♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Kenapalah orang tak nampak perubahan kita?

January 22, 2013

Kenapalah orang tak nampak perubahan kita?

Assalamualaikum.

Heyy korang, tujuan Fy mengupdate blog hari ini utk meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati. Hati ini tengah kecil bila dengar yang bukan-2 pasal Fy. Hmm , apakah dia?

Macam ini, biar Fy cerita dari mula yer.
Semalam junior Fy si Syira tu call Fy. Fy tak kisahlah kan, so borak-2 je lah dengan dia. Cerita itu ini. Then Fy tanya lah apa yang warden duk mengumpat pasal Fy time korang ada roll call tu sbb haritu dia ada kata warden ada sebut nama Fy. Dia pun cerita lah kann.

Fy malas nak cerita detail sangat tapi cukuplah perkataan yang keluar dari mulut warden-2 tu memang amat menusuk ke hati dan membuatkan hati ini menjadi kecil. Hmm, serius, sedih lah jugak bila tahu dia cakap macam tu. Fy tanya dia, mesti Puan Kay yang cakap macam tu kan. Then dia kata ya. Kaannn, dah agak dah. Fy tahu, Puan Rohaya takkan cakap macam tu. Memang lah dia pun kadang-2 ada perli Fy, tapi dia jarang nak mengungkit silap yg org buat. That's why sampai sekarang Fy tak pernah rasa sakit hati dengan Puan Rohaya even dia pun kadang-2 marah-2 Fy, perli-2 Fy, tapi langsung tak tinggal kesan di hati.

Yang Puan Kay tu, Fy tak faham lah. Apa lah masalah dia lagi. Fy tak pernah kacau hidup dia. Fy tahu lah Fy banyak buat masalah kat asrama dulu, tapi hal tu dah lama berlalu kann. Dia lantik Fy jadi Pen. Ketua Aspuri sbb dia nak Fy berubah. Okay fine. Fy memang cuba untuk berubah. Fy mengaku memang dalam masa yg sama Fy pernah terbuat hal, tapi itu semua tak disengajakan

Dia ingat Fy tak cuba utk berubah? Dia ingat Fy tak cuba utk jadi macam yg dia nak? Ya Allah, sedaya mungkin Fy nak buat yang terbaik sbb Fy tahu Puan Kay dengan Puan Rohaya memang mengharapkan perubahan daripada Fy. Tapi? Apa yang Fy dapat? Dia tak pernah nampak semua tuu !

Apa yang dia tahu dari awal tak habis habis nak cari salah Fy. Sampai facebook, blog Fy yang lama tu semua dia nak selidik? Tahu tak macam mana perasaan Fy masa tu? Memang sangat lah kecewa dan sakit hati bila hak privacy kita di halang, dan minat kita terpaksa dilupakan. Tapi Fy cuba utk hilangkan rasa sakit hati, Fy cuba utk hilangkan marah sbb dia cikgu, Fy tahu Fy kena respect dia. Puan Rohaya tak pernah nak buat macam tuu punn !

Sampai ke akhir tahun Fy berusaha utk berubah. Setiap hari Fy try utk memikul amanah yg diberi dengan sebaiknya. Sampai kadang-2 Fy kecewa dengan diri Fy sendiri sbb Fy tak mampu nak jadi NUR ADILLA WAFI yang dulu, sebelum masuk ke sekolah tu. Orang yang dah lama kenal Fy dari kecik, mungkin dia tahu yang hal-2 kepimpinan, jawatan-2 yang Fy pernah sandang bukanlah sesuatu yg pelik. Bukan Fy nak bangga, tapi mama dengan ayah pun tahu, dari dulu, Fy tak pernah terlepas dari memegang jawatan dan memikul amanah yg diberi. Dari sekolah rendah, sampailah kesekolah menengah. Sampai Form 3 jawatan Pengawas tu dah sebati dalam diri Fy.

Sebab tu Fy kata Fy sendiri kecewa dengan diri Fy. Fy hilang diri Fy sbb pengaruh kawan-2. Fy sedar semua tu cuma orang je yg tak boleh nak faham Fy. Fy memang macam tu. Dalam hati memang ada kesedaran, tapi Fy takkan tunjukkan. Yesss ! Boleh dikatakan Fy ego. Fy cuba jugak utk berubah, tapi Fy kecewa, sikit pun usaha Fy tak dihargai. Sampai ke akhirnya, ini yang Fy dapat.

Sumpah rasa sebak bila ingat semua tu balik. Pelukan Puan Kay dan air mata dia masa first day SPM Fy ingat dah cukup utk dia maafkan dan lupakan semua kesalahan Fy. Tapi rupa rupanya tak. Fy tak nak pertikaikan sama ada dia ikhlas ke tak. Itu antara dia dengan Tuhan. Tapi demi Allah. Fy dah cuba jadi yang terbaik utk menjalankan tanggungjawab Fy. 

Takpelahh, mungkin ini yang seharusnya Fy terima. 
Betul lah apa orang kata. Bila kita buat jahat, sampai bila-2 orang akan ingat. Tapi bila kita buat baik dengan orang, belum tentu orang akan ingat. Fy redha je dengan apa yg jadi. Dia nak kata apa pun pasal Fy biarlah. Yang penting Allah tahu, sejauh mana Fy berusaha utk berubah. Kalau jasa Fy sikit pun tak dihargai, takpelah kann. Yang penting Fy tahu, Fy ikhlas melakukan semua itu.

Apa-2 pun Fy tak nak terus simpan rasa marah tu sbb ianya akan menimbulkan dendam. Terima kasih jelah dekat dia sbb sudi beri Fy peluang utk berubah. Kepada cikgu-2 yang terima Fy seadanya walaupun Fy banyak buat hal, terutama Puan Rohaya sbb tak pernah benci Fy. Terima kasih sangat-2. Fy memang hargai dia sebagai cikgu Fy. Dia jugaklah yg bersungguh-sungguh ajar Fy maths. Daripada failed terus boleh lulus. Cemerlang je belum dapat lagi. Hihihi.

Itujelah.
Maaf kalau entry terlalu panjang.
Hanya ingin berkongsi apa yang di rasa.


Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi