudkan yg dia faham. Akan tetapi wahai kaum-2 Adam yang kacak bergaya sekalian, bila gf/awek/makwe awak dah balas dengan perkataan “hmm, its okay” tu maksudnya menunjukkan yg dia tu tak okay sebenarnya. Dia terasa hati dengan you all sekalian dan minta di pujuk lah tuuu.

Susah sangat ke nak faham? Perangai perempuan memang macam tu, kadang kala dia tak suka nak tunjukkan sangat yg dia sebenarnya terasa hati dengan perangai you all yg kadang-2 menyakitkan hati neh, tapi dia diamkan aje. Dia malas nak tunjuk sbb takut you all semua tak suka dengan perangai dia macam tuu.

Seterusnya, wahai kaum-2 Adam yang diciptakan Tuhan kacak sekalian, ada tak gf/awek/makwe awak sekalian kadang-2 marah-2 bila korang tak bagitahu secara detail mana korang pergi, dengan sape korang lepak, tak pun, korang tak bagi dia cek phone korang bila korang jumpa? Haa mesti ada kan yg dapat gf/awek/makwe macam tu. Okay abang-2 kacak sekalian, yang sebenarnya, bila gf/awek/makwe awak-2 semua bersikap seperti itu maksudnya yang dia sangat-2 sayangkan awak-2 semua. 

Betullll ~ memang bagi awak benda tu sangat merimaskan. Awak-2 semua akan fikir yg gf/awek/makwe awak semua neh cerewetlah, mengada-ngadalah, suka kongkonglah, itulah, inilah, akan tetapi, pernah tak awak terfikir kenapa dia melakukan itu semua wahai abang-2 sekalian?

Halahhh ~ Sebab apa lagi. Sayanglah. Bagi dia, selagi awak belum jadi milik dia yg sah, dia tetap akan control awak sbb dia takut kehilangan awak. Dia tak nak awak jatuh ke tangan orang lain. Itu je motifnya.

Tapi AWAS ye kepada kaum-2 Hawa semua, nak control, nak jealous ke ape ke, boleh, tapi biar berpada – pada dan munasabah. Jangan terlampau mengongkong atau bersyakwasangka yg bukan-2. Lelaki tetap tak suka dengan itu semua okay? Kalau dia dah sah jadi milik awak nanti pun, jangan biasakan dengan sifat-2 tu semua, 
Tak baik dalam rumah tangga. Perlulah mempunyai sifat saling percaya antara satu sama lain okay ?

(Wahhh ~ Rasa macammemberi ceramah pulaaa, hikhikhik ,,, )

Dann yang terakhir untuk hariini,
Wahai kaum-2 Adam yang baik hati lagi penyayang sekalian, tolonglah jangan mempermainkan perasaan perempuan. Sebagai contoh lagi, kalau awak rasa awak memang dah tak ada hati dengan gf/awek/makwe semua, tolonglah jangan terus memberikan dia harapan. Kalau awak-2 semua dah tak suka dia, lebih baiklah berterus terang. Jangan terus menerus melukakan hatinya dalam diam.
Jangan disebabkan awak nak jaga hati dia, awak terus biarkan dia menaruh harapan yang tinggi untuk hidup di samping awak. 

Sekali lagi yer, HATI PEREMPUAN BUKAN UNTUK DIPERMAINKAN. Mungkin awak akan beri alasan tak sampai hati kerana si dia amat baik dengan awak, tetapi awak harus ketepikan semua tu dan beritahu yg sebenarnya.

Memang dia akan terluka. Tapi Lukanya tak sedalam apabila dia tahu sendiri yg awak tak sukakan dia, tak sayangkan dia. Atau lebih teruk lagi bila gf/awek/makwe awak dapat tahu awak dah ada orang lain. Tak kenanti dia akan fikir yg bukan-2? So, fikirlah sebaiknya. Kalau awak-2 semua dah tak perlukan dia, janganlah beri dia harapan.

Perempuan nih memang senang sayangkan orang. Namun, untuk melupakan seseorang yang pernah dia sayang, bukan sesuatu yg mudah ye kaum Adam.

Jadi,
Fikirkan semasak masaknya. Sampai hangit pun tak ape sbb Fy takut, kalau awak semua dah bagitahu dia yang awak tak perluka ndia, dan awak dah lepaskan dia, sampai satu saat nanti, bila awak dah sedar yang awak sebenarnya amat memerlukan dia dalam hidup awak, awak takkan dapat dia kembali. 
 Semuanya dah berakhir. Masa tu, nak menyesal pun tak gunakan?

Jumpa lagi di lain hari !
Berkenaan topic yg sama juga, tetapi isu yang berbeza okay !



Byee XD



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi