♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Kembali Ke Sekolah

January 1, 2013

Kembali Ke Sekolah


Hey hui hoi !
Peace Yoo ! (Y)


How’s you guys? Awal tahun baru neh hope you guys have a great day okay? 
Tiba-2 kan Fy rasa macam seronok pulak tengok adik-2 Fy buat persiapan nak kembali ke sekolah esok. Yeahh. Hakikatnya, untuk adik-2 yang masih bersekolah, esok dah mula sekolah ye adik adik. Hadapilah kenyataan ini. Cuti korang dah habis. Tak macam Fy, cuti terus sampai bila Fy sukaa. 
Hik hik hik ;)


Tapi rasanya tak semua sekolah start esok kan? Untuk sekolah-2 harian yang biasa esok lah. Sekolah asrama kebanyakannya starting next week kan? Yelahh, yang Fy tahu Kolej Vokasional Sungai Buloh mula minggu depan. Wahhhh ~ KOLEJ VOKASIONAL. Rasa macam hebat je nama tu bila sebut kan? *Rasa macam nak bangga kejap…hehehe…* Untunglah nama sekolah dah setaraf kolej kann. Hmmm,


Eh eh btway, Fy Cuma nak ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ! 

Walaupun Fy dah tak sekolah tapi Fy mengaku zaman sekolah adalah zaman yang paling TERohsemmm ! TERbaikkk ! TERhebat !!! TERgempak!!! Dan macam-2 TER lagi lahh. Sesungguhnya sesiapa yang tak habis kan zaman persekolahan diorang tu adalah sangat sangat rugi okayyy ? (kecuali bagi yang kurang berkemampuan…)

Betul… Fy tak tipu.. Tanyalah abang-2 dengan kakak-2 korang yang dah tak sekolah tu. Confirm seratus peratus diorang mesti akan rindu bila korang Tanya diorang pasal sekolah. Yeahh, mungkin ada yang tak nak pergi sekolah sbb kena bangun awal lah, banyak kerja sekolah laa, cikgu tak best lah, peraturan ketat lah, kena denda lah, tak boleh bising lah, itulah, ini lahh. Macam-2 kann. Fy tahu sbb Fy pun pernah merungut macam tu. Tapi cuba tengok dari sisi yang lain. Bila kita pergi sekolah, kita jumpa kawan-2, boleh sembang-2 dengan kawan, buat-2 bising, main kejar-2 ke sana ke sini. Kann best. Kalau kita tak pergi sekolah macam mana kita nak kenal kawan kita sekarang kan? Alamatnya taka da kawan lah hidup kita neh….

Bila Fy tengok adik-2 Fy nak macam buat endah tak endah je esok sekolah, Fy fikir macam-2. Lepastu tengok mama yang risau pastikan semua barang diorang nak pergi sekolah lengkap. Diorang buat tak tahu je. Haishh, geram jugak Fy tengok. Semua nak harapkan mama. Tahu lah adik FY dua orang tu lelaki, tapi takkan sampai semua benda nak suruh mama buat. Kalau tak mama, Fy yang buat. Haishh, namanya dah sekolah menengah tapi macam baru nak masuk darjah satu. Apa pun tak bolehh. 
 
Bukan Fy nak bangga, tapo Fy rasa sejak Fy sekolah rendah lagi Fy dah belajar buat semua sendiri. Kira bila dah masuk form 1 tu Fy dah boleh berdikari sendiri dah. Tak payah nak harapkan mama lagi pikir benda-2 yang remeh temeh tu semuaa. Kadang-2 rasa nak cakap jugak kat mama jangan dilayan sangat, tapi tu lah, kalau mama buat tak tahu, hmm memang diorang lagi lah tak amek kesah. Entah-2 pergi sekolah nanti pun tak bawak buku. Bila Fy bersuara nanti dia jawab “alaaa kakak tu perempuan.. adik lelaki memang lahhh…” Geram je Fy dengar. Apa ingat lelaki tak payah buat semua tu sendiri ke? Nampak tak, lelaki neh tak boleh hidup tanpa perempuan. Kalau perempuan taka da, ish ish, tak tahu lah apa jadi kan…

Hmmm tu je lah yang Fy nak luahkan. Lepas neh dah mula sekolah tak tahu lah apa jadi kat adik-2 Fy tu. Mentang-2 kakak dia dah habis sekolah macam-2 dia suruh buat. Jangan sampai kerja sekolah dia pun dia suruh Fy buat sudah lahhh. Yang tu memang melampau. Memang kena lahh nanti. Hahaha. *saya seorang kakak yang garang tauuu….*



Okay lahh. Once again, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH adik adik.
Belajar rajin-2 yer. Nak nakal2. Enjoy2 boleh, tapi jangan melampau sangat. Sesekali tu takpe k…
 
Byebyee.



Jangan ada yang tak nak pergi sekolah pulak yer esok...
Hehehe :)



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi