♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Jangan biarkan dia rasa terabai.

January 10, 2013

Jangan biarkan dia rasa terabai.


Rindu saya? Haha … (Perasan pula kann…)

Tadi Fy berhempas pulas lah nak mengoperate blog yg tak berapa nak cunn lagi hodoh neh.
Tapi kebanyakan operationnya gagal ! Huhh, memang tak layak jadi doctor betullah Fy neh kan.
Haha.Tangan tak ada seni memang macam neh. Yang Fy tahu taip-2 je, nak mengedit edit neh, masih banyak kelemahan lagi lahh. Nak kena belajar lagi dengan adik neh.

Yeahh yeahh, hakikatnya memang adik Fy yang si kurus tu memang teramat lah pandai bab-2 neh semua. Entah kat mana dia mempelajarinya pun tak tau lah kan.

See ! Lihatlah hasilnya ! Operation separuh Berjaya, tapi kemungkinan, blog neh akan cacat untuk sementara. Haishhh, tak apa lah kann. Insyaallah, esok lusa sembuh le tuuwww ~

Okay malam neh nak masuk ke bab-2 perasaan. Iyelah kan, dah lama dah Cik Wafy neh tak berdrama kat blog neh kan. Janganlah bosan-2 yer, dipersilakan baca sbb ini memang kenyataan yang biasa terjadi.

Biasanyakan, lelaki selalu fikir perempuan tu seorang insan yang lemah kan? Heyy! Salah sama sekali okay. Kalau nak tahu, perempuan neh insan yang paling tabah dan kuat yg telah di ciptakanTuhan tau.

Wahai kaum Adam sekalian, kalau lah anda rasa kaum Hawa neh seorang insan yg boleh anda permainkan sesuka hati, anda silap.Al-Quran pun ada meyebutkan, perempuan adalah insan untuk dilindungi, bukan di sakiti.

Memang diakui perempuan ada banyak kelemahannya. Tapi wahai kaum Adam sekalian, jangan lah ambil kesempatan pula terhadap kelemahan tu. Cuba ambil tu sebagai satu kelebihan. Tak salah kan?
Contohlah kan, kalau awak-2 jejaka-2 kacak sekalian ada awek yg memang setia habis dengan awak dan ikut je apa awak suruh, jangan lah awk ambil kesempatan pulak.

 Mentang-2 lah awak tahu yang dia memang sayang separuh mati kat awak, awak boleh suruh dia buat macam. Bukan tu je, awak kongkong dia, tak bg dia berkawan dengan mana-2 lelaki, tapi awak boleh pulak buat semua tu. Mana adil macam tu !

Bukantu je, bila awak rase yg awek awak tu memang akan setia dengan awak, tak kan curang dengan awak, awak pun abai kan dia sbb awak tahu, kalau awak abaikan dia pun dia takkan cakap apa-2 sbb dia sayang sangat kat awak. Hmm, Ish ish ishh, salah tau kalau ada kaum-2 Adam di luar sana yg fikir macam tu.

Sebenarnyakan, perempuan neh hati dia memang lembut. Bak kata pepatah, sekeras-2 kerak nasi, bila di rendam dengan air, lembut juga kan? Haa, macam tu lah perempuan. Jangan ingat bila perempuan sanggup ikut apa je pakwe dia nak, dia takkan berani buat apa-2. Salah tu.
Kalau awak-2 semua jejaka yg kacak lagi bergaya neh abaikan dia, then dia boring, of course lah dia akan bosan kann? Kalau Fy pun Fy bosan. Cuma fikir dua tiga kali jugak lah nak menghilangkan bosan tu. Ada perempuan bila dia dah rasa macamtu, dia cuba cari keseronokan lain, dengan berkawan dengan orang-2 lain.

Akan tetapi wahai kaum-2 Adam sekalian, harus diingat yer, memanglah awek-2 kalian tu berkawan-2 dengan lelaki apa semua, tapi itu bukan bermakna yg dia tak sayangkan awak. Ketahuilah bahawa, hati perempuan bukan macam lelaki yg senang beralih arah dalam sekelip mata. Betul tak kaum-2 Hawa Sekalian? Hihihi :D Memang padan lah muka jejaka-2 semua kan, sape suruh abaikan diaa ? Hak hak hak :D

Hakikatnya memang macam tu pun.
Wahai kaum Adam, kalau awak rasa awak dah tak perlukan dia sebagai kekasih awak, janganlah abaikan dia, biarkan dia dengan pertanyaan. Bagi tahu elok-2. Berterus terang tu kan lebih baik. Insyaallah, dia pasti akan menerimanya jika awak berikan alasan yg munasabah.

Ingatlah, hati perempuan bukan untuk dipermainkan. Tuhan menjadikan awak semua untuk melindungi kaum Hawa. Takdir Tuhan neh indah. Sekali awak buat kat orang, tak mustahil, esok lusa, dengan sekelip mata awak akan kena balik.

Percayalah. Kalau awak betul-2 menghargai kehadiran seorang insan bergelar perempuan disisi awak, awak akan rasa betapa indahnya bila ada seseorang yang akan menemani awak di saat susah mahu pun senang.

Sekian :D




 p/s : Drama Adam & Hawa dah habis ! Hahahaaa :D Tu yang dalam entry kali neh asyik tulis Adam, Hawa je. Haishhh, standardlah kan, novel, drama, filem, semua berakhir dengan kebahagiaan. Habis drama hidup Cik Wafy neh macam mana? Agak-2 bahagia tak? Kuikuikui... 

Nantikan entry Cik Wafy berkenaan dengan cerita ini esokk yer !
;)



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2 Pengkritik:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi